SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

PENGERTIAN PENDIDIKAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM AKTIVITI BERFALSAFAH



MAKNA PENDIDIKAN, PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM AKTIVITI BERFALSAFAH
Di sediakan oleh Zulfahmi (PGZ110002)

A.    PENGENALAN
Daripada mazhab falsafah umum dinyatakan telah melahirkan berbagai falsafah pendidikan yang berasaskan kepadanya. Falsafah pendidikan terbahagi kepada empat iaitu perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme.
Perenialisme membawa pandangan konservatif terhadap pendidikan kerana beranggapan bahawa prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk oleh William C. Bagley memberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Progresivisme telah diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionisme memenekankan kepada perubahan dan pembaharuan.

A.    MAKNA PENDIDIKAN
Pendidikan bukanlah satu objek atau benda fizikal, ia merupakan suatu idea. Oleh kerana rumit mendefenisikan konsep pendidikan. Menurut Schofil (1972), Plato mendefenisikan pendidikan sebagai latihan yang diberi oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia yang terawal yang ada dalam diri kanak-kanak, apabila keseronokan dan kesakitan dengan betul ditanam didalam jiwa yang bukan rasional. Latihan khas ini mengenai keseronokan dan kesakitan yang membawa kepada anda membenci dan mencintai apa yang anda sepatutnya benci dan cintakan. Pendidikan dalam aktiviti falsafah boleh dikatakan bahawa :
Ø  Pendidikan sebagai persekolahan formal
Ø  Pendidikan sebagai latihan
Ø  Pendidikan sebagai proses pembentukan (perkembangan)
Ø  Pendidikan sebagai indotrinasi
Ø  Pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan
Ø  Pendidikan sebagai suatu aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat
Ø  Pendidikan sebagaisuatu disiplin, seni, dan sains
Istilah pendidikan dalam bahasa Arab merujuk kepada pendidikan, ‘tarbiyah’ adalah yang tepat dan sering digunakan. Ini adalah kerana perkataan ‘tarbiyah’ menurut sarjana Pendidikan Islam berasal dari kata ‘rabb’ yang merujuk kepada Allah SWT. sebagai pendidik umat manusia.
Ø  Istilah Tarbiyah dalam Al-Quran yang bermaksud : 
“...dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata), Wahai Tuhanku, cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku sesama kecil.”
Ø  Istilah Ta’lim dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.”
Ø  Istilah Ta’dib dalam Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”
Tujuan Falsafah Pendidikan
1)      Memberi panduan dan penunjuk kepada rancangan pendidikan.
2)      Menggalakkan pengkajian dan penyelidikan dalam semua bidang pendidikan mengikut keadaan masa dan tempat.
3)      Mendorong kerjasama yang erat antara pembentuk-pembentuk dasar dan pentadbir-pentadbir dgn para pendidik.
4)      Menyediakan satu panduan yang khusus kepada guru-guru dalam pergolakan merekadengan pelajar-pelajar.
5)      Daripada segi penerima pendidikan iaitu makhluk-makhluk yang  terdidik, mereka lebih bersedia menghadapi segala masalah kehidupan dengan penuh keyakinan.
Secara umum ada dua pandangan teoritis tentang tujuan pendidikan,
Ø  Pandangan teoritits yang pertama berorientasi kemasyarakatan, iaitu pandangan yang menganggap pendidikan sebagai sarana utama dalam melahirkan rakyat yang baik, baik untuk system pemerintahan demokratis, oligarkis, mahupun monarkis. Mereka berpendapat bahawa pendidikan mempersiapakan manusia yang dapat berperanan dan menyesuaikan diri dalam masyarakat masing-masing
Ø  Pandangan teoritis yang kedua lebih berorientasi kepada individu, yang lebih menumpukkan pada keperluan, daya tampung, dan minat pelajar. Pandangan teoritis ini terdiri dari dua aliran. Aliran pertama berpendapat bahawa tujuan utama pendidikan adalah mempersiapkan pelajar agar dapat mencapai kebahagian optimal melalui kejayaan kehidupan bermasyarakat dan ekonomi, jauh lebih berjaya daripada yang pernah dicapai orang tua mereka. Aliran kedua lebih menekankan peningkatan intelektual, kejayaan, dan keseimbangan jiwa pelajar.
  
B.     MAKNA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Proses pembelajaran dan pengajaran merupakan aktiviti yang terpenting di dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang melaksanakannya. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung secara tanpa guru. Sejajar dengan falsafah pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut.

1.      PEMBELAJARAN
Dalam pembelajaran ada soalan-soalan seperti “apa itu pembelajaran?” Dan “apakah implikasinya apabila dikatakan bahawa seseorang itu telah mempelajari sesuatu?” dalam menjawab soalan-soalan sedemikian adalah lebih tepat jika penjelasan atau jawaban itu dibuat bukan melalui disiplin psikologi tetapi melalui falsafah. Konsep pembelajaran boleh dijelaskan bahawa pembelajaran adalah aktiviti yang membawa kepada perubahan,tetapi perubahan itu bukanlah perubahan seperti yang dibawa oleh proses kematangan atau proses biologi yang bersifat semula jadi. Dan tidak nyata matlamatnya. Pembelajaran mesti ada sesuatu matlamat yang nyata daripada pembelajaran yang dibawanya. Matlamat pembelajaran yang dimaksudkan ialah penguasaan apa yang dipelajari. (Abdurrahman Md Aroff dan Zakaria Kasa, 1987).
Apa yang mungkin dicapai dan dikuasai oleh seseorang melalui pembelajaran yang luas memanglah banyak seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap, dan kemahiran. Oleh kerana itu semestinya jenis aktiviti dalam pembelajaran banyak juga termasuklah menghafal, membaca, menulis, melihat, mendengar, melukis, membincang dan berpikir. Tegasnya pembelajaran bukan satu aktiviti sahaja. Ada juga pengetahuan dari hasil hipnotis atau sihir, ini bukanlah pengusaan pengetahuan daripada hasil pembelajaran kerana ia tidak melibatkan kesedaran individu itu.
Merujuk pada tulisan Hamzah B. Uno (2008) dikemukakan beberapa pengertian yang dikemukakan oleh para ahli  Robert F. Mager (1962) mengemukakan bahawa tujuan pembelajaran adalah perilaku yang hendak dicapai atau yang dapat dikerjakan oleh siswa pada kondisi dan tingkat kompetensi tertentu.  Kemp (1977) dan David E. Kapel (1981) menyebutkan bahwa tujuan pembelajaran suatu pernyataan yang spesifik yang dinyatakan dalam perilaku atau penampilan yang diwujudkan dalam bentuk tulisan untuk menggambarkan hasil belajar yang diharapkan. Henry Ellington (1984) bahawa tujuan pembelajaran adalah pernyataan yang diharapkan dapat dicapai sebagai hasil belajar. Sementara itu, Oemar Hamalik (2005) menyebutkan bahwa tujuan pembelajaran adalah suatu deskripsi mengenai tingkah laku yang diharapkan tercapai oleh siswa setelah berlangsung pembelajaran.
Menurut Oemar Hamalik (2005) bahawa komponen-komponen yang harus terkandung dalam tujuan pembelajaran, iaitu: perilaku terminal, kondisi-kondisi, dan standar ukuran. Hal ini juga dikemukakan Mager (Hamzah B. Uno, 2008) bahawa tujuan pembelajaran sebaiknya mencakup tiga komponen utama, iaitu:
1)      Menyatakan apa yang seharusnya dapat dikerjakan siswa selama belajar dan kemampuan apa yang harus dikuasainya pada akhir pelajaran
2)      Perlu dinyatakan kondisi dan hambatan yang ada pada saat mendemonstrasikan perilaku tersebut
3)      Perlu ada petunjuk yang jelas tentang standar penampilan minimum yang dapat diterima.

2.      PENGAJARAN
Kata pengajaran sendiri dalam bahasa Arab disebut dengan ta’lim yang merupakan derivasi dari kata ‘allama yang berarti mengajar (Munawwir, 1984: 1036). Dalam Kamus Arab-Inggris susunan Elias & Elias, kata-kata tersebut berarti: to educate, to trai, to teach, to instruct, yakni mendidik, melatih, dan mengajar (Syah, 1999: 33). Menurut Echols & Shadily (2003: 580) to teach berarti mengajarkan sesuatu kepada seseorang.
Pengajaran merupakan totalitas aktiviti belajar mengajar yang diawali dengan perencanaan dan diakhiri dengan evaluasi, yang kemudian diteruskan dengan follow up (tindak lanjut). Secara lebih jelas dapat dikatakan, pengajaran adalah aktiviti yang mencakup seluruh aktiviti yang secara langsung dimaksudkan untuk mencapai tujuan-tujuan khusus pengajaran (menentukan entry-behavior peserta didik, menyusun rencana pelajaran, memberikan informasi, bertanya, menilai, dan seterusnya) (Rohani, 2004: 68).
Aktivit-aktiviti yang pengajaran seperti menjawab soalan, menyoal, mendera, member ganjaran, menyelia, kerja amali, memeriksa tugasan yang diberi, menguji menilai, mengadakan bahan untuk pembacaan, dan menyediakan peluang agar pelajar dapat menemui, menyelidik serta menanyakan sesuatu. Dari aktiviti-aktiviti itu bolehkan dikatakan bahawa pengajaran terdapat hanya satu niat atau tujuan. Ini bermakna pengajaran diarahkan kepada satu matlamat, iaitu mencapai atau menghasilkan pembeljaran yang berfaedah melalui cara-cara yang terbaik sekali, yang sitematis, dan dikawal atau dirancangkan. Pendek kata pengajaran ialah aktiviti atau tindakan yang praktikal dilakukan secara sengaja dan disedari untuk membantu pembelajaran. Pengajaran berkaitan konsep dengan pembelajaran maksudnya pengajaran tidak ada erti tanpa pembelajaran, sebaliknya pembelajaran tidak semestinya ada kaitan konsep dengan pengajaran.
kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1)      Tujuan am (learning goal)
2)      Objektif pelajar (specific objective)
3)      Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivi tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4)      Perlu ada makanisme untuk memantau kemajuan pelajar
5)      Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar

Analisa Perbandingan Pendidikan, Pembelajaran, dan Pengajaran dalam aktiviti berfalsafah
Pendidikan
Pembelajaran
Pengajaran
Ø  Aktiviti yang berterusan dalam lingkup yang luas
Ø  Aktiviti sesuai isu-isu pendidikan semasa
Ø  Bertujuan untuk kemasyarakatan
Ø  Bertujuan peningkatan inteletual individu
Ø Aktiviti dalam amalan pendidikan
Ø Aktiviti mengikuti isu-isu pendidikan semasa
Ø Bertujuan memenuhi kebutuhan peserta didik
Ø Bertujuan memberikan kepercayaan kepada masyarakat
Ø  Aktiviti merupakan wujud dari pembelajaran
Ø  menyiapkan aktiviti pembelajaran yang dikehendaki
Ø  Menlaksanakan tugas-tugas pembelajaran
Ø  Bertujuan mencapai matlamat pembelajaran


Rujukan :
1.      Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) Falsafah Pendidikan dan Kurikulum Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Book
2.      Abdur Rahman Md. Aroff (1987), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
3.      Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
4.      Ahmad Rohani, (2004), Pengelolaan Pengajaran, Jakarta: Rineka Cipta
5.      Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. Longman, New York.
6.      Echols, John M & Shadily, Hasan, (2003), Kamus Inggris – Indonesia; An English – Indonesian Dictionary, Cet. XXV, Jakarta: Gramedia Pustaka Utama
7.      Hamzah B. Uno. (2008), Perencanaan Pembelajaran. PT Bumi Aksara, Jakarta.
8.      Munawwir, Ahmad Warson, 1984, Al Munawwir; Kamus Arab – Indonesia,Yogyakarta: Pustaka Progressif
9.      Sharifah Alwiah Asagoff, (1984), Falsafah Pendidikan,Art Printing Works Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
10.  Oemar Hamalik, (2005), Perencanaan Pengajaran Berdasarkan Pendekatan Sistem, Bumi Aksara, Bandung.
11.  Wan Mohd Nor Wan Daud, (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam, Mizan, Kuala Lumpur.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENGERTIAN PENDIDIKAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM AKTIVITI BERFALSAFAH"

Posting Komentar