1.
Konsep
Falsafah Pendidikan Islam
Jika
diteliti keseluruhan konsep falsafah pendidikan Islam dapatlah disimpulkan
bahawa pendidikan Islam yang berkonsepkan al-Quran dan as-Sunnah mempunyai
kekuatannya tersendiri. Falsafah pendidikan Islam mempunyai prinsip yang unggul
iaitu menghubungkan :
1)
Prinsip-prinsip
mengenal Tuhan.
2)
Prinsi-prinsip
alam semesta.
Tamadun Islam
bertunjang kepada konsep tauhid, ini bermaksud bahawa agama/tauhid merupakan
intipati dari kehidupan bertamadun. Asas dalam tamadun adalah aqidah, syariah,
dan akhlak yang merupakan komponen dalam Islam. Sumber dalam tamadun iaitu
naqli (wahyu) dan aqli (akal). Aspek kerohanian sangat dipentingkan iaitu
spiritual dan material mestilah seimbang dan bersepadu. Matlamat utamanya ialah
mencapai keridhaan Allah, manakala material berfungsi sebagai alat penghubung
dalam mencapai matlamat utama tersebut. Selain perlunya hubungan yang baik
dengan Allah (Hambluminallah), masyarakat Islam juga perlu berbuat baik
sesame manusia (Hambluminannas). Diikat dengan ukhwah Islamiah,
semua manusia adalah sama di sisi Allah kecuali orang yang bertaqwa.
Konsep
tokoh-tokoh falsafah Islam
1)
Al-Ghazali
(450-505 H/1058-1111 M)
Dalam
kaitannya terhadap pendidikan Al-Ghozali memberi pengertian yang masih global.
Selain karena memang dalam kitabnya yang paling Mashur (Ihya’ Ulumuddin) tidak
dijelaskan secara rinci tentang pendidikan. sehingga, kita hanya bisa
mengumpulkan pengertian pendidikan menurut Al-Ghozali yang di kaitkan lewat
unsur-unsur pembentukan pendidikan yang ia sampaikan :
“sesungguhnya
hasil ilmu itu ialah mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan semesta alam…”
“…
dan ini, sesungguhnya adalah dengan ilmu yang berkembang melalui pengajajaran
dan bukan ilmu yang tidak berkembang”.
Jika
kita perhatikan, pada kutipan yang pertama, kata “hasil”, menunjukkan proses,
kata “mendekatkan diri kepada Allah” menunjukkan tujuan, dan kata “ilmu”
menunjukkan alat. Sedangkan pada kutipan kedua merupakan penjelasan mengenai
alat, yakni disampaikannya dalam bentuk pengajaran.
Adapun
yang dimaksudkan Al-Ghazali dalam kutipan ucapannya diatas adalah sebuah
konsep, dimana dalam sebuah pelaksanaan pendidikan harus memiliki tujuan yang
berlandaskan pada pembentukan diri untuk mendekatkan peserta didik kepada
Tuhan. Disamping itu, dalam proses pendidikan, Al-Ghazali menjelaskan sebuah
tujuan pendidikan yang bermuara pada nilai moralitas akhlak. Sehingga tujuan
sebuah pendidikan tidak hanya bersifat keduniawian, pendidikan bukan sekedar
untuk mencari materi di masa mendatangnya. Melainkan pendidikan harus memiliki
rasa emansipatoris. Sebuah konsep yang masih saja di dengung-dengungkan oleh
pakar ilmu kritis saat ini.
2)
Ibnu Khaldun (732-808 H/1332-1406 M)
Ibnu Khaldun berpandangan, bahawa “jiwa rasional
bertahan secara semulajadi pada manusia hanyalah secara potensi”. Penjelmaan
daripada potensi kepada kenyataan disebabkan dua hal. Pertama,
keberanekaan ilmu dan persepsi baru yang muncul melalui perasaan. Kedua,
oleh pencapaian terakhir ilmu melalui kekuatan spekulasi, hingga benar-benar
menjadi persepsi aktual dan intelek murni, maka ia menjadi essensi
spiritual dan essensinya lalu mencapai kesempurnaan. Bertolak dari anggapan
tersebut Ibn Khaldun mengatakan, bahawa pendidikan merupakan upaya perubahan
potensi (al-Taqat al-Quswa) manusia. Jadi pendidikan memegang peranan
penting dalam tamadun manusia.
Beliau menjelaskan bahawa manusia sebagaimana makhluk
hewani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa),
al-harakat (gerak), memerlukan alqiza (makanan) dan tempat
tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia
berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan
hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk
tujuan-tujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia
dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi
kepadanya.
Kesimpulannya falsafah pendidikan Ibnu Khaldun
merangkumkan tentang konsep kemasyarakatan yang mencakup aspek sejarah, budaya,
persekitaran, dan tamadun yang tertulis dalam bukunya iaitu : Al-Muqaddimah.
1)
Al-Farabi (259-339.H/870-950.M),
Hakikat hidup menurut al-Farabi bahawa setiap manusia
itu menurut fitratnya haruslah bermasyarakat untuk mencapai kesempurnaan
hidup. Beliau menegaskan : “manusia secara fitratnya memerlukan hidup
bermasyarakat. Mereka perlu bermasyarakat untuk wujud dan tegak mencapai
kemakmuran di dunia ini. Masyarakat yang sempurna ialah masyarakat yang saling
tolong-menolong dalam mencapai kebahagian (al-Sa‘adat) yang berada di Madinat
al-Fadilat dan dinamakan masyarakat fadilat. Berdasarkan kutipan ini
Al-Farabi menegaskan konsep fitrat dan as-saadat untuk menjadikan
masyarakat yang hikmah (bijaksana).
2.
Konsep
Falsafah Pendidikan Timur
Konsep
faIsafah pendidikan China
1)
Konsep
Confucius
Ø
Menekankan
konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik
dan sebaliknya.
Ø
Menekankan
konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga sifat perikemanusiaan. Konsep
ini mendidik masyarkat Cina agar memperbaiki diri terlebih dahulu, untuk asas
konsep ini ialah chung (buat perkara positif terhadap orang lain apa
yang kita suka orang buat kepada kita) dan shu (jangan buat perkara negative sebagaimana kita
tidak suka orang lain buat perkara tersebut kepada kita).
Ø Confusius menekankan konsep Li iaitu
peraturan akhlak dan peraturan kehidupan iaitu :
i.
Peraturan
perhubungan manusia dengan tuhan
ii.
Peraturan
perhubungan manusia dengan manusia
iii.
Peraturan
perhubungan politik
Ø
Confucius
menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan, segala perlakuan
manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan
penyelesaian.
2)
Konsep
Toisme
Ø
Menekankan
konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan
baik dan sebaliknya.
Ø
Menekankan
konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi masyarakat.
Ø
Percaya
kepada cinta sejagat (universal love) tanpa mengendahkan hubungan
keluarga dan kedudukan. Manusia harus mencintai orang lain seperti menyayangi
diri sendiri. Perbuatan menyayangi boleh mengelakan perselisihan dan jenayah
serta menjadikan dunia aman.
3.
Konsep
faIsafah pendidikan India
Mementingkan
etika yang mereka gelar sebagai dharma iaitu peratutan moral bagi
menentukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang, terdapat tiga jenis dharma (Sadharna
Dharma):
-
Menekankan
sifat-sifat am yang perlu bagi manusia
-
Mematuhi
etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik
-
Mendapat
matlamat dalam mencapai mokhsa (kelepasan daripada penderitaan)
1)
Hindu
Ø Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian.
Percaya kepada konsep trimurti : Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan
Pemelihara), dan Silva (Tuhan Pemusnah). Namun segi kuasa agung bagi mereka
adalah Brahma yang bersifat sat kin ananda.
2)
Budha
Ø Budha tidak menekankan konsep ketuhanan kerana ia
lahir kerana tidak puas hati terhadap sistem kasta. Andai ditekankan mereka
takut akan muncul golongan Brahmin sebagai perantara Tuhan. Justeru ia hanya
memaksakan konsep kerohanian.
Ø Konsep ahimsa tidak boleh membunuh sesuatu
yang bernyawa walaupun binatang untuk mengisi perut melahirkan kasih saying
sesame manusia dan mengelakkan penindasan dan kekejaman berlaku.
Kedua
agama ini percaya kepada konsep karma (undang-undang balasan) dan
kelahiran semula, mendorong mereka berbuat baik sesame manusia kerana andai
mereka berbuat tidak baik, mereka akan dihidupkan semula dengan penuh kehinaan
dalam kelahiran baru mereka.
Perbandingan
dalam konsep falsafah pendidikan
Persamaan
Pendidikan
sebagai pembentuk pribadi (character building), tugas pengembangan ilmu suatu
yang mulia. Kesedaran ini menjadikan inner being diberi kepentingan
dalam konsep pendidikan Islam, Cina dan India. Transformasi dalaman perlu
didahulukan.
Perbezaan
Cara
tranformasi dan elemen yang diutamakan
Islam
–tauhid peranan penting dalam tranformasi manusia
Cina –tranformasi
chung dan shu melalui proses memperbaiki diri.
India
–tranformasi sifat (character) dicapai melalui proses mencari diri
sendiri (self discovery)
Rujukan :
1.
Ibn
Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘azim, Jilid 4 m s : 682. Lihat: H.Salim
Bahreisy H.Said Bahreisy, Tarjamah Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir ( terj.
singkat Tafsir Ibn Kathir jilid 8 ) m s : 96.
2.
Ahmad Mohd.
Salleh,. Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, m s : 1
3.
Abdurrahman
al-Nahlawi, (1983), asas Pendidikan Islam dan Kaedah-kaedahnya, Dark
al-Fikr, Damsyik, Syiria.
4.
Abu Nasr Muhammad al-Farabi, Kitab Ara‘ ahli
al-Madinat al-Fadilat, m s : 117
5.
Ibn Khaldun. (1930), Muqaddimah, m s : 34
6.
Mok Soon
Sang (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
7.
Fathiyah
Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali dan Plato Dalam Aspek Pendidikan (suatu
Studi), P.T. Bina Ilmu., Surabaya.
8.
Abdul
Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications
& Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
9.
Tajul
Ariffin Noordin (1993), Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur.
0 Response to "KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM"
Posting Komentar