RUMUSAN TOPIK
Disediakan oleh : Zulfahmi (PGZ110002)
Falsafah merupakan
sebuah disiplin ilmu yang telah bermula sejak zaman Phytaghoras (572-492 SM). Daripada
segi etimologi perkataan falsafah itu berhubung rapat dengan perkataan Yunani
iaitu philosophia. Dalam kata majmuk
yang terdiri daripada philos dan Sophia. Philos ertinya ‘cinta’
dalam erti yang seluas-luasnya. Sophia pula ertinya ‘kebijaksanaan’.
Kebijaksanaan ini ertinya mengetahui sesuatu dengan mendalam. Kesimpulannya, falsafah ialah satu usaha mencari sesuatu kebenaran atau keyakinan
yang berhubung dengan sesuatu perkara menggunakan kekuatan akal fikiran.
Falsafah dibahagi
kepada empat cabang utama iaitu :
1) Metafizik merupakan kajian mengenai realiti dan memberi tumpuan
terhadap sifat-sifat kewujudan, yang mempersoalkan perkara yang berkaitan
dengan alam, jiwa atau roh dan kehidupan.
2) Epistimologi adalah teori pengetahuan dan perihal mengetahui yang
mempersoalkan sumber-sumber pengetahuan, pengetahuan yang boleh dipercayai,
pengetahuan yang diketahui oleh seseorang, pengetahuan untuk mengetahui dan menyampaikan apa yang kita
ketahui.
3) Aksiologi merupakan kajian mengenai nilai
yang melibatkan dua aspek, iaitu etika (nilai moral) dan estetika (nilai seni
dan keindahan).
4) Logik merupakan kaedah yang digunakan
apabila seseorang ahli falsafah berfalsafah.
a. Falsafah Barat
Mengikut
tokoh-tokoh Barat tentang falsafah;
1) Socrates (469-399 SM), falsafah ialah
usaha-usaha melalui penyelidikan sejati bagi mencapai kebajikan yang
berpusatkan kepada manusia dan tingkah lakunya.
2) Plato (427-347 SM), falsafah ialah usaha
mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa
manusia.
3) Thomas Aquinas (1225-1274), falsafah ialah
alat bagi menetapkan ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia.
4) John Dewey (1859-1925), falsafah ialah
suatu alat membuat penyesuaian di antara yang lama dengan yang baru dalam suatu
kebudayaan.
b. Falsafah Islam
1)
Al-Kindi (805-873
M), mengikut beliau falsafah Islam mempunyai 3 aspek: Ilmu Fizik, berasaskan
benda, Ilmu Matematik, ilmu hitung, astronomi dan Ilmu Ketuhanan yang tidak
berkaitan dengan benda sama sekali.
2)
Ibn Sina (980-1073 M), mengikut
beliau falsafah dikategorikan kepada : Ilmu wahyu dan Ilmu akhirat.
3) Al-Farabi (1070-1 M), falsafah mengikut
beliau boleh dilihat dari dua sudut: Falsafah teori iaitu mengetahui sesuatu yang
ada. Dan falsafah amalan iaitu mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan
dalam perbuatan.
4) Al-Ghazali (1058-1111 M), membahagi
falsafah kepada lima cabang : Matematika, Ilmu-ilmu logika, Teologi, Ilmu
Pengatahuan Alam, dan Ilmu-ilmu politik.
c. Falsafah China
1)
Falsafah Confucius
(551-479 SM), mengikutnya falsafah tidak menekankan elemen metafizik tetapi
bersifat praktikal/pragmatic tetapi menekankan adat istiadat yang elaborate
dan percaya adat dan norma menyatukan manusia
2)
Falsafah Taoisme, Pengasasnya Lao Tze (570 SM). intipati falsafah ialah tidak melakukan apa-apa tindakan (Wu Wei
atau non-action). Falsafah yang tidak berteraskan prinsip
persaingan (competitive), bahawa seseorang tidak sepatutnya menentang
hukum alam; Do nothing dan segalanya akan wujud dengan aman.
d. Falsafah Hindia
1) Hinduisme, tiada pengasas bermula dari
amalan kaum Aryan, percaya kitab Vedas (kitab paling suci dan dipercayai tidak
dapat dikesan bila mula ditulis). Kuasa mutlak ialah zat Atman-Brahman yang
dimanisfestasikan dalam pelbagai bentuk kekuasaan dan jelmaan dewa dan dewi
yang mempunyai kuasa tertentu.
2)
Buddhisme,
pengasasnya Siddharta Gautama (563-483 SM). Buddha lahir kerana tidak puas hati
dengan ajaran Hinduisme. Teras falsafah Buddhisme ialah kehidupan
ialah kesengsaraan dan punca segala kesengsaraan ialah nafsu. Cara yang melepaskan diri daripada
penderitaan ialah penghapusan nafsu diri.
Perbandingan
dalam konsep falsafah dari persamaan dan perbezaan
Barat
|
Islam
|
China
|
Hindia
|
Ø Tumpuan akal dan pengalaman.
Ø Menekanan duniawi dengan asas kebendaan.
Ø Potensi manusia telah ada sejak lahir
(bawaan dan mengikut hukum alam).
Ø Tujuan untuk material sebagai asas
kebahagian
Ø Akal yang sistematis
|
Ø Tumpuan wahyu (al-Quran-Hadist) dan
disokong oleh akal dan pengalaman.
Ø Menekankan teori (akhirat) dan amali
(duniawi).
Ø Potensi manusia telah ditetapkan oleh Tuhan.
Ø Tujuan untuk kebahagian dunia dan akhirat.
Ø Sistem hubungan Habluminallah dan Habluminannas
|
Ø Tumpuan elemen mistik (kerohanian).
Ø Menekankan adat istiadat yang
elaborate.
Ø Potensi manusia mengikut hukum alam
(prinsip timbal balik).
Ø Tujuan melepaskan diri dari duniawi dan
menyelam kealam mistik.
Ø Hubungan masyarakat
|
Ø Tumpuan elemen mistik (percaya kepada
dewa/dewi).
Ø Menekankan konsep karma dan dharma
Ø Manusia sebahagian dari alam sejagat
Ø Tujuan melepaskan dari penderitaan dengan
penghapusan nafsu diri.
Ø Sistem kasta
|
4. Konsep Pendidikan Barat dan bukan
Barat
a. Konsep Pendidikan
Barat
Tokoh-tokoh Barat melihat pendidikan hanya satu proses melatih akal,
jasmani dan moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan dan warganegara
yang baik. Pendidikan
adalah bersifat wajib dan berterusan dari buaian ke liang lahat. Konsep ini telah dikenali
sebagai pembelajaran sepanjang hayat (life
long lenrning) dan dikenal pasti perlu dalam membangunkan
guna tenaga manusia.
b. Konsep Pendidikan
Islam
Konsep pendidikan Islam ialah satu proses
secara berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek,
akhlak, rohani dan jasmani secara seimbang ke arah pembentukan insan soleh yg
membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Bagi Islam pula, pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih
luas. Berbanding perspektif Barat yang hanya menekankan aspek jasmani dan
luaran dalam pendidikan, tetapi perspektif Islam mengambil kira aspek
kerohanian.
c. Konsep Pendidikan
China
Dalam amalan
Confusius, menekankan konsep ren/jen iaitu
kasih sayang dan juga sifat perikemanusiaan. konsep Li iaitu peraturan akhlak
dan peraturan kehidupan. konsep zhong yong iaitu kesederhanaan.
d. Konsep Pendidikan
Hindia
Percaya kepada konsep karma
(undang-undang balasan) dan kelahiran semula, mendorong mereka berbuat baik
sesama manusia kerana andai mereka berbuat tidak baik, mereka akan dihidupkan
semula dengan penuh kehinaan dalam kelahiran baru mereka.
Terdapat beberapa
aliran dalam falsafah pendidikan Islam iaitu :
a. Aliran Salaf, aliran ini bersumber
dari al-Quran dan as-Sunnah, bersifat konservatif iaitu mempertahankan dan
melestarikan nilai-nilai era salafi.
b. Aliran Qadariyah, aliran ini memberikan kebebasan manusia untuk berbuat dan berkuasa
penuh dalam menentukan perjalanan hidupnya. Tapi harus diyakini kebebasan yang
dianutnya tetap berada dalam koridor wahyu.
c. Aliran Jabariyah,
aliran ini berpandangan seperti aliran nativisme
yang menganggap faktor pembawaan sebagai penentu dari proses perkembangan
manusia.
d. Aliran Mu’tazilah,
aliran ini mempunyai pandangan bahawa akal terlebih dahulu, lalu disesuaikan
dengan nash Quran dan Sunnah, kerana Quran dan Sunnah tidak mungkin
bertentangan dengan akal pikiran manusia.
e. Aliran Asy’ariyah,
aliran ini bertumpu kepada kehendak Allah (wahyu), yang mana wahyu sebagai
sumber pendidikan. Akal manusia hanya sebagai pembenaran terhadap wahyu,
manusia mempunyai peranan dalam menentukan kehidupannya.
6. Analisis Linguistik dan Analisis Konsep
Dalam berbagai kamus
umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau studi ilmiah mengenai
bahasa (Matthews 1997). Studi tentang bahasa dapat dibezakan :
Ø Linguistik tradisional iaitu menganalisis bahasa berdasarkan falsafah dan
semantik.
Ø Linguistik modern iaitu satu peralihan linguistik tradisional kepada
struktural yang mana perubahan pengkajian bahasa secara menyeluruh berdasarkan
struktur atau ciri-ciri formal yang ada dalam suatu bahasa.
Dalam kamus dewan
dan pustaka, konsep bererti
pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu gagasan atau tanggapan. Makna konsep dalam falsafah mengikut Jujun S. Sumantri (2009),
mengatakan bahawa konsep adalah merupakan suatu teori pemikiran yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh falsafah.
7. Makna Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran
dalam aktiviti Berfalsafah
Pendidikan dalam aktiviti falsafah boleh dikatakan
bahawa pendidikan sebagai persekolahan formal, latihan, proses pembentukan
(perkembangan), indotrinasi, proses yang berterusan, aktiviti yang bersepadu
untuk mencapai matlamat dan sebagai disiplin, seni, dan sains.
Pembelajaran adalah aktiviti yang
membawa kepada perubahan, tetapi perubahan itu bukanlah perubahan seperti yang
dibawa oleh proses kematangan atau proses biologi yang bersifat semula jadi.
Matlamat pembelajaran yang dimaksudkan ialah penguasaan apa yang dipelajari.
Pengajaran merupakan totality
daripada aktiviti belajar mengajar yang diawali dengan perencanaan dan diakhiri
dengan evaluasi dan diteruskan dengan follow up (amalan) untuk
mencapai tujuan-tujuan khusus pengajaran.
8. Aliran Falsafah Pendidikan Barat
Perkataan asas perennial (tidak berubah).
Ketelusan sesuatu yang tidak akan berubah. Pendidikan seharusnya fokus kepada
carian dan sebaran ilmu.
Berkembang daripada pragmatism yang
dipengaruhi pemikiran John Dewey. Ahli mazhab melihat perubahan sebagai
intipati reality kerana realiti berubah ikut masa. Tidak percaya ketelusan
sesuatu yang tetap untuk di kuasai.
Berpunca daripada progresivisme yang
berusaha membaiki dan membina semula masyarakat. Sekolah merupakan landasan
untuk membina masyarakat baru dengan mengenal pasti masalah sosial untuk
pembangunan masyarakat.
Fokus fitrah kejadian manusia; dilahirkan
tanpa tujuan dan memandang realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan
hanya boleh didefinisikan oleh individu berkenaan.
Pergerakan falsafah sistematik dan bersifat
konservatif, praktikal dan prakmatik. Mazhab ini menumpukan kepada
perkara-perkara asas, iaitu menjadi ahli masyarakat yang produktif.
9. Matlamat dan
Kurikulum Pendidikan Barat dan bukan Barat
a. Matlamat
dan Kurikulum Pendidikan
Perbezaan Ciri-Ciri
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional berbanding Falsafah Pendidikan Barat Moden
Aliran Falsafah
|
Konsep
|
Matlamat
|
Tumpuan
|
Perenialisme
|
Secara semula jadi manusia
bersifat sejagat dan tidak berubah-ubah
|
Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan
abadi.
|
Kurikulum : bidang kemanusian
dan kesusasteraan.
Guru : penyampai ilmu yang
pakar
Kaedah mengajar : diduktif
Murid : menerima ilmu yang
bersifat pasif
|
Essensialisme
|
Penekanan diberi kepada perkara-perkara asas
|
Mengajar ilmu dan budaya yang asas sahaja.
|
Kurikulum : asas (3M)
Guru: penyampai ilmu yang mahir.
Murid : penerima ilmu yang
bersifat pasif
|
Progresivisme
|
Manusia berupaya menyesuaikan
diri terhadap perubahan
|
Menghasilkan individu yang sedia menghadapi
perubahan harian.
|
Kurikulum : memilih mata
pelajaran yang ingin dipelajari.
Guru : pembimbing dan pengurus
Kaedah mengajar : induktif
Murid : mencari ilmu dan
bersifat aktif.
|
Rekonstruktivisme
|
Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru
|
Menghasilkan corak budaya baru.
|
Kurikulum : bidang sains
sosial.
Guru : agen perubahan
Kaedah mengajar : berpusatkan
pada murid.
Murid : berani mencuba dan
bersifat aktif.
|
Eksistensialisme
|
Manusia bertanggungjawab keatas diri
sendiri
|
Tidak digariskan
|
Kurikulum : bidang estetik dan
falsafah.
Guru : pemegang ilmu
Kaedah mengajar : berpusatkan
pada murid dan aktiviti
Murid : penerima ilmu dan bersifat
aktif.
|
b. Matlamat
dan Kurikulum Pendidikan Islam
Ø Membentuk dan memperkembangkan insan supaya
menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke
arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT
yang bertakwa.
Ø Melahirkan insan yang taat kepada Allah
SWT, hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan mendapat
keredhaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Kurikulum berasaskan al-Quran, Hadist dan
ijma’ para ulama dan ilmuwan yang mutawatir. Kurikulum yang merangkumi bidang
pengajian kemanusiaan dan kesepaduan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat.
c. Matlamat dan Kurikulum Pendidikan China
Matlamat pendidikan sebagai proses untuk memupuk kesempurnaan
tingkah laku dan kesejahteraan hidup manusia. Pemupukan nilai murni kemurahan
hati, kebenaran dan keadilan di kalangan rakyat.
Kurikulum mengikut kebolehan individu secara komprehensif dengan menekankan
nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip dari teori ahli-ahli falsafah China.
d. Matlamat dan Kurikulum Pendidikan Hindia
Matlamat pendidikan mengikut ajaran agama iaitu vedas membawa makna
melepaskan diri dari penderitaan dengan penghapusan nafsu mementingkan diri.
Bertujuan melahirkan manusia yang berpikiran sempurna, berupaya mencapai aspek
fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna.
Kurikulum pendidikan berhubung dengan hidup tidak terikat kepada
buku, merujuk kepada kitab vedas dalam ajaran Hindu. Begitu juga dengan ajaran
Budha, tetapi ajaran ini menolak sistem kasta yang membeza-bezakan manusia.
0 Response to "RUMUSAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM"
Posting Komentar