PERBANDINGAN KONSEP PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN BARAT
DAN TIMUR
A. PENGENALAN
Pendidikan dan kehidupan berkait rapat dengan
harmoni dalam menentukan mutu kehidupan manusia supaya pendidikan berupaya
melahirkan bangsa yang kuat dan mulia. Pendidikan perlu dibangun dengan asas
yang kukuh. Pendidikan harus berfungsi untuk menghuraikan segala persoalan diri
manusia. Dengan pengajaran, pembelajaran
melalui pendidikan manusia dapat mengenali dan memahami dirinya dan dalam
kehidupan sosial masyarakat. Untuk itu hendaklah memahami tentang nilai-nilai
dalam masyarakat baik merujuk kepada pandangan Islam, Barat, mahupun Timur.
B. DEFINISI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN
PENILAIAN
Kata pengajaran
sendiri dalam bahasa Arab disebut dengan ta’lim yang merupakan kata
dasar dari ‘allama yang bererti mengajar (Munawwir, 1984).
Pengajaran merupakan aktiviti pengajaran yang dimulakan dengan perencanaan dan
diakhiri dengan penilaian atau peperiksaan dan seterusnya dengan follow
up (tindak lanjut). Menurut Rohani (2004) pengajaran adalah aktiviti
yang mencakup seluruh aktiviti yang secara langsung dimaksudkan untuk mencapai
tujuan-tujuan khusus pengajaran (menentukan entry-behavior pelajar,
menyusun rencana pelajaran, memberikan informasi, bertanya, menilai, dan
seterusnya).
Konsep pembelajaran
boleh dijelaskan bahawa pembelajaran adalah aktiviti yang membawa kepada
perubahan, tetapi perubahan itu bukanlah perubahan seperti yang dibawa oleh
proses kematangan atau proses biologi yang bersifat semula jadi dan tidak nyata
matlamatnya. Pembelajaran mesti ada sesuatu matlamat yang nyata daripada
pembelajaran yang dibawanya. Matlamat pembelajaran yang dimaksudkan ialah
penguasaan apa yang dipelajari. (Abdurrahman Md Aroff dan Zakaria Kasa, 1987).
Nilai menurut Encylopedia
Britania adalah suatu penetapan objek yang berhubung dengan sesuatu jenis
penghargaan atau minat (Sidi Gazalba: 1981). Nilai diertikan sebagai sesuatu
yang abstrak dan sering tidak disedari tentang hal-hal yang benar dan penting.
Nilai juga diertikan sebagai konsep abstrak yang ada dalam diri manusia atau
masyarakat, mengenai hal-hal yang dianggap baik, benar dan buruk atau salah.[1]
C. KONSEP PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN
PENILAIAN BARAT
1.
Konsep Pendidikan John Dewey
1.1. Pendidikan
John Dewey mengatakan bahawa pendidikan adalah mengatur
pengetahuan untuk menolong dan mengeluarkan serta menambahkan lagi pengetahuan
yang ada agar hidup dengan lebih selamat.[2]
Dalam bukunya Democracy and Education yang merumuskan falsafah adalah
suatu teori umum yang berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan adalah proses
mengubah individu yang tak berdaya dan tak berpengetahuan menjadi seorang individu
yang berpengetahuan, mengetahui moral dan mampu menambah pengetahuan umat
manusia.[3]
Semua dapat wujud apabila dunia pendidikan hal
itu sudah terlatih menjadi suatu kebiasaan yang baik. Ia mengatakan bahawa idea
pokok demokrasi adalah pandangan hidup yang dicerminkan dengan perlunya
penglibatan dari setiap masyarakat dalam membentuk nilai-nilai yang mengatur
hidup bersama. Ia menekankan bahawa demokrasi merupakan suatu keyakinan, suatu
prinsip utama yang harus diperluaskan dan dilaksanakan secara sistematik dalam
bentuk aturan sosial politik.[4]
Menurut progresivisme, proses pendidikan mempunyai dua segi, iaitu
psikologi dan sosiologi. Dari segi sosiologi, pendidik mesti dapat mengetahui
kemampuan atau potensi yang ada pada pelajar yang akan dikembangkan. Psikologi
John Dewey yang berpengaruh di Amerika, iaitu psikologi dari aliran behaviorisme dan pragmatisme.[5] Dari
segi sosiologi juga, pendidik harus mengetahui kemana kemampuan dan potensi
seseorang itu harus dibimbing. John Dewey mengatakan bahawa pendidikan itu
harus diabadikan pada kehidupan social kerana ia mempunyai tujuan sosial. Maka
pendidikan adalah proses sosial dan sekolah adalah suatu ejen sosial.[6]
John Dewey menganggap pendidikan penting dalam
rangka mengubah dan memperbaharui suatu masyarakat. John Dewey percaya bahawa
pendidikan berfungsi sebagai alat untuk meningkatkan keberanian dan pembentukan
kemampuan intelek. Maksud dan tujuan sekolah adalah untuk membangkitkan sikap
hidup yang demokrasi dan untuk mengembangkannya. Pendidikan merupakan panduan
untuk menghancurkan kebiasaan yang lama dan membangunkan kembali yang baru.[7]
1.2. Pengajaran
Pengajaran Dewey lebih kepada melatih fikiran manusia untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menggunakan formula-formula secara
teori yang tertib.[8] Pendidikan harus mengenal
hubungan yang erat antara tindakan dan pemikiran, antara eksperimen dan
refleksi. Pendidikan yang merupakan kesinambungan dari refleksi pengalaman yang
akan mengembangkan moral dalam diri seseorang pelajar. John Dewey juga
mengkritik sistem kurikulum yang hanya berpusatkan pada guru bukannya
berpusatkan pelajar.
John Dewey secara realiti mengkritik pengajaran yang hanya
menekankan pentingnya peranan guru dan mengetepikan peranan pelajar dalam
sistem pendidikan. Dewey membuat penelitian mengenai pengajaran di
sekolah-sekolah dan mencuba menerapkan teori pendidikannya dalam praktik di
sekolah-sekolah. Hasilnya, ia meninggalkan pola dan proses pendidikan
tradisional yang berpusat kepada kemampuan mendengar dan menghafal. Sebagai
gantinya, ia menekankan pentingnya kreativiti dan penglibatan pelajar dalam
perbincangan dan penyelesaian masalah.[9]
Prinsip-prinsip pendidikan dalam pengajaran aliran progresif iaitu
:
a) Kanak-kanak
mesti bebas untuk membesar dan berkembang.
b) Minat yang digalakkan
dari pengalaman dapat merangsang pembelajaran yang paling baik.
c) Guru mesti
menjadi seorang penyelidik dan pembimbing dalam aktiviti pembelajaran.
d) Kerjasama yang
erat mesti diwujudkan antara sekolah dan rumah.
e) Sekolah
progresif mesti dijadikan makmal untuk ekperimen dan perubahan pedagogi.[10]
1.3.
Penilaian Moral
a. Tindakan dinilai
baik
Dalam teori nilai moral
tradisional, suatu tindakan dinilai baik jika dapat mencapai tujuan akhir
sebagai kebaikan tertinggi. Bagi Dewey konsep tersebut terlalu terikat dengan
tujuan akhir untuk menentukan benar atau salah, baik atau buruk perilaku
manusia. Menurut Dewey nilai suatu tujuan ditentukan oleh alat yang
digunakan untuk mencapainya. Ia mengkritik konsep tradisional yang menilai baik
buruknya perilaku manusia berdasarkan tujuan akhir. Nilai cenderung membuat
orang kritis dan kreatif melihat kemungkinan adanya tujuan dan nilai baru.
Gagasan tentang ends in view didasarkan kepada fahaman yang disebut
”naturalisme empiris”. Dalam pandangan ini manusia digambarkan sebagai
organisma yang berinteraksi dengan alam yang terus berubah. Dapat disimpulkan
bahawa :
1) Baik buruknya
tindakan secara moral tidak dapat diputuskan secara apriori lepas dari kongkrit
yang melingkupi tindakan itu.
2) Baik buruknya
tindakan perlu dinilai dan diputuskan berdasarkan akibat-akibat tindakan itu
sebagaimana ditetapkan dalam ends in view, dalam permasalahan yang
dihadapi.
3) Baik buruknya
tindakan bergantung kepada tindakan itu yang boleh mencapai ends in view dalam
moral atau tidak.
b. Perbuatan baik bererti
menjadikan diri manusia sebagai manusia.
Perbuatan yang baik merupakan tindakan yang
difikirkan dengan matang serta memperhitungkan kemungkinan-kemungkinan
akibatnya bagi diri sendiri dan orang lain. Dewey berpendapat bahawa setiap orang perlu memupuk rasa
tertarik pada hal-hal yang membantu kesejahteraan umum sebagai hal yang
diinginkan untuk perkembangan dan perwujudan dirinya sebagai manusia dan tidak
melakukan sesuatu untuk orang lain secara terus menurus.[11]
2.
Konsep Pendidikan William James (1842-1910)
2.1
Pendidikan James
William James ialah anak kepada Henry James,
dilahirkan pada 11 januari 1842 di New York. Beliau adalah seorang yang sangat
berdikari, dan merupakan pakar dalam bidang kesusteraan. Tergolong dalam
kalangan orang yang bijak pada zamannya, Beliau juga pakar dalam bidang sejarah
dan biografi. Pada zaman remajanya, William James mendapat pendidikan dalam
bidang perubatan di sekolah perubatan University Harvard dan hospital besar
Massachutts pada tahun 1886. Beliau memperoleh ijazah pada tahun 1869 dan
pernah menangguhkan pelajarannya disebabkan masalah kesihatan. Ilmu yang
diperolehi James dalam bidang perubatan, psikologi dan biologi telah
digunakannya untuk mengajar subjek-subjek tersebut di Universiti Harvard.[12]
2.2
Falsafah William James
William James merupakan salah seorang ahli
falsafah Amerika yang mengatakan pragmatisme adalah nama baru bagi cara
pemikiran yang lama. Menurut William James, kita berfikir hanya untuk
menyelesaikan masalah. Maka, teori adalah sebagai alat untuk kita gunakan bagi
menyelesaikan masalah. Teori patut dikaji dari segi kejayaan dalam memainkan
suatu peranan. Misalnya, apabila seseorang itu berjalan di dalam hutan dan
terlupa jalan pulang, maka mengikut pragmatisme suatu cara menyelesaikan
situasi ini adalah dengan memikir di manakah kedudukan matahari, arah di mana
dia berjalan dan apakah perkara berkaitan muka bumi yang perlu difikirkan.[13]
2.3
Pandangan Terhadap Pendidikan
Dalam pendidikan, kriteria penilaian sering
menimbulkan dua persoalan, iaitu adakah penilaian itu bersifat sains. Apabila
seorang ahli sains mengkaji sesuatu teori mula-mula ia akan menjalankan
percubaan bagi menguji sama ada sesuatu teori itu dapat diterima dalam keadaan tertentu ataupun tidak. James
berpendapat bahawa sesuatu akan benar jika sesuatu teori akan memainkan
peranan. Suatu perkara yang berdiri dengan alasan yang bersendirian, iaitu yang
bersifat objektif dan alam sekeliling yang mutlak tidak bermakna sehingga diuji
dengan percubaan penyelidikan. Oleh itu, apabila seseorang mempenyai idea,
teori, dan kepercayaan baru kesemuanya itu bukan benar atau salah jika teori
belum melalui proses ujian. Oleh itu, pendidikan ialah usaha untuk memperoleh
kemahiran yang canggih serta kaedah yang paling baik untuk menyelesaikan
masalah kehidupan.[14]
Tentang epistimologi, James mempercayai bahawa
manusia dapat mengetahui sesuatu fakta hanya melalui pengalaman. Oleh itu,
pengetahuan merupakan hasil daripada interaksi tersebut yang merupakan sumber
pengetahuan. Menurut William James, idea atau pengetahuan yang bermakna ialah pengetahuan
yang boleh diuji atau dipraktikkan. Ahli falsafah pragmatisme berpendapat guru
mesti mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran dengan cara memberikan
projek dan tugasan.[15]
2.4
Pengajaran
Menurut William James, pentingnya mempelajari
proses belajar dan mengajar di kelas bagi meningkatkan mutu pendidikan. Salah
satu pendapatnya adalah mengajar dengan pengajaran yang lebih tinggi diluar pengetahuan
dan pemahaman anak-anak dengan tujuan untuk memperluaskan pemikiran anak-anak
agar lebih baik lagi.[16] Beliau
juga mengakui dan berusaha mengembangkan asas progresivisme dalam semua realiti,
terutama dalam kehidupan.[17]
2.5
Nilai Moral
Pendidikan pada amnya merupakan tugas utama
untuk mencari, menjelaskan, menyampaikan nilai-nilai kebenaran. Semua orang
yang berhasrat untuk mencintai kebenaran, ia bertindak sesuai dengan kebenaran.
Kebenaran adalah nilai utama di dalam kehidupan manusia, sebagai nilai-nilai
yang berfungsi bagi rohani manusia. Ertinya sifat berperikemanusiaan atau
martabat kemanusiaan (human dignity) selalu berusaha mencari suatu kebenaran.
Kebenaran sebagai ruang lingkup dan fikir manusia.[18]
Ertinya kita harus mewujudkan didalam kenyataan hidup, sesuai dengan nilai-nilai
moral itu dan menilai kesesuaian atau tidak sehingga kebenaran wujud sebagai
nilai standard atau asas normative bagi tingkah laku.
D. KONSEP PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN
PENILAIAN TIMUR
1. Konsep Pendidikan Konfusius
1.1.
Pengajaran
Ketika berumur kira-kira 30 tahun, Konfusius
telah menjadi sarjana yang tersohor dan mula membuka sekolahnya sendiri untuk
mempromosi ajarannya. Konfusius telah melawat ke beberapa banyak negeri untuk
mempromosikan teori politiknya. Namun, teorinya itu tidak mendapat perhatian
raja-raja di kebanyakan negeri pada masa itu. Pada tahun 484 SM, beliau kembali
ke negeri Lu dan menumpukan usahanya kepada hal-hal kebudayaan dan pendidikan
serta merumuskan buku-buku klasik yang telah dihasilkan lebih awal.[19]
Konfusius berpendapat bahawa pendidikan merupakan
persediaan dan asas bagi membentuk sebuah masyarakat yang teratur dan aman.
Pendidikan inilah yang mengajarkan konsep-konsep asas yang disanjung dalam
menghasilkan hubungan sosial yang terpuji dan diterima oleh semua lapisan
masyarakat. Untuk menjadi seorang Chun Tze seseorang itu mesti
mempelajari nilai murni melalui pendidikan. Dalam konteks pendidikan moral
konfusius menekankan peranan muzik dan sastera dalam mencapai perkembangan diri
yang seimbang. Keadaan ini berbeza daripada pandangan Plato yang menganggap
bahawa muzik dan sastera bukan sahaja melekakan, malah boleh menjelaskan
kepribadian yang unggul khususnya di kalangan bakal-bakal Philosopher-King
(Obeidellah, 1994).[20]
Dengan kepakarannya dalam bidang falsafah,
politik dan pendidikan yang begitu tersohor pada zamannya, aliran ajaran
Konfusius yang ditubuhkannya berdasarkan ‘kebajikan’ dan ‘budi bahasa’ itu
telah membawa pengaruh yang amat besar kepada masyarakat China dalam masa 2000
tahun selepasnya.[21]
1.2. Pembelajaran
Konfusius menekankan dimensi kognitif, afektif,
dan psikomotorik dalam pendidikannya. Pengaruh ajaran Konfusius dalam sistem
pendidikan di China adalah digunakannya ajaran-ajaran Konfusius tersebut dalam
kurikulum pendidikan. Hal ini berkaitan dengan tuntutan bahawa untuk menjadi seorang
birokrat kerajaan maka diharuskan Berjaya dalam ujian klasikal Confucian. Namun demikian Konfusius mengakui bahawa keberhasilan usaha
manusia tidak terlepas dari Ming, keputusan alam ketuhanan. Usaha manusia tidak
terlepas dari peranan Tuhan.[22] Konfusius sebagai seorang guru memandang
pendidikan mempunyai peranan penting dalam perkembangan kebudayaan.
Bahkan dalam sepak terajang kehidupannya
pendidikan ia jadikan strategi kebudayaan. Kebudayaan dimanapun berada selalu
dalam keadaan berubah dan terkena pengaruh dari kebudayaan luar. Sedangkan masa sekarang, bagi Konfusius tergambar dalam pendidikan
sebagai strategi kebudayaan. Dalam bidang pendidikan ia merasa bahawa fungsi
utamanya memberi tafsiran terhadap warisan masa lampau, juga memberikan
tafsiran baru terhadapnya yang didasarkan atas konsep-konsep moral.[23]
1.3. Nilai Moral
Falsafah konfusius dikenali sebagai Ju Chia atau
dikenali sebagai konfusianisme. Dalam Ju Chia beliau menitikberatkan
aspek nilai-nilai murni atau kemanusiaan serta peraturan social. Konfusius
berpendapat seseorang insan mestilah memiliki satu garis panduan tentang
tingkah laku yang berdasarkan nilai-nilai abstrak untuk menjadi manusia yang super
(Chun Tze) iaitu ‘Peribadi Agung’. Beliau telah menamakan nilai-nilai
abstrak ini sebagai Wu Chang (Five Virtues) iaitu sifat-sifat murni dari
manusia atau etika manusia yang terdiri
daripada Li (Principle) atau keserasian, Ren Jen (Humanity) atau
perikemanusiaan, Xin (Faithfulness) atau Kebolehpercayaan, atau
Keikhlasan, Yi (Honesty) atau Amanah atau keadilan dan Zhi (Wisdom)
atau kebijaksanaan. Jelas menunjukkan beliau amat menekankan nilai-nilai akhlak
atau moral yang mulia (Hoobler, 1993).
2.
Konsep Pendidikan Al-Ghazali
2.1. Pembelajaran
Perhatian Al-Ghazali dari aspek pendidikan
sangat besar terhadap ilmu dan mengajar, kepercayaannya yang kuat bahawa
mengajar yang benar adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, serta
kebahagiaan dunia dan akhirat. Tujuan pendidikan Al-Ghazali menekankan tentang
beberapa aspek iaitu: aspek agama sufi, akhlak, urusan dunia iaitu aspek budaya
dan bekal hidup, dan aspek manfaat. Dalam proses pendidikan Al-Ghazali
membahagi ilmu kepada dua : pertama, ilmu fardhu ain iaitu ilmu yang
wajib diketahui oleh setiap orang Islam. Ilmu-ilmu agama dengan segala macamnya.
Kedua, ilmu fardhu kifayah iaitu setiap ilmu yang diperlukan oleh urusan
dunia seperti kedoktoran, pertukangan, pertanian, politik dan lain-lain.[24]
Al-Ghazali membahagi ilmu-ilmu dan
menyusun menurut keperluan dan kepentingannya bagi pelajar dan sesuai dengan
perbezaan nilai-nilai yang diletakkannya. Beliau meletakkan ilmu-ilmu itu sesuai
dengan realiti seperti yang dijelaskan di bawah ini;
Pertama, manfaat ilmu-ilmu itu untuk manusia dalam hidupnya menurut
agama dan dalam dunianya yang terakhir, iaitu sebab kesucian dirinya, kebaikan
akhlaknya, dan kedekatannya kepada Allah, serta kesiapan bagi dunia yang kekal.
Kedua, sebesar manfaatnya untuk manusia sebab keperluannya dan pelayanannya
untuk ilmu-ilmu agama, misalnya ilmu bahasa dan ilmu nahwu. Ketiga, sebesar
manfaatnya untuk manusia dalam hidupnya di dunia, seperti kedokteran, ilmu
hitung, dan bermacam-macam ilmu perindustrian. Keempat, sebesar manfaatnya
sebab kebudayaannya dan mengambil kesenangan dengan ilmu-ilmu itu dan
peranannya dalam kehidupan sosialnya, seperti syiir, sejarah, politik, dan
akhlak.[25]
Jelaslah bahawa metode pembelajaran Al-Ghazali terdapat dua
kecenderungan :
1.
Kecenderungan
religious sofistis, yang membuat beliau meletakkan ilmu-ilmu agama di atas
setiap pemikirannya dan melihatnya sebagai alat untuk menyucikan jiwa dan
membersihkannya dari kotoran duniawi.
2.
Kecenderungan
aktualitas manfaat yang tampak dalam tulisan-tulisannya walaupun ia seorang
sufi dan tidak suka kepada duniawi, Al-Ghazali beberapa kali mengulangi
penilaiannya terhadap ilmu-ilmu menurut kegunaannya untuk manusia, baik dunia
maupun akhirat.[26]
2.2.
Pengajaran
Al-Ghazali amat
menekankan terhadap pentingnya persiapan bahan pengajaran oleh guru. Ia juga
menekankan bahwa para guru harus mengamalkan ajaran-ajaran yang diajarkannya.
Point lainnya yang berkenaan dengan pentingnya seorang guru agar menarik
perhatian dalam mengembangkan dan mengajarkan pelajaran dengan cara bekerja
sama dengan dengan para siswa yang dengan cara demikian, para guru telah
memberikan fasilitas dan kesempatan kepada para siswa untuk memahami bahan
pelajaran yang diajarkan.
Al-Ghazali selanjutnya
mengingatkan para guru agar menghindari penyajian bahan pelajaran yang rumit
dan sulit terhadap para siswa permulaan, dan meminta para guru agar memulai
pelajaran dari yang paling mudah dan sederhana menuju kemata pelajaran yang
sukar dan kompleks.[27]
Al-Ghazali selanjutnya
mengingatkan para guru supaya memperhatikan tingkat daya pikiran anak,
menerangkan pelajaran dengan cara yang sejelas-jelasnya, dan mengajarkan ilmu
pengetahuan dengan cara berangsur-angsur.[28]
Al-Ghazali berpendapat bahawa guru yang sempurna akalnya, terpuji
akhlaknya, yang layak diberi amanah mengajar anak-anak pada umumnya maka guru
mesti memilik sifat-sifat yang diperlukan oleh jabatanya itu :
1.
Kasih sayang dan menyayangi, beliau menganjurkan hendaklah guru itu
menempati kedudukan ayah bagi murid, bahkan beliau berpendapat bahawa hak yang
dimiliki guru atas muridnya lebih besar daripada hak yang dimiliki orang tua
atas anaknya.
2.
Guru tidak
menuntut upah, tidak mengharapkan pujian, terima kasih, atau balas jasa dari
murid pada pertemuannya dalam mengajar.
3.
Guru menjadi
penunjuk yang jujur dan sebagai teman bagi muridnya.
4.
Guru menjauhi
kekejaman dalam melatih perangai-perangai murid, ertinya menegur murid yang
salah dengan cara yang bijak.
5.
Memberi
semangat murid untuk memperoleh ilmu dari guru yang lain dengan tidak membatasi
atau fanatik kepada seorang guru tanpa menghiraukan guru yang lain.
6.
Guru hendaklah
ia tidak melahirkan kelemahan dan tidak memberikan ilmu kepada murid tanpa
perhitungan, baik murid itu patut menerima atau tidak.
7.
Guru memberikan
ilmu kepada muridnya yang jelas dan mudah yang sesuai dengan umurnya.
8.
Guru berpegang
kepada prinsip dan berusaha merealisirnya mestilah menjadi sifat-sifat guru
teladan.[29]
2.3.
Pandangan
Tentang Nilai
Selanjutnya al-Ghazali menggunakan pendekatan aksiologis dalam menilai.
1.
Ilmu yang tercela, banyak atau sedikit. Ilmu
ini tidak ada manfaatnya bagi manusia di dunia maupun diakhirat. Misalnya ilmu
sihir, nujum dan ilmu pedukunan. Bila ilmu ini dipelajari akan membawa madharat
dan meragukan terhadap kebenaran adanya Tuhan oleh kerana itu ilmu ini harus
dijauhi.
2.
Ilmu yang terpuji, banyak atau sedikit.
Misalnya ilmu tauhid dan ilmu agama. Ilmu ini bila dipelajari akan membawa
seseorang kepada jiwa yang suci bersih serta dapat mendekatkan kepada Allah.
3.
Ilmu yang terpuji pada taraf tertentu, yang
tidak boleh diperdalam, karena ilmu ini dapat membawa kepada kegoncangan iman,
seperti ilmu falsafah.[30]
Al-Ghazali mendasarkan pemikirannya bahawa kurikulum pendidikan harus
disusun dan selanjutnya disampaikan kepada murid sesuai dengan pertumbuhan dan
perkembangan psikisnya. Pentahapan dalam kurikulum yang dirumuskan al-Ghazali
ini sesuai dengan proses pendidikan anak yang diajarkan oleh Nabi SAW.
a. Usia 00-06 th.
adalah masa asuhan orang tua.
b.
Usia 06-09 th. Adalah masa dimulainya pendidikan anak secara
formal.
c.
Usia 09-13 th. Adalah masa pendidikan kesusilaan dan latihan
kemandirian.
d.
Usia 13-16 th. Adalah masa evaluasi terhadap pendidikan yang telah
berjalan sejak pembiasaan, dimulainya pendidikan formal, pendidikan kesusilaan
dan pendidikan latihan kemandirian.
e.
Usia 16 th. Dan seterusnya, adalah pendidikan kedewasaan.[31]
3. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA KONSEP
BARAT DAN TIMUR
Terdapat beberapa aspek persamaan perbezaan daripada konsep
pendidikan Barat dan Timur, iaitu:
a. Persamaan
Ø
Konsep pendidikan yang menekankan kepada mencari pengetahuan.
Ø
Melalui pendidikan boleh merubah seseorang manusia
Ø
Wujud juga persamaan falsafah yang menekankan kepada ketuhanan
seperti Thomas Aquinas yang cuba menggabungkan aspek ketuhanan melalui gereja.
Ø
Matlamat pendidikan dari
segi penilaian menekankan kepada
penguasaan ilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi.
Ø
Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan lebih kepada proses
untuk menyelesaikan masalah.
Konsep Barat dan Timur
bersepakat untuk menyatakan bahawa pendidikan merupakan perkara asas yang
berfungsi untuk merubah manusia dari keadaan yang kurang sempurna kepada
keadaan yang sempurna ini merujuk kepada konsep yang dikemukakan oleh John
Dewey dan Al-Ghazali. Menurut mereka juga setiap individu harus dibekalkan dengan
ilmu-ilmu asas seperti pertanian, pertukangan yang membeolehkan manusia membina
kehidupannnya. Ilmu ini harus dicukupi kerana ia mempunyai kaitan yang sangat
rapat dengan kehidupan.
Pada dasarnya pendidikan Barat dan Islam berpadangan
bahawa pendidikan bermula daripada manusia lahir sehinggalah samapai penghujung
hayatnya. Daripada idea ini maka lahirlah istilah pendidikan sepanjang hayat
atau pendidikan seumur hidup atau terma yang seumpamanya. Dalam hal ini Islam
melihat sandaran terhadap idea ini adalah saranan Nabi s.a.w yang menyuruh
umatnya supaya menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.badapun john
Dewey berpegang kepada falsafah yang dilihat ianya sesuai untuk dilaksanakan
sepanjang hidup.
b. Perbezaan
Ø
Falsafah barat lebih menekankan kepada unsur dan aspek dunia dan
falsafah Timur lebih menekankan aspek agama.
Ø
Kaedah- kaedah yang digunakan berbeza untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Ø
Falsafah pendidikan Timur
(Islam) banyak bersandarkan wahyu berbanding dengan barat lebih kepada
penggunaan akal fikiran dan logik.
Ø
Falsafah pendidikan Timur (China) banyak bersandarkan pengalaman
mistik/kerohanian dan adat istiadat.
Konsep Tokoh-tokoh Barat
|
Konsep Tokoh-tokoh Timur
|
Ø Untuk mengembangkan individu menurut
John Dewey berpusat pada murid bukan guru.
Ø Menurut Wiliam James kesahihan sesuatu
teori dibuktikan melalui pengalaman.
Ø John Dewey mengatakan minat dengan cara
yang lebih terbuka. Dengan erti yang lain, seandainya murid tidak berminat
dengan ilmu agama, maka mereka tidak perlu untuk belajar agama.
Ø Menurut Thomas Aquinas matlamat alam
semesta ialah kebaikan intelek sebagai kebenaran mutlak.
Ø Dalam pendidikan Thomas Aquinas bahawa mencungkil dan mengembangkan kemampuan-kemampuan yang pasif menjadi aktif atau
nyata bergantung kepada kesedaran setiap individu.
Ø Pembelajaran falsafah Thomas Aquinas yang merintegrasikan kepada doktrin
Kristian dengan unsur-unsur yang diambil daripada falsafah Aristotle yang
berasakan kitab suci kristian.
Ø
Menurut Thomas Aquinas pengetahuan
tentang alam yang dikenal melalui akal dan pengetahuan tentang rahasia Tuhan yang
diterima oleh manusia melalui wahyu atau kitab suci.
|
Ø Untuk mengembangkan individu menurut
Konfusius dengan membentuk nilai moral.
Ø Menurut Al-Farabi kaedah pembelajaran
perlu sesuai dengan pelajar.
Ø Mengikut Al-Ghazali bahawa pelajar
seharusnya tidak diajarkan sesuatu subjek yang tidak sesuai dengan peringkat
umur dan sesuatu yang dia tidak minat. Penekanan terhadap minat perlu
diberikan ilmu agama yang asas meskipun ia tidak minat
Ø Menurut Al-Ghazali kebenaran mutlak
adalah dari Allah.
Ø Dalam pendidikan moral Konfusius
menekankan peranan muzik dan sastera dalam mencapai perkembangan diri yang
seimbang.
Ø
Pembelajaran falsafah Al-Farabi yang didukung oleh Plato dan
Aristotle dan mengintegrasikannya dengan Islam dan budaya Arab yang berasakan
al-Quran.
Ø
Menurut Al-Farabi pengetahuan terhadap Tuhan yang dapat membentuk
moral individu dan membantu mencari sebab kewujudanNya melalui falsafah dan
agama.
|
4. RUMUSAN
Falsafah pendidikan
yang diasaskan adalah untuk mengembangkan potensi individu yang sempurna atau
pun insan yang kamil dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmonis
mengikut acuan sesuatu falsafah. Konsep falsafah pendidikan Barat dan Timur
sama ada matlamat untuk mewujudkan individu yang sempurna melalui pendidikan.
Walaupun terdapat perbezaan-perbezaan dalam proses pembelajaran dan pengajaran
di peringkat sekolah.
Falsafah pendidikan
Barat bersandarkan fahaman sekuler yang memisahkan antara urusan dunia dan
akhirat. Ukuran terhadap sesuatu yang benar dan bernilai adalah bergantung
kepada penilaian akal semata-mata tanpa nas atau dalil naqli. Kebanyakan sumber
pemikirannya adalah berdasarkan himpunan pengalaman. Oleh kerana itu manusia
perlu diberi bekalan ilmu kehidupan yang secukupnya sebagai bekalan untuk
mereka melangsungkan kehidupan.
Falsafah pendidikan
Islam pula bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadist di samping gagasan ideanya
menggabungkan pendidikan material dan spiritual atau unsure dunia dan akhirat
secara menyeluruh. Dalam Islam menegaskan bahawa kehidupan yang berlangsung
didunia ini merupakan jamabatan menuju ke akhirat. Oleh kerana itu sewajarnya
kepada setiap individu dibekalkan dengan ilmu yang cukup merangkumi ilmu dunia
dan ilmu akhirat.
Falsafah pendidikan
China yang dipelopori oleh Konfusius telah berkembang bukan sebagai satu agama,
tetapi sebagai satu falsafah perikemanusiaan. Confucius merupakan seorang guru bernilai perikemanusiaan yang telah merancang
untuk mengembangkan satu tanggapan manusia iaitu membentuk masyarakat yang
sempurna yang bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa ghaib.
Rujukan :
1. Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan
Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang.
2. Fathiyah Hasan Sulaiman, (1986), Al-Ghazali
dan Plato dalam aspek pendidikan, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura.
3. Frederick Mayer, (1951), A History of Modern Philosophy, American Book Company, New York.
4. Hasbullah. Dasar Ilmu Pendidikan. 2005.
Jakarta. Penerbit: PT RajaGrasindo Persada.
5. Ihya Ulum al-Din Jilid I
6. I. Djumhur dan H. Danasuparta, (1974),
Sejarah Prndidikan, CV. Ilmu, Bandung.
7. Ohoitimur, Aliran-Aliran Utama Filsafat Barat Kontemporer, (Traktat
Kuliah SFT-SP).
8. Syarifah Alwiah Alsagoff, (1984), Falsafah Pendidikan, Heinemann
Asia, Kuala Lumpur.
9. Y. B. Suparlan, (1984), Aliran-aliran
Baru Dalam Pendidikan, Andi Offset, Yogyakarta.
10. Zamroni, (2001), Pendidikan Untuk Demokrasi: Tantangan Menuju Civil Society, Bigraf
Publishing, Yogyakarta.
Muliyadi79@yahoo.com
[1] Abdul Khodir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media
Offset, Yogyakarta.
[2] Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang. p. 77.
[3] Ibid…, p. 80
[4] Zamroni, (2001), Pendidikan
Untuk Demokrasi: Tantangan Menuju Civil Society, Bigraf
Publishing, Yogyakarta, p. 30-31.
[6] I. Djumhur dan H.
Danasuparta, (1974), Sejarah Prndidikan, CV. Ilmu, Bandung, p.
88-90.
[7]
Ohoitimur, Aliran-Aliran
Utama Filsafat Barat Kontemporer, (Traktat Kuliah SFT-SP), p. 79.
[8] Ibid…,
p. 79
[9] Frederick Mayer, (1951), A History of Modern Philosophy, American Book Company, New York, p. 535.
[10] Syarifah Alwiah Alsagoff, (1984), Falsafah
Pendidikan, Heinemann Asia, Kuala Lumpur.
p. 37
[12]
Abdul Rahim Hamdan, (2011), Falsafah Pemikiran Pendidikan, UTM
Press, Johor. p. 85
[13]
Ibid…, p. 86
[14] Ibid…, p. 87
[15]
Ibid…, p. 87
[19] Budisutrisna,
(1998), makalah seminar: Historisitas dalam Pandangan Confucius, Fak.
Filsafat UGM, Yogyakarta, p. 6.
[20] Wan Ramli Wan Muhammad Azmi Aziz, (2002), Tokoh Falsafah Dunia,
Lohprint Sdn. Bhd. Selangor, p. 7.
[21] Ibid..., p. 6.
[22] Ibid..., p. 27.
[23] Fung Yu Lan, (1990), A Short
History of Chinese Philosophy, Alih bahasa Soejono Soemargono, Liberty
Yogyakarta, p. 235.
[24]
Ihya Ulum al-Din Jilid I p. 14
[25]
Fathiyah Hasan Sulaiman, (1986), Al-Ghazali Dan Plato : Suatu Studi Dalam
Aspek Pendidikan, Bina Ilmu, Surabaya. p. 27
[27]Zianuddin
Alavi, (2003), Pemikiran Islam Pada
Abad Klasik dan Pertengahan, Angkasa, Bandung. p. 67.
[28]Zianuddin
dkk. (1991), Seluk Beluk Pendidikan Al-Ghazali, Bumi Aksara, Jakarta. p.
78-79.
[29]
Ihya Ulum al-Din, Jilid I p. 49.
[30]
Abudin Nata, (1997), Filsafat Pendidikan Islam, Logos Wacanan Ilmu,
Jakarta. p. 166
[31]
Ibid…, 170
0 Response to "PERBANDINGAN KONSEP PENGAJARAN PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN BARAT DAN TIMUR"
Posting Komentar