SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL PERENIALISME

FALSAFAH PENDIDIKAN PERENIALISME

Disediakan oleh : Zulfahmi (PGZ110002)

A.   PENGENALAN
Perenialisme merupakan suatu aliran dalam pendidikan yang lahir pada abad 20. Perenialisme berasal dari kata perennial yang bererti abadi atau kekal. Erti tersebut mempunyai maksud bahawa parenialisme mempunyai kepercayaan falsafah yang berpegang pada nilai-nilai dan norma-norma yang bersifat kekal dan abadi. Mereka berpandangan bahawa nilai-nilai itu mempunyai kedudukan penting untuk pembangunan abad modern.
Kaum perenialisme menganggap dengan jalan mundur ke masa lampau, parenialisme menghadapi kenyataan dalam kebudayaan manusia semasa, sebagai satu krisis kebudayaan dalam kehidupan manusia modern, maka perenialisme memberikan pemecahan dengan jalan ”kembali kepada kebudayaan masa lampau” kebudayaan yang ideal.
Perenialisme berasal daripada pandangan falsafah konservatif dan tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman Plato dan Aristotle. Tujuan fahaman ini mengembangkan potensi rasional individu, menemui prinsip-prinsip mutlak dan memahami dunia yang sebenar.
B.   PANDANGAN MENGENAI ONTOLOGI (NYATA)
Perenialisme berpandangan bahawa apa yang dibutuhkan manusia terutama ialah jaminan bahawa ”reality is universal that is every where and at every moment the same” realita itu bersifat universal bahwa realita itu ada di mana saja dan sama di setiap waktu. Teori ini yang bersifat ontologis kita akan sampai pada pengertian hakikat. Ontologi perenialisme berisikan:
1)    Individual Thing, Essence, Accident, Subtance
Ø  Benda individual adalah benda yang sebagaimana nampak di hadapan manusia yang dapat ditangkap oleh indera kita seperti batu, kayu, dan lain-lain.
Ø  Esensi dari sesuatu adalah suatu kualitas tertentu yang menjadikan benda itu lebih baik intrinsik daripada halnya, misalnya manusia ditinjau dari esensinya adalah berpikir.
Ø  Aksiden adalah keadaan khusus yang dapat berubah-ubah dan sifatnya kurang penting dibandingkan dengan esensialnya, misalnya orang suka barang-barang antik.
Ø  Substansi adalah suatu kesatuan dari setiap hal individu dari yang khas dan yang universal, yang material dan yang spiritual.
2)    Asas Teologi
Proses teologi tiap subtansi digambarkan sebagai iaitu : mengikut doktrin ini dijelaskan bagaimana proses kerja keempat hal ini :
Ø Sebab utama itu didalam realita materia sebagai sebab materia
Ø Gerak sebagai sebab efesiensi
Ø Bentuk sebagai sebab forma
Ø Tujuan sebagai sebab final
3)    Asas Spiritual
Seperti Adler memusatkan pandangannya kepada natural, yang lainnya bersifat spiritual.
4)    Realisme versus Nominalisme
Pendekatan secara teologis pada realita dapat dilakukan dengan pandangan nominalisme.
C.   PANDANGAN MENGENAI EPISTIMOLOGI (PENGETAHUAN)
Perenialisme berpegang pada 3 konsep sebagai asas dalam epistimologi iaitu :
1)    Truth (kepercayaan) ertinya sesuatu itu ada kesesuaian antara kepercayaan dengan benda-benda.
2)    Self Evidence ialah bukti yang wujud pada benda itu, Jadi bukti itu tidak ada pada materi.
3)    Reasoning ialah adanya dalil-dalil yang logis, nalar, sehingga sulit untuk diubah atau ditolak kebenarannya.
Menurut Aristoteles prinsip-prinsip itu dapat dirinci menjadi :
Ø  Principium Identitatis iaitu identitas sesuatu. Contohnya apabila si Zul adalah benar si A. benarnya si Zul ia tidak akan menjadi si Khoo.
Ø  Principium Kontradiksionis iaitu hukum kontradiksi (berlawanan). Suatu pernyataan pasti tidak mengandung sekaligus kebenaran dan kesalahan, pasti hanya mengandung satu kenyataan yakni benar atau salah.
Ø  Principium Exelusi Tertii, tidak ada kemungkinan ketiga. Apabila pernyataan atau kebenaran pertama salah, pasti pernyataan kedua benar dan sebaliknya apabila pernyataan pertama benar pasti pernyataan yang berikutnya tidak benar.
Ø  Principium Rationis Sufisientis, prinsip ini pada dasarnya mengetengahkan apabila barang sesuatu dapat diketahui asalnya pasti dapat dicari pula tujuan atau akibatnya.
Perenialisme mengemukakan adanya hubungan antara ilmu pengetahuan dengan falsafah. Science sebagai ilmu pengetahuan yang mencakup biologi, fisik, sosiologi, dan sebagainya. Pengetahuan ini disebut sebagai empiriological analysis yakni analisa atas individual things dan peristiwa-peristiwa pada tingkat pengalaman dan bersifat alamiah. Science seperti ini dalam pelaksanaan analisa dan penelitiannya mempergunakan metode induktif. Selain itu, juga mempergunakan metode deduktif, tetapi pusat penelitiannya ialah meneliti dan mencuba dengan data tertentu yang bersifat khusus.
Falsafah sebagai pengetahuan
Menurut perenialisme, falsafah yang tertinggi ialah ilmu metafisika. Sebab science dengan metode induktif bersifat empiriological analysis (analisa empiris); kebenarannya terbatas, relatif atau kebenarannya probability. Tetapi falsafah dengan metode deduktif bersifat ontological analysis, kebenaran yang dihasilkannya universal, hakiki, dan berjalan dengan hukum-hukum berpikir kendiri, berpangkal pada hukum pertama bahawa kesimpulannya bersifat mutlak.
Hubungan falsafah dan pengetahuan tetap diakui urgensinya sebab analisa empiris dan analisa ontologi keduanya dianggap perenialisme dapat komplementatif. Tetapi falsafah tetap dapat berdiri kendiri dan ditentukan oleh hukum-hukum dalam falsafah kendiri tanpa tergantung kepada ilmu pengetahuan.
D.   PANDANGAN MENGENAI AKSIOLOGI (NILAI)
Perenialisme berpandangan bahawa persoalan nilai adalah persoalan spiritual, iaitu menerima nilai universal yang abadi.
a.  Prinsip etika, bahawa manusia sebagai subjek memilik potensi-potensi kebaikan sesuai hakikatnya, yang merupakan pancaran isi jiwanya yang berasal dari dan dipimpin oleh Tuhan.
b.  Tingkatan kebajikan, menurut Aristoteles kebajikan dapat dibezakan: iaitu yang moral dan yang intelektual. Kebajikan moral adalah kebajikan yang merupakan pembentukan kebiasaan, yang merupakan dasar dari kebajikan intelektual. Jadi kebajikan intelektual dibentuk oleh pendidikan dan pengajaran.
c.   Prinsip estetika digolongkan kedalam falsafah praktis. Kesenian sebagai salah satu sumber kenikmatan, keindahan adalah suatu kebajikan intelektual yang bersifat praktis filosofis.
d.  Prinsip politik, terdapat dua sayap sejak perkembangnya sampai semasa, iaitu ide-ide politik demokratis dengan ide-ide Aristokratis. Sayap kiri dipelopori oleh Adler dan Maritain, sayap kanan dengan tokoh Belloc dan Berdyaev.
E.   PANDANGAN MENGENAI BELAJAR
Teori dasar dalam belajar menurut perenialisme terutama :
1)    Mental disiplin sebagai teori dasar
Penganut perenialisme sefaham bahawa latihan dan pembinaan berpikir (mental discipline) adalah salah satu kewajiban tertinggi dari belajar atau keutamaan dalam proses belajar (yang tertinggi). Kerana itu teori dan program pendidikan pada umumnya dipusatkan kepada pembinaan kemampuan berpikir.
2)    Rasionalitas dan Asas Kemerdekaan
Asas berpikir dan kemerdekaan harus menjadi tujuan utama pendidikan. Otoritas berpikir harus disempurnakan sesempurnanya. Dan makna kemerdekaan pendidikan ialah membantu manusia untuk menjadi dirinya kendiri sebagai essential-self yang membezakannya daripada makhluk-makhluk lain. Fungsi belajar harus diabadikan bagi tujuan iaitu aktualitas manusia sebagai makhluk rasional yang dengan itu bersifat merdeka.
3)    Belajar untuk Berpikir
Perenialisme tetap percaya dengan asas pembentukan kebiasaan dalam permulaan pendidikan anak. Kecakapan membaca, menulis dan berhitung merupakan landasan dasar. Dan berdasarkan pentahapan itu maka belajar untuk berpikir menjadi tujuan pokok pendidikan sekolah menengah dan pendidikan tinggi.
4)    Belajar sebagai Persiapan Hidup
Bagi Thomisme, belajar untuk berpikir dan belajar untuk persiapan hidup (dalam masyarakat) adalah dua langkah pada jalan yang sama iaitu menuju kesempurnaan hidup, kehidupan duniawi menuju kehidupan syurgawi.
5)    Belajar melalui Pengajaran
Adler membezakan antara belajar dengan bantuan guru dan belajar tanpa bantuan guru. Dan sebenarnya belajar dengan bantuan guru adalah dasar menuju belajar tanpa bantuan guru sebagai self education. Mengikut perenialisme tugas guru bukanlah perantara antara dunia dengan jiwa anak melainkan guru juga sebagai murid yang mengalami proses belajar dalam mengajar. Guru mengembangkan potensi-potensi self discovery dan ia melakukan moral authority atas murid-muridnya, kerana ia adalah seorang professional yang qualified dan superior dibandingkan muridnya.
F.    PANDANGAN TENTANG PENDIDIKAN
Perenialisme memandang pendidikan sebagai jalan kembali atau proses mengembalikan keadaan manusia sekarang seperti dalam kebudayaan ideal. Mohammad Noor Syam (1984) mengemukakan pandangan perenialisme, bahawa pendidikan harus lebih banyak mengarahkan pusat perhatiannya pada kebudayaan ideal yang telah teruji dan tangguh. Tujuan universal pendidikan Perenialisme iaitu mencari dan menyebarkan kebenaran, dengan prinsip tidaklah berubah dan senantiasa berulang.
Prinsip-prinsip teori pendidikan yang utama ialah
1)    Kebenaran adalah universal dan tidak bergantung kepada keadaan, tempat, masa, atau manusia.
2)    Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang mencari dan memahami kebenaran.
3)    Kebenaran dapat diperolehi daripada karya-karya agung sepanjang tamadun manusia.
4)    Pendidikan ialah latihan liberal untuk mebentuk intelek.
Pandangan kurikulum perenialisme mempengaruhi pratik pendidikan sebagai :
a.    Pendidikan Dasar dan Menengah
Ø  Pendidikan sebagai persiapan bagi kehidupan didalam masyarakat.
Ø  Persiapan juga berlaku bagi pendidikan menengah iaitu membezakan kurikulum pendidikan menengah dengan pendidikan kejuruteraan.
b.    Pendidikan Tinggi dan Adult Education
Ø  Kurikulum universiti, sebagai lanjutan pendidikan menengah dengan program general education yang telah disiapkan untuk mencapai tujuan kebajikan intelektual.
Ø  Kurikulum pendidikan orang dewasa bertujuan mengembangkan pengetahuan yang dimilikinya dalam pendidikan sebelum iaitu mengembangkan sikap bijaksana. Hutchin mengatakan, pendidikan orang dewasa adalah jalan menyelamatkan kehidupan bangsa-bangsa.

Analisis penulis
Aliran Perenialisme iaitu memandang bahawa pendidikan mestilah kembali ke kebudayaan lampau dengan belajar melalui teori belajar, mestilah mempunyai disiplin mental sebagai teori asas, rasionalitas dan asas kemerdekaan. Belajar berpikir sebagai persiapan hidup, melalui pendidikan dasar, menengah, dan pendidikan tinggi guna sejahtera kehidupan dalam berbangsa dan Negara. Pandangan falsafah perenialisme adalah memadukan antara idealisme dengan realisme agar mencapai hakikat kehidupan yang baik dalam masyarakat sebagai individu yang baik untuk bangsa dan negara.

Rujukan :
1.    Abdul Khodir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media Offset, Yogyakarta.
2.    Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
3.    Aldous Huxley, (1944), Filsafat Perennial, (di terjemah oleh Ali Noer Zaman), Qalam, Yogyakarta.
4.    Syarifah Alwiah Alsagoff, (1984), Falsafah Pendidikan, Heinemann Asia, Kuala Lumpur.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL PERENIALISME"

Posting Komentar