SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

KONSEP PENDIDIKAN BARAT

KONSEP PENDIDIKAN BARAT & BUKAN BARAT

KONSEP PENDIDIKAN
Pandangan umum adalah aktiviti-aktiviti yang berkaitan pembentukan & perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian & jasmani manusia.

Pandangan khusus adalah aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan mempunyai objektif, rancangan & organisasi untuk mendidik supaya menjadi insan berilmu, berakhlak mulia & berkemahiran serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam kemajuan & pembangunan masyarakat.

KONSEP PENDIDIKAN BARAT
Dari sudut bahasa:
Pendidikan dalam bahasa Inggeris ialah education, Ia adalah  berasalah dari bahasa Latin ialah educare.
Pendidikan bermaksud memelihara, membimbing @ mengasuh kanak-kanak

Pendidikan juga diertikan sebagai perkembangan fizikal. Di mana perkataan educare berkaitan rapat dengan perkataan educere yang bermaksud pertumbuhan tanaman @ haiwan. Jadi, pendidikan juga bermaksud suatu latihan kepada manusia @ memyampaikan kemahiran-kemahiran tertentu kepada manusia bagi tujuan aktiviti kehidupan.

Dalam perkataan education juga merupakan cantuman daripada 2 perkataan iaitu eex & ducereduce memimpin keluar (to lead out) yang bermaksud keupayaan diri melalui pembelajaran.

Secara umumnya menerangkan maksud tentang usaha perkembangan minat & bakat manusia.

Dari sudut ciri:
Pendidikan adalah bersifat wajib & berterusan dari buaian ke liang lahat. Konsep ini telah dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat (life long lenrning) & dikenal pasti perlu dalam membangunkan guna tenaga manusia

Jean Jacques (1712 - 1778) menyatakan suatu usaha berterusan bermula sejak kanak-kanak

Plato menyatakan bahawa pendidikan adalah sesuatu yang mampu @ berkeupayaan membentuk individu yang mulia. Beliau juga menyatakan pendidikan akan elahirkan tiga golongan manusia iaitu pemimpin (Lehr), pekerja (Nehr) & tentera (Wehr).
Socrates memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik.

Dari sudut proses:
John Dewey (1859 - 1952) mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses psikologi iaitu pertumbuhan @ perkembangan di mana usaha mengatur pengetahuan bagi meningkatkan lagi pengetahuan semula jadi yang sedia ada pada invidu.

John Park menyatakan bahawa pendidikan adalah seni @  proses menyampai @ memperoleh ilmu pengetahuan @ tabiat melalui cara tunjuk ajar

Maria Montessori (1870 - 1952) mentafsirkan pendidikan sebagai membentuk & mengembangkan intelek, jasmani, rohani & sosial kanak-kanak.

Jadi, pendidikan dapat difahami sebagai pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai & kebudayaan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
Penidikan juga merupakan satu proses yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu sehingga seseorang memperolehi ilmu, pemahaman, tingkah laku & amalan yang baik di mana bersesuaian dengan keperluan & kehendak bagi golongan manusia yang melaksanakan pendidikan.

Dari sudut hasil:
John Milton menyatakan bahawa hasil daripada pendidikan ialah manusia bertindak secara adil & bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dari setiap masa.

Pestalotzi menjelaskan bahawa individu yang telah melalui pendidikan mampu untuk memikul tanggungjawab masing-masing bagi tujuan kehidupannya.

Lain-lain Pandangan Tokoh Barat Terhadap Konsep Pendidikan
Aristotle – pendidikan bersifat etikal & politikal. Mematuhi peraturan & tingkah laku yang baik, menguruskan pentadbiran & mempertahankan kedaulatan.

Froebel (1782 – 1852) – pendidikan bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci & mulia

John Stuart Mill (1806 – 1873) pendidikan adalah memberi bantuan untuk setiap individu supaya berhidup gembira

T.H. Huxley (1825 - 1895) - orang berpendidikan sempurna adalah orang yang bersedia berkhidmat demi kemajuan diri & masyarakat serta rela berkhidmat dengan ikhlas, patuh kepada undang-undang, bertenaga, bersemangat, berseni & bermasyarakat

Rujukan:
Abu Bakar Nordin &Ikhsan Othman (2003), Falsafah Pendidikan & Kurikulum, Quantum Books, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Mok Soon Sang (2005), Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Konponen 3: Profeionlisme Keguruan. Kumpulan Budiman Sdn.  Bhd. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Disediakan oleh,
Khoo (PGZ110001)

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "KONSEP PENDIDIKAN BARAT"