PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN INTELEK PELAJAR DARIPADA PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
OLEH : ZULFAHMI
1. PENGENALAN
Falsafah merupakan sebuah disiplin ilmu yang telah bermula sejak zaman Phytaghoras (572-492 SM). Bermacam-macam anggapan dari individu menganggap falsafah hanyalah ilmu yang bersifat teorikal semata dan ia tidak bisa di amalkan. Sebenarnya secara tidak sedar manusia telah melakukan praktek dari falsafah. Misal seorang guru yang mengajar anak didiknya dengan penuh tanggung jawab dan ia sangat mencintai pekerjaannya, itu ialah bahagian daripada falsafah. Seandainya kita menelaah defenisi dari falsafah banyak sekali pandangan mengikut ahli-ahli yang mengungkapkan defenisi berbeza-beza.
Dalam perbincangan ini penulis cuba menelaah Perbandingan Falsafah Pendidikan Ke Arah Pembentukan Intelek Pelajar Daripada Perspektif Barat Dan Islam. Perbincangan ini merujuk kepada defenisi falsafah umum dan Islam, tujuan umum falsafah pendidikan kebangsaan daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Dalam perbincangan ini penulis memfokuskan daripada aspek intelek, bagaimana perbandingan falsafah pendidikan baik persamaan maupun perbezaan daripada perspektif Barat dan Islam.
2. DEFENISI FALSAFAH PENDIDIKAN UMUM
Terdapat ramai ahli falsafah yang cuba mendefenisikan falsafah pendidikan yang mana kesemuanya menuju kepada satu pengertian. Antara defenisi-defenisi yang dibuat dapat dijelaskan sebagai berikut :
Menurut Gerry Page dan J.B. Thomas, menurut beliau, falsafah pendidikan adalah ‘branch of education studies which elaborates educational objectives and values. In the last century emphasis has changed from a study of educational and philoshophical writings to analytical study of educational problem, thought and practice.’[1]Menurut Educational Encyclopedia (London), falsafah pendidikan didefenisikan sebagai sama dengan falsafah daripada proses pendidikan atau falsafah daripada disiplin pendidikan. Falsafah pendidikan adalah suatu perkara yang praktik, yang berkait dengan soal pendidikan. Falsafah pendidikan adalah suatu kepercayaan, pegangan dan prinsip am yang membincangkan berbagai hal berkenaan pendidikan dan pengajaran disekolah.[2]
Berdasarkan defenisi tersebut dapat disimpulkan bahawa dalam segi sejarah, falsafah pendidikan mengambil bentuk yang pertama di atas, tetapi diakibatkan oleh pengaruh falsafah analisa ianya mengambil bentuk kedua di atas. Dalam bentuk pertama falsafah pendidikan dikembangkan oleh tokoh-tokoh seperti Aristotle, Augustine, Lock dan sebagainya. Sebahagian daripada sistem falsafah mereka berdasarkan konsep-konsep metafizik, etika, politik, dan epistimologi masing-masing dizaman mereka.
Secara amnya falsafah pendidikan adalah falsafah yang mendekati falsafah hidup yang memberatkan pendidikan. Falsafah pendidikan lebih mementingkan tujuan dan matlamat pendidikan suatu masyarakat atau bangsa itu. Falsafah pendidikan lebih mementingkan peraturan, penyampaian, pentaksiran, dan pemadangan praktikal ilmu pengetahuan serta pengalaman yang bersangkutan dengan pendidikan.
3. DEFENISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Dalam mengemukakan defenisi falsafah pendidikan Islam yang bersumberkan falsafah hidup Islam berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Segala permasalahan mesti diperhubungkan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Menurut Hasan Langgulung (1986), falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Al-Syaibani (1978) pula menjelaskan bahawa falsafah pendidikan Islam yang mencanangkan dengan hikmah untuk menjadikan prose pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa. Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warga Negara umumnya supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh-Nya.[3]Imam Barnadib (1987) falsafah pendidikan Islam ialah ilmu pendidikan yang bersendikan falsafah atau falsafah yang diterapkan dalam usaha pemikiran dan pemecahan mengenai masalah pendidikan.[4]
Kesimpulannya, falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah pedidikan Islam menentukan tujuan akhir, maksud, matlamat, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan melalui proses pendidikan.
4. TUJUAN UMUM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996) iaitu : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.[5]
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihuraikan di atas, maka matlamat pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warga Negara Malaysia yang baik. Matlamat pendidikan kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut :
1) Percaya dan patuh kepada Tuhan
2) Berakhlak mulia
3) Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4) Memilik sahsiah yang seimbang daan sepadu
5) Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Selain daripada perkembangan pontensi individu secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga melalui proses pendidikan, malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti :
1) Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.
2) Melahirkan rakyat yang progresif mahir serta cekap.
3) Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
4) Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.
5) Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun Negara, dan bersikap toleransi demi terwujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.
6) Mengurangi jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
5. PERBINCANGAN ASPEK INTELEK
a. Pengertian Intelek
Perbincangan yang dijelaskan dalan aspek intelek yang mencakupi pengertian dan bagaimana pengetahuan bisa berpengaruh dalam pengembangan intelek pelajar. Intelek dapat diertikan ialah daya atau proses pemikiran yang lebih tinggi yang berkenaan dengan pengetahuan, daya akal budi, dan kecerdasan berpikir. Intelek dapat diertikan dengan terang akal, penalaran, cerdas, encer dan cemerlang.[6]
Secara umumnya kecerdasan intelek adalah kecerdasan otak atau merujuk kepada kemampuan otak berpikir, memahami dan mentasirkan. Contoh pelajar mengalami masalah dengan belajarnya. Jadi mengaitkan kecerdasan intelek membantu pelajar menyelesaikan masalah itu dengan memikirkan masalah itu secara kritis dan kreatif, mendalami pemahaman masalah itu supaya dapat mencari langkah terbaik bagi menyelesaikan masalahnya. Mereka yang mempunyai pemikiran itu mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi.[7]
b. Pengetahuan (Intelek) dalam Perpektif Islam
Dalam Islam ilmu berasal dari Tuhan dan diperoleh melalui indera yang sehat, berita yang benar (khabar shadiq) berdasar otoritas, akal sehat, dan intuisi. Akal sehat adalah pemikiran yang berfungsi secara harmonis dan tidak bertentangan. Akal (intelek) adalah substansi spiritual yang inheren dengan organ spiritual yang kita sebut hati, yang berfungsi menerima pengetahuan intuitif. Dengan demikian akal dan intuisi saling berhubungan. Berbeza dengan yang dipahami dalam peradaban Barat, intuisi bukan sekedar pemahaman langsung oleh subjek tentang dirinya, kesadarannya dalam diri dan dirinya dunia luar (external world) yang universal, nilai-nilai, dan kebenaran rasional.
Sedangkan berita yang benar (khabar shadiq) terbagi menjadi dua jenis:
Pertama jenis otoritas ialah mutlak. Otoritas juga terdapat tingkatan, tingkatan tertinggi ialah Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Otoritas ini menunjukkan bahawa keduanya bukan hanya menjelaskan kebenaran tapi keduanya adalah kebenaran itu sendiri yang merupakan representasi otoritas berdasar tingkatan tertinggi intelektualitas, penerapan spiritual dan pengalaman transendental, sehingga keduanya tidak bisa direduksi pada tingkatan rasio dan pengalaman normal manusia.
Berita kedua iaitu yang dibawa oleh orang banyak yang memustahilkan terjadinya kebohongan (khabar mutawatir) dan berita yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Pengetahuan ini memasukkan kesepakatan ulama, ilmuwan, dan orang-orang terpelajar yang didapat dengan metode-metode rasional dan eksperimen.
Konsep Pengetahuan Menurut Al-Kindi
Menurut al-Kindi falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang yang benar (knowledge of truth). Konsepsi falsafah al-Kindi secara umum memusatkan pada penjelasan tentang metafisika dan studi tentang kebenaran. Pencapaian kebenaran menurut al-Kindi ialah dengan falsafah. Oleh sebab itu, ilmu falsafah menurut al-Kindi ialah ilmu yang paling mulya. Ia mengatakan:”Sesunggunghnya ilmu manusia yang derajatnya paling mulya adalah ilmu filosof. Dengan ilmu ini hakikat ilmu didefinisikan, dan tujuan filosof memperlajari falsafah ialah mengetahui Al-Haq (Allah)” [8]. Sedangkan ilmu falsafah yang paling mulya dan paling tinggi derajatnya adalah Falsafah yang Pertama (Falsafah al-‘Ula). Yakni ilmu tentang al-Haq al- ‘Ula yang menjadi sebab segala sesuatu (‘illah kulli syai’) yang tidak lain adalah Tuhan Allah SWT.[9]
Konsep Pengetahuan Menurut Al-Farabi
Mengikut beliau tujuan falsafah dan agama sama iaitu mengetahui semua wujud. Hanya sahaja perbezaannya falsafah memakai dalil-dalil yang yakin kepada golongan tertentu sedang agama memaki car iqna’i (pemuasan perasaan) dan kiasan serta gambaran ditujukan kepada semua orang, bangsa dan negara.[10] Beliau membahagi pengetahuan seperti yang dibuat oleh Al-Kindi iaitu Pertama, falsafah An-Nadhariyyah (toerikal) mengetahui sesuatu yang ada, dimana seseorang tidak perlu mewujudkannya dalam perbuatan. Kedua, Falsafah Al-Amaliyyah (praktikal) mengetahui sesuatu yang semestinya diwujudkan dalam perbuatan dan yang menimbulkan kekuatan untuk mengerjakan yang baik.[11] Dalam pembahagian pengetahuan beliau hanya menambah beberapa cabang ilmu sepeti ilmu kalam dan ilmu fiqh.
Konsep Pengetahuan Menurut Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali amat menekankan konsep ilmu pengetahuan di mana baginya ilmu pengetahuan ialah sesuatu yang paling mulia yang dapat dicapai oleh manusia dalam kehidupan ini di samping bertujuan untuk mencari hakikat kehidupan. Al-Ghazali merumuskan bahawa pengetahuan-pengetahuan agama tidak bisa diperoleh dengan akal pikiran, melainkan harus berdasarkan hati dan rasa.
Untuk menimba ilmu pengetahuan, seseorang individu seharusnya memiliki nilai kesabaran dalam diri. Menimba ilmu pengetahuan melibatkan pelbagai proses seperti melakukan pemerhatian, penyelidikan, pencerapan dan sebagainya. Menuntut ilmu sememangnya memerlukan kesabaran. Sebagai contohnya, Imam al-Ghazali menganggap bahawa setiap peristiwa yang berlaku memberikan faedah dan meninggalkan warna dalam dirinya ke arah mencintai dan merakusi ilmu pengetahuan.
Ajaran yang kedua yang ditekankan oleh Imam Al-Ghazali mengenai ilmu pengetahuan ialah ikhlas dan jujur dalam menuntut ilmu pengetahuan. Menurutnya ilmu pengetahuan itu sendiri merupakan suatu kelazatan, dan dituntut untuk tujuan tersebut. Hal ini kerana individu seperti ini bukan sahaja memiliki kecerdasan, kesedaran dari segi akal fikiran malah mempunyai kesanggupan dan keikhlasan untuk mengamalkan perbuatan yang memenuhi perintah-perintah agama.
Ajaran yang ketiga mengenai ilmu pengetahuan ialah kesyukuran. Sebagai manusia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan kelebihan akal oleh Allah. Akal membezakan manusia dengan makhluk Tuhan yang lain. Manusia dianggap sebagai makhluk Tuhan yang hampir sempurna sifatnya dengan adanya akal. Menurut Imam Al-Ghazali, antara penyebab kemerosotan akal ialah akal tidak berada dalam tempat yang sewajarnya. Keinginan nafsu melebihi akal fikiran yang waras sehingga membuatkan manusia alpa untuk bersyukur.
Keempat ialah bersikap tamak dalam mencari ilmu. Sikap tamak dalam mencari ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang baik di mana kita dapat memperolehi ilmu pengetahuan melebihi orang lain. Namun sikap tamak yang dipandang enteng oleh masyarakat ialah setelah seseorang individu mendapatkan ilmu dan akhirnya menjadi lupa daratan.
Kelima yang ditekankan oleh Imam Al-Ghazali mengenai ilmu pengetahuan ialah ketekunan dalam menimba ilmu pengetahuan. Untuk mencapai kejayaan, manusia tidak seharusnya bergantung kepada nasib dan penerimaan ilmu daripada orang lain semata-mata tetapi sebaliknya tekun dan berdikari sendiri. Ilmu yang dicari bukanlah sekadar untuk melengkapi diri dengan keperluan duniawi namun juga di akhirat.
Mengikut sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadist serta huraian tokoh-tokoh falsafah Islam tentang pengetahuan dapat dikelompokkan bahwa jenis-jenis pengetahuan iaitu :
1. Pengetahuan Kewahyuan
Pengetahuan kewahyuan ialah kepunyaan Allah yang diturunkan melalui malaikat untuk disampaikan kepada orang-orang tertentu yang merupakan pesuruhnya. Pengetahuan ini mempunyai ciri-ciri yang signifikan iaitu : bersumber dari wahyu, diberikan kepada nabi dan rasul, kandungannya meliputi aspek dunia dan akhirat. Contohnya al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Pengetahuan Kewibawaan
Pengetahuan ini ialah pengetahuan yang mempunyai sifat yang boleh dijadikan contoh, ikutan atau disebut dengan istilah teladan. Ciri-cirinya iaitu : sumbernya dari akal, wahyu sebagai sokongannya, mempunyai sifat-sifat yang sempurna, teori yang pasti dan nyata. Contohnya hadist Rasulullah, teori matematik dan fizik.
3. Pengetahuan Keilhaman (intuitif)
Pengetahuan keilhaman ini merupakan pengetahuan yang berkaitan dengan proses bagaimana perasaan boleh menghasilkan ilham. Ciri dari pengetahuan ini iaitu : petunjuk dari wahyu, dicerna oleh akal, diperoleh dengan hati dan perasaan. Contohnya ketika melihat burung manusia terilhami untuk mencipta alat penerbangan.
4. Pengetahuan Aqliyah (rasional)
Pengetahuan ini didapati dari kesusahan, kesulitan, dan kerumitan berpikir dalam mengkaji sesuatu. Cirinya iaitu : sumber dari akal, diperoleh dari sebab musabab, kajian saintifik. Contohnya ilmu perubatan, pertukangan dan lain-lain.
5. Pengetahuan Empirikal
Pengetahuan yang didapati berdasarkan pengalaman kerohanian dalam mencari kebenaran. Ciri-cirnya iaitu : bersumber dari wahyu dan akal, diperoleh melalui panca indera. Misalnya ilmu tasawuf, ilmu akhlak.[12]
c. Pengetahuan (Intelek) dalam Perspektif Barat
Dalam sejarah falsafah Barat, sekurang-kurangnya terdapat empat kecenderungan besar dalam menyikapi proses ilmiah, yakni tentang sumber ilmu pengetahuan. Keempat aliran itu adalah : rasionalisme, empirisisme, kritisisme, dan intuisionisme.
Sumber pengetahuan mengikut rasionalisme pada abad ke-17 dan 18, seperti Rene Descartes, Baruch Spinoza, dan Gottfried Leibniz. Walaupun sebenarnya akar dari pemikiran ini dapat dilacak sampai falsafah Yunani. Paham ini berpendapat bahawa pada hakikatnya ilmu itu bersumber dari akal budi manusia. Dalam penjelasannya, Descartes mengatakan bahawa dalam jiwa manusia terdapat ide bawaan (innate ideas) yang dinamakan substansi yang sudah tertanam. Lebih lanjut Descartes menyebut tiga hal yang disebut sebagai ide bawaan : pemikiran, Tuhan, dan keluasan (ekstensi).[13]
Mengikut aliran empirisisme yang menekankan pentingnya pengalaman sebagai sarana pencapaian pengetahuan. Aliran ini dipelopori oleh Francis Bacon. Puncak pemikiran aliran ini terdapat pada pemikiran David Hume yang dalam karyanya A Treatise of Human Nature. Buku ini ditulis oleh Hume ketika usianya 26 tahun. Hume ingin memperkenalkan metode eksperimental sebagai dasar menuju subjek-subjek moral.[14] mazhab ini, seperti yang dijelaskan oleh Hume, mengatakan bahawa seluruh isi pemikiran manusia berasal dari pengalaman, yang kemudian diistilahkan dengan persepsi. Persepsi, kemudian, dibagi menjadi dua macam, yaitu kesan-kesan (impressions)dan gagasan (ideas). Yang pertama adalah persepsi yang masuk melalui akal budi, secara langsung, sifatnya kuat dan hidup. Yang kedua adalah persepsi yang berisi gambaran kabur tentang kesan-kesan.[15]
Aliran ketiga ialah kritisisme yang merupakan usaha untuk menyintesiskan dua aliran ekstrim sebelumnya, rasionalisme dan empirisisme. Tokoh utama aliran ini adalah Immanuel Kant. Pemikiran yang disampaikan oleh Kant berusaha untuk mengakhiri perdebatan yang terjadi tentang objektivitas pengetahuan antara rasionalisme Jerman, yang diwakili Leibniz dan Wolff, dan Empirisisme Inggris. Dalam usahanya, Kant berusaha menunjukkan unsur mana sahaja dalam pikiran manusia yang berasal dari pengalaman dan unsur mana yang berasal dari akal. Berbeda dengan aliran falsafah sebelumnya yang memusatkan perhatian pada objek penelitian, Kant mengawali falsafahnya dengan memikirkan manusia sebagai subjek yang berpikir. Dengan demikian fokus perhatian Kant adalah pada penyelidikan rasio manusia dan batas-batasnya.[16]
Keempat yakni intuisionisme. Aliran ini dimulai oleh Henry Bergson. Jika ketiga aliran sebelumnya menekankan pentingnya akal dalam mencapai pengetahuan, aliran ini justru mementingkan intuisi. Penekanan terhadap intuisi ini tidak berarti bahawa mereka menafikan sama sekali peran akal dan indera. Mazhab ini menyatakan bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui penghayatan langsung lebih superior dan sempurna. Secara epistemologis, pengetahuan melalui intuisi ini diperoleh melalui perasaan langsung (zawq) mengenai hakikat sebuah objek, bukan aspek lahiriah dari objek itu. Henry Bergson membagi pengetahuan menjadi dua macam : pengetahuan mengenai (knowledge about) dan pengetahuan tentang (knowledge of). Yang pertama bersifat diskursif-simbolis, sementara yang kedua bersifat langsung.[17]
Huraian tokoh-tokoh falsafah Barat sejak masa Yunanitelah menekankan akal budi dan pemikiran yang rasional sebagai pusat kodrat manusia. Tujuan utama berfalsafah adalah menjadi bijaksana dan menghayati kehidupan, dan untuk itu pengetahuan harus disertai dengan moralitas.[18] Pengetahuan dalam falsafah Barat dapat dikelompokan sebagai berikut :
1. Pengetahuan Rasional
Pengetahuan rasional ialah pengetahuan yang diperolehi dari penaakulan semata-mata dan tidak berdasarkan pemerhatian mengenai perkara tersebut dalam keadaan sebenar. Pengetahuan rasional mempunyai batasan-batasannya sendiri, kerana pada hakikatnya pengetahuan rasional adalah abstrak dan formal. Pengetahuan rasional ini mempunyai ciri-ciri iaitu : bersumber dari akal, diperoleh dari sebab musabab. Misalnya seorang hakim harus berpikir rasional dalam memutuskan suatu perkara.
2. Pengetahuan Empiris
Pengetahuan empiris ialah pengetahuan yang ditetapkan dari bukti-bukti yang diperolehi oleh deria. Dengan kata lain manusia membentuk konsepsi mengenai dunia sekelilingnya dengan cara melihat, mendengar, menghidu, merasa, dan menyentuh. Ciri dari empiris ialah : bersumber dari akal, diperoleh dari panca indera. Contohnya ilmu alam, sejarah, ilmu hisab dan beberapa pengetahuan yang lain.
3. Pengetahuan Pragmatik
Pengetahuan pragmatik ialah pengetahuan yang dilahirkan dengan cara perhubungan antara manusia dengan persekitarannya, dan kebenaran itu adalah sifat pengetahuan. John Dewey berpendapat bahawa sesuatu idea itu dapat dikatakan benar hanya jika idea tersebut membawa akibat yang memuaskan apabila di uji secara objektif dan jika idea tersebut dapat diuji secara saintifik. Ciri-ciri dari pragmatik ialah : bersumber dari akal, diperoleh melalui kajian saitifik, teori sebagai alat pengkajian. Misalnya seseorang berjalan dihutan dan tersesat, cara menyelesaikan situasi ini ialah memikirkan dimanakah kedudukan matahari, arah dimana ia berjalan dan apakah pengetahuan berkaitan muka bumi yang perlu dipikirkan.[19]
4. Pengetahuan Intuisi
Pengetahuan intuisi menyatakan bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui penghayatan langsung lebih superior dan sempurna. Secara epistemologis, pengetahuan melalui intuisi ini diperoleh melalui perasaan langsung (zawq) mengenai hakikat sebuah objek, bukan aspek lahiriah dari objek itu.[20]
6. PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN INTELEK PELAJAR DARIPADA PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
a. Aspek Persamaan
1) Memandang ke hadapan dan meramalkan kaedah yang sesuai dengan pendidikan semasa.
2) Matlamatnya sama-sama untuk melahirkan insan yang baik, berakhlak dan harmonis.
3) Sama-sama menelaah melalui pemikiran rasional (akal), penyelidikan yang mendalam dan kaedah yang sistematik bagi menyelesaikan masalah.
b. Aspek Perbezaan
Kajian Perbezaan | Pandangan Barat | Pandangan Islam |
Defenisi Falsafah | Ø falsafah yang mendekati falsafah hidup yang memberatkan pendidikan. Ø Falsafah pendidikan lebih mementingkan tujuan dan matlamat pendidikan suatu masyarakat atau bangsa itu. Ø Falsafah pendidikan lebih mementingkan peraturan, penyampaian, pentaksiran, dan pemadangan praktikal ilmu pengetahuan serta pengalaman yang bersangkutan dengan pendidikan. | Ø falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Ø Falsafah pendidikan Islam menentukan tujuan akhir, maksud, matlamat, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan melalui proses pendidikan. |
Sumber Intelek | Ø Bersumber dari akal dan pengalaman. | Ø Bersumber dari Al-Quran dan Al-Hadist serta melalui metode-metode rasional dan eksperimen. |
Asas Intelek | Ø Berasaskan pemikiran, penyelidikan dan pengalaman yang terbatas dan berubah dari masa ke masa. | Ø Berasaskan Al-Quran dan Al-Hadist dengan pentafsiran pemikiran, penyelidikan dan pengalaman menyeluruh dari masa ke masa. |
Penekanan | Ø aspek intelek luaran dalam pendidikan | Ø aspek intelek dalam(spiritual) dan luaran(deria) dalam pendidikan |
Rumusan | Ø Melalui rasional, empiris, pragmatik dan intuisi. Ø ada yang berkait erat dan ada yang tidak berkait erat. Ø Intelek (akal) tidak berhubungan dengan intuisi. | Ø melalui wahyu, kewibawaan, keilhaman, aqliyah(rasional), dan empirikal. Ø Semua pengetahuan saling berkait erat. Ø Intelek (akal) berhubungan dengan intuisi |
7. ANALISIS KRITIS ASPEK INTELEK
Dalam mengembangkan intelek manusia mengikut falsafah pendidikan Islam sangat sempurna, apabila mengikuti pedoman Al-Quran dan Al-Hadist serta melalui metode-metode rasional dan eksperimen. Sedangkan pengembangan melalui pandangan barat terbatas. Tetapi kenapa Barat lebih berkembang daripada Islam? Penulis menganalisa bahawa ini terjadi kerana Islam mempunyai konsep secara menyeluruh, gagasan yang besar yang tidak dikembangkan dan tidak dikaji secara berterusan dari masa ke masa. Lain hal dengan Barat, mereka memilik suatu konsep kemudian dikembangkan dengan baik dari masa ke masa sehingga muncul ide-ide yang baharu demi peningkatan pendidikan.
Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan pengembangan intelek pelajar. Cadangan yang telah dikenal pasti ialah:
a. Para guru perlulah memahami falsafah pendidikan dan mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi intelek pelajar. Oleh sebab intelektual merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dan dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang kelebihan intelek pelajar agar dapat membantu meningkatkan intelektual pelajarnya.
b. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategi mengembangkan intelektualnya dengan cara meningkatkan membaca, menulis, bercakap supaya mempunyai keupayaan berpikir kritis dan kreatif. Membantu pelajar mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya.
c. Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan proses perkembangan intelek pelajar menjadi sempurna. Kesedaran ibu bapa terhadap kecerdasan intelek anak-anak mereka akan dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki.
d. Pelajar mestilah mengembangkan pengetahuan inteleknya secara individu melalui membaca, menulis, mendengar agar dapat berpikir kritis dan kreatif dalam melihat perkembangan pendidikan semasa.
8. RUMUSAN
Hasil daripada perbincangan ini dapat dirumuskan beberapa hal penting iaitu :
1) Falsafah pendidikan Barat dan Islam mempunyai beberapa kesamaan dan perbezaan dari aspek intelek.
2) Mengikut falsafah pendidikan Barat dan Islam bahawa pengembangan intelek pelajar sangat dibutuhkan untuk membina intelektualnya secara berterusan.
3) Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan perpaduan antara falsafah pendidikan Barat dan Islam dalam mewujudkan matlamat pendidikan.
4) Falsafah pendidikan (akal) intelek dapat berkembang dengan baik mestilah setiap individu secara sedar mengembangkan potensi diri kendiri.
9. RUJUKAN
1. Ahmad Fuad Al-Ahwani, (1997), Filsafat Islam, Pustaka Firdaus : Jakarta p. 81
2. A Hanafi, (1996), Pengantar Filsafat Islam, Bulan Bintang, Jakarta.
3. Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
4. Abdul Khodir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media Offset, Yogyakarta.
6. Hasan Langgulung (1997), Pengenalan Tamadun Islam dalam Pendidikan, Dewab Bahasa dan Pustaka.
7. K. Bertens, Ringkasan Sejarah Filsafat, (Yogyakarta : Kanisius, 2001)
8. Mohd. Azhar Abdul Hamid, (2007), Meningkatkan Daya Fikir, BS Print Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
9. Mohammad Muslih, (2004), Filsafat Ilmu, Belukar, Yogyakarta.
10. Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, t.th, Mau’izah Al-Mu’minin min Ihya’ Ulum al-Din, t.tp: Maktabah Misr.
11. Muhammad Abdul Hadi Abu Zaidah, (1950), Rasa’il al-Kindi al-Falsafiyah, (Dar al-Fikr al-‘Arabiy.
12. Mok Soon Sang, (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
13. Sharuddin Noraziah, (2002), Forum Memori Korporat UTM, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
14. Syarifah Alwiah Alsagoff, (1984), Falsafah Pendidikan, Heinemann Asia, Kuala Lumpur.
15. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, (2001) Prolegomena to the Metaphysics of Islam. ISTAC, Kuala Lumpur.
16. Tajul Arifin Noordin, (1993), Perpektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementrian Pendidikan Malaysia.
17. Tim Redaksi Driyarkara, (1993), Jelajah Hakikat Pemikiran Timur. Gramedia Pustaka Utama, Jakarta.
[1] Intensational Dictionary of Educational, Gerry Page & J.B Thomas Kogam Page Limited, London. p. 264
[2] Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang. p. 79
[3] Tajul Arifin Noordin, (1993), Perpektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementrian Pendidikan Malaysia. p. 21
[4] Abdul Khodir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media Offset, Yogyakarta. p. 4
[5]Mok Soon Sang, (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
[7] Mohd. Azhar Abdul Hamid, (2007), Meningkatkan Daya Fikir, BS Print Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.p. 86
[8] Muhammad Abdul Hadi Abu Zaidah, Rasa’il al-Kindi al-Falsafiyah, (Dar al-Fikr al-‘Arabiy, 1369 H/1950 M), p. 97
[9]Ibid… p. 98
[10]A Hanafi, (1996), Pengantar Filsafat Islam, Bulan Bintang, Jakarta. p. 15
[11]Ibid, p. 16
[12] Abdul Khodir, (2007)..., p. 26-28
[13] Mohammad Muslih, (2004), Filsafat Ilmu, Belukar, Yogyakarta. P. 50
[14] K. Bertens, Ringkasan Sejarah Filsafat, (Yogyakarta : Kanisius, 2001) p. 46
[15] Muhammad Muslih…, p. 55-57
[18] Tim Redaksi Driyarkara, (1993), Jelajah Hakikat Pemikiran Timur. Gramedia Pustaka Utama, Jakarta.
[20] Muhammad Muslih…, p. 71
0 Response to "PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM PEMBENTUKAN INTELEK PELAJAR"
Posting Komentar