SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

CONTOH ULASAN JURNAL BAHASA MELAYU

Pengenalan
Tugasan ini adalah berkenaan dengan mengulas jurnal yang dipilih berdasarkan jurnal falsafah dengan melihat kepada sukatan, masalah dan cabaran pengajian falsafah Islam di Institut Pengajian Tinggi Awam iaitu (i) Sukatan di Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. (ii) Sukatan di  Jabatan Ushuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal ini telah dipetik dari koleksi perpustakaan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Tajuk Jurnal
Jurnal ini bertajuk: “Pengajian Falsafah Islam Di Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia: Sukatan, Masalah Dan Cabaran Pengajian”. Jurnal ini ditulis oleh Wan Suhaimi Wan Abdullah, yang diterbitkan tahun 2005. Dengan metodologi penyelidikan lapangan melalui perbandingan dua Jabatan Pengajian Falsafah Islam.

Ulasan Kajian
1.       Sukatan Pengajian Falsafah Islam di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Berdasarkan jurnal ini, kursus-kursus yang ditawarkan di Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) adalah sebagai berikut :
Ø  Pengantar Pemikiran Islam (IXEU1101/3 jam kredit-Teras Akademi)
Ø  Pengantar Falsafah (IXEU1106/3 jam kredit-Teras Akademi)
Ø  Pengantar Falsafah Islam (IAEU1302/3 jam kredit-Teras Jabatan)
Ø  Falsafah Akhlak dan Moral (IAEU2304/3 jam kredit-Teras Jabatan)


Ø  Falsafah Islam (IAEU3101/3 jam kredit-Teras Jabatan)
Ø  Kajian Bibliografi Akidah Dan Pemikiran Islam (IAEU3120/3 jam kredit-Teras Jabatan)
Ø  Falsafah dan Masyarakat Islam Semasa (IAEU1307/3 jam kredit-Elektif Jabatan)
Ø  Nusus al-Falsafah al-Islamiyyah (IAEU2311/3 jam kredit-Elektif Jabatan)
Ø  Aliran Pemikiran Islam Semasa (IAEU3302/3 jam kredit-Elektif Jabatan)
Ø  Falsafah Politik Dan Sosial Islam (IAEU3304/3 jam kredit-Elektif Jabatan)
Ø  Islam Dan Aliran Falsafah Moden (IAEU3317/3 jam kredit-Elektif Jabatan)

2.      Sukatan Pengajian Falsafah Islam di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berdasarkan jurnal ini, kursus-kursus yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah sebagai berikut :
Ø  Pengantar Falsafah (PH1152 -2 unit/teras)
Ø  Falsafah Islam (PH1122 -2 unit/teras)


Ø  Falsafah Abad Pertengahan (PH2413 -2 unit/elektif)
Ø  Falsafah Modern (PH3112 -2 unit/teras)
Ø  Perbandingan Falsafah (PH3413 -2 unit/elektif)
Ø  Falsafah Politik Dan Sosial Islam (PH3453 -2 unit/elektif)

Pemikiran Akhlak Islam (PH3343 -2 unit/elektif)
Ø  Kajian Teks Usuluddin Dan Falsafah (PH3142 -2 unit/teras)
Ø  Falsafah Ketuhanan (PH3403 -2 unit/elektif)
Ø  Falsafah Minda (PH3433 -2 unit/elektif)
Ø  Falsafah Dan Kehidupan (PH3443 -2 unit/elektif)

3.      Sukatan Pengajian Falsafah Islam di APIUM dan FPI, UKM
Penelitian dan perbandingan di antara sukatan pengajian falsafah Islam di kedua-dua institusi mendapati beberapa perhatian berikut :
i.       Kursus-kursus yang ditawarkan di APIUM lebih besar berbanding di FPI, UKM yang menawarkan 2 unit bagi sesetengah kursus. Dari segi kualiti dan kuantiti para pelajar akan lebih banyak terdedah dengan pelbagai perbincangan falsafah walaupun secara mendatar. Bererti penentuan unit atau jam kredit ini perlu mengambilkira fokus dan pelaksanaan kursus, dan pelaksanaan kursus, dan apa yang penting ialah matlamat pembelajaran dapat dipastikan pencapaiannya.
ii. Kursus-kursus yang melibatkan pengusaan berinteraksi dengan teks-teks primer mungkin boleh dikemaskinikan, baik jam kredit mahupun unit yang ditawarkan.
iii.  Kursus-kursus sebegini dilihat penting kerana ia melibatkan sumber sehingga tidak mampu melahirkan seorang graduan yang baik jika tidak mampu berinteraksi dengan teks asal khasnya dengan terjemahan yang berbahasa arab.
iv.     Pengajian falsafah di kedua-dua institusi telah mencakupi pelbagai bidang falsafah. Namun begitu keberkesanan kursus-kursus tertakluk kepada pelaksanaan dengan penuh tanggung jawab dan matlamat yang jelas.

4.      Masalah Dan Cabaran Pengajian dan Pengajaran
Secara umumnya pengajaran sesuatu ilmu boleh dikaitkan dengan dua tujuan utama iaitu melahirkan pakar dalam bidang ilmu tersebut dan hanya sekadar memberi maklumat yang mencukupi tentang disiplin yang diajar. Pengisian dan pendekatan pengajaran atas tujuan di atas pastinya berbeza dan mesti dibezakan. Dalam kes pengajian falsafah amnya dan falsafah Islam khasnya fakta di atas perlu dikenal pasti. Makalah ini lebih menjurus kepada pendekatan pengajian dan pengajaran dengan matlamat melahirkan pakar dalam bidang falsafah. Oleh demikian masalah dan cabaran pasti lebih besar. Berikut beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan sebagai kerangka :
a)      Peruntukan Ruang Secukupnya di Institusi Pengajian
Hal ini bergantung dan berkait rapat dengan kecenderungan dan peruntukan polisi kerajaan melalui Kementrian Pendidikan Tinggi, Universiti dan seterusnya fakulti berkaitan. Dalam konteks kini, polisi umum pendidikan Negara lebih cenderung kepada bidang-bidang sains dan teknologi yang lebih praktikal dan mendatangkan material. Keputusan menghadkan nisbah 60-40 peratus antara sains tulen dan sains sosial. Antara yang terpenting ialah mengkategorikan ilmu agama termasuk falsafah Islam sebagai sains sosial.
Implikasinya pelbagai, antaranya yang ketara ialah pengecilan bilangan pengambilan pelajar sains sosial berbanding pelajar sains tulen. Pengkategorian ilmu Islam dalam kategori sains sosial ini telah mengikat pengajian agama dan falsafah dengan tradisi dan metodologi sains sosial yang kadang-kadang tidak begitu sesuai untuk pengajian keagamaan dan kefalsafahan. Sains sosial adalah ilmu tentang apa yang berlaku manakala keagamaan dan falsafah adalah ilmu tetang apa yang sepatutnya berlaku.
b)     Keupayaan Institusi Dan Kepakaran Yang Ada Untuk memikul Tanggungjawab Pengajaran Dan Penganjuran Kursus
Perkara utama berkaitan dengan keupayaan institusi, ialah kelengkapan pusat sumber atau perpustakaan yang menyediakan segala bahan asas yang diperlukan untuk proses pengajian dan pengajaran. Dalam hal yang berkaitan menyediakan koleksi perpustakaan yang baik, koleksi di Malaysia khususnya dalam bidang falsafah amnya dan falsafah Islam khasnya boleh dianggap masih miskin.

Perkara kedua ialah berkaitan kepakaran dan keupayaan tenaga pengajar yang ada. Umumnya hanya failasuf yang mampu melahirkan failasuf dan hanya failasuf yang baik yang akan melahirkan failasuf yang baik dan tidak terkeliru. Sebagaimana dinyatakan di atas, siapakah failasuf yang ada di Malaysia kini? Jika ada, siapakah antara mereka yang merupakan failasuf yang baik? Jika tiada failasuf, siapakah yang memikul tanggung jawab mengajarkan falsafah di Malaysia.
c)      Promosi Dan Minat Pelajar
Kurangnya kesedaran pelajar Melayu tentang penting pengajian falsafah memang tidak dapat dinafikan. Faksafah dianggap sebagai kursus yang susah dan mungkin dilabelkan sebagai tidak begitu berfaedah. Memang failasuf bukan suatu profesyen dan ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai suatu profesyen sebab failasuf itu mencari hikmah demi hikmah, memperkatakan tentang kebenaran demi kebenaran bukan kerana kepentingan. Failasuf boleh bekerja sebagai apa sahaja.
Persepsi belajar untuk kerja kini sudah menjadi darah daging para pelajar. Ilmu dikejar kerana andaian bahawa ia boleh menjanjikan hidup senang. Matlamat ruhaniyah mencari ilmu sudah bertukar kepada matlamat pragmatik dan materialistik. Kalau dulu para ilmuwan belajar untuk memperhambakan diri kepada ilmu, apakah umat pelajar kini mempunyai fahaman dan komitmen yang jelas terhadap ilmu dan guru mereka? Kalau al-Quran menegaskan bahawa orang yang paling takutkan Allah SWT adalah para ilmuwan. Apakah kini para ilmuwan masih lagi sinonim dengan orang yang paling bertaqwa kepada Allah SWT? Kalau dulu ilmu itu didatangi, kini ilmuwan mendatangi dengan ilmunya.
Jika fenomena ini berleluasa, pastinya falsafah adalah antara ilmu yang paling awal bangkrup dan keadaan ini pasti tidak akan melahirkan seorang pemikir atau failasuf, atau lebih tepat seorang failasuf yang baik. Dunia akan dipenuhi oleh faham-faham kebendaan dan segala falsafah yang akan dilahirkan nanti pastinya tidak lain hanya untuk berkhidmat kepada faham kebendaan tersebut.

Implikasi Dari Kajian
Implikasi dari kajian ini bahawa yang demikian penyelidik menawarkan apa yang boleh disarankan berkaitan pengajian falsafah Islam sebagai berikut :
1.       Menyediakan kursus perlu digabungkan antara isu-isu yang pernah diperdebatkan dalam tradisi dengan persoalan baru yang dihadapi masyarakat semasa.
2.      Pendekatan pengajaran perlu diambil kira pemahaman yang menyeluruh tentang latarbelakang masalah dan cabaran semasa. Dalam masa yang sama hakikat umum yang tidak terikat dengan situasi semasa perlu dicungkil dan dibezakan untuk dimanfaatkan umat kini.
3.      Dalam konteks penyediaan bahan perbincangan dan bacaan perlu diambil kira prasyarat bahasa dan kepakaran berinteraksi langsung dengan teks itu perlu dipersiapkan.
4.      Usaha melahirkan suatu institusi pengajian tempatan yang lebih serius memperjuangkan pengkajian falsafah Islam dengan maksud yang menyeluruh dan praktikal perlu disegerakan kini untuk melahirkan para pemikir dan tenaga pakar falsafah Islam.

Analisis Kajian
Berdasarkan jurnal ini bahawa terdapat beberapa sukatan antara APIUM dengan FPI UKM dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Masalah dan cabaran yang dihadapi adalah kekurangan pakar-pakar falsafah sebagai pemikir dalam pengajian falsafah Islam sehingga pengkaji memandang masalah dan cabaran dari kajian kursus mestilah diperuntukkan ruang secukupnya melalui peranan Kementrian Pendidikan Tinggi, Universiti dan fakulti berkaitan.
Siapa yang memikul tanggungjawab pengajaran falsafah khasnya falsafah Islam, hal ini boleh diambil kira dengan keupayaan institusi dan kepakaran dalam bidang falsafah dengan menyediakan sumber rujukan yang lengkap. Falsafah adalah suatu yang eklusif kerana tidak ramai failasuf dan tidak ramai masyarakat yang memahami falsafah, oleh demikian perlu diambil kira untuk melahirkan failasuf atau pemikir bangsa dan negara.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CONTOH ULASAN JURNAL BAHASA MELAYU"

Posting Komentar