Senin, 16 Januari 2012

DEFINISI FALSAFAH

A.     Pendahuluan
Falsafah merupakan sebuah disiplin ilmu yang telah bermula sejak zaman Phytaghoras (572-492 SM). Daripada anggapan falsafah hanyalah ilmu yang bersifat teorikal semata dan ia tidak bisa di amalkan. Sebenarnya secara tidak sadar manusia telah melakukan praktek dari falsafah. Misal seorang guru yang mengajar anak didiknya dengan penuh tanggung jawab dan ia sangat mencintai pekerjaannya. Itu macam dari falsafah. Seandainya kita menelaah erti dari falsafah banyak sekali pandangan mengikut ahli-ahli yang mengungkapkan erti berbeza-beza.
Dalam paper ini penulis cuba menelaah erti falsafah secara etimologi, tokoh-tokoh falsafah barat, tokoh-tokoh falsafah timur, dan tokoh-tokoh falsafah Islam. Masing-masing pandangan di atas melihat falsafah dalam lingkup yang berbeza-beza. Mudah-mudahan dapat bermanfaat bagi pembaca dalam memahami makna dari falsafah baik secara umum ataupun secara khusus.

B.      Pembahasan
Erti Etimologi falsafah
Daripada segi bahasa perkataan falsafah itu berhubung rapat dengan perkataan Yunani iaitu philosophia. Dalam kata majmuk yang terdiri daripada philos dan Sophia. Philos ertinya ‘cinta’ dalam erti yang seluas-luasnya. Sophia pula ertinya ‘kebijaksanaan’. Kebijaksanaan ini ertinya mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, menurut namanya sahaja falsafah boleh diertikan mencintai kebijaksanaan. 

Falsafah Menurut Tokoh-Tokoh Barat
Falsafah di zaman tamadun Yunani
1.       Socrates (469-399 SM)
Mengikut Socrates, falsafah ialah usaha-usaha melalui penyelidikan sejati bagi mencapai kebajikan yang berpusatkan kepada manusia dan tingkah lakunya. Beliau cuba menyelidiki pengetahuan murni dengan mengamati masalah yang kongkrit dan menganalisanya sehingga timbul sesuatu yang murni. Beliau dianggap sebagai pengasas ilmu kesusilaan.


2.      Plato (427-347 SM)
Mengikut Plato, falsafah ialah usaha mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato telah mempengaruhi pemikiran barat amnya.
3.      Aristotle (348-322 SM)
Mengikut Aristotle, beliau menegaskan falsafah ilmu berkenaan dengan kebenaran, kebenaran itu diperolehi seseorang dengan ilmu metafizik, logic, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik.

Falsafah di zaman Renaissance
1.       Thomas Aquinas (1225-1274)
Beliau adalah tokoh falsafah yang besar daripada abad ke 13 iaitu abad ilmu pengetahuan. Thomas Aquinas merupakan ahli falsafah kristian dan Aristotelian, kerana teori Aquinas berdasarkan idea persepsi sensori Aristotle. Mengikut beliau, falsafah ialah alat bagi menetapkan ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Dengan membentuk sistem dualisme iaitu sistem perhubungan falsafah dan agama sebagai kebenaran berlandaskan kepercayaan.
2.      Rene Descartes (1596-1650)
Descartes merupakan pengasas falsafah modern, beliau berpendapat bahawa intuisi dan deduksi sebagai kaedah yang utama digunakan untuk memperoleh ilmu. Descartes pula dikenali sebagai pelopor rasionalisme. Beliau percaya kebenaran mutlak ialah a priori tanpa memerlukan bukti emperikal. Konsep yang berdasarkan pengalaman atau deria manusia boleh diterima jika persepsinya adalah melalui kefahaman rasional (rasional insight).
3.      John Locke (1632-1704)
Seorang ahli falsafah inggeris, memandang anak-anak sebagai tabula rasa yang diterjemahkan sebagai papan batu kosong. Menurut idea beliau, kanak-kanak mulanya tidak mempunyai apa-apa ilmu, dan pelbagai pengalaman yang disediakan dalam alam belajar akan membentuk tingkah laku mereka. Locke cadangkan ibu bapa harus memainkan peranan sebagai tutor yang rasional untuk membentuk anak-anak mereka dengan apa cara yang mereka ingini, melalui pengajaran dan contoh teladan yang berkesan.


4.      Jean Jacques Rousseau (1712-1778)
Beliau ialah seorang pendidik di eropah, memandang pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak kecil.  Rouseau merupakan pelopor naturalisme. Falsafah Rousseau adalah berpusatan kanak-kanak, dan orang dewasa harus mempunyai pandangan terbuka terhadap keperluan kanak-kanak dalam setiap peringkat perkembangan, iaitu : peringkat bayi, kanak-kanak awal dan akhir, dan remaja.
5.      John Dewey (1859-1925)
Menurut beliau, falsafah ialah suatu alat membuat penyesuaian di antara yang lama dengan yang baru dalam suatu kebudayaan. John Dewey ialah seorang penganut mazhab pragmatisme, beliau mengatakan pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang adanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

Falsafah Menurut Tokoh-Tokoh Islam
Pada amnya, falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajaran al-Quran dan al-Hadist. Di antara ahli falsafah Islam iaitu :
1.       Abu Hamid Al-Ghazali (1058-1111 M)
Mengikut Al-Ghazali, bahawa manusia itu dilahirkan bukan di atas suatu agama atau suatu doktrin tertentu, kedua orang tuanyalah yang membuatnya beragama Yahudi, Nashrani atau Majusi. Al-Ghazali ingin mengetahui hakekat fitrah manusia, hakekat kepercayaan agama dan doktrin-doktrin filsafat yang diambil manusia dengan meniru kedua orang tua dab guruny. Kemudian menentukan yang benar dari yang batil, di atas berbagai perbezaan dan pertentangan doktrin-doktrin itu. Ia mengharapkan akan dapat mencapai pengetahuan Ilmu Al-Yaqin iatu apa yang diketahui kebenarannya terbuka lebar, tidak disertai keraguan, dan tidak disertai kemungkinan salah dan angan-angan.
Al-Ghazali membagi ilmu dalam tiga himpunan besar, iatu :
Pertama      : Ilmu-ilmu tercela, sedikit maupun banyak
Kedua          : Ilmu-ilmu terpuji, sedikit maupun banyak
Ketiga         : Ilmu-ilmu di antaranya pada tingkat-tingkat tertentu dipujikan dan mendalaminya tercela.
Al-Ghazali membagi filsafat dalam lima cabang :
1)      Matematika, sepeti ilmu ukur, ilmu hitung dan ilmu alam.
2)     Ilmu-ilmu logika, iaitu ilmu-ilmu yang juga bertalian dengan agama.
3)     Teologi, iaitu : ilmu-ilmu yang membahas zat Allah swt. Didalamnya terdapat kekeliruan-kekeliruan para filosof dan peneliti kerana kerapkali mereka mempunyai aliran-aliran sebagiannya kufur dan sebagiannya mengada-ada.
4)     Ilmu Pengatahuan Alam, ilmu tetang sifat-sifat tubuh dan cirri-ciri khasnya.
5)     Ilmu-ilmu politik dan akhlak, adalah ilmu-ilmu yang melayani kemashlahatan duniawi, urusan pendidikan dan akhlak.
2.      Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka)
Hamka adalah tokoh agama Islam yang paling berpengaruh di Indonesia dalam abad ke-20. Dalam bukunya Mutiara Filsafat, beliau mengatakan agama bukan filsafat tetapi dengan merenungi filsafat orang dapat bertambah iman dalam agama. Dalam agama seseorang yang berbuat kebajikan dijanjikan dengan kesenangan iaitu “syurga”. Menurut Hamka Filsafat ialah tanya dan jawab, jawab dan tanya antara akal dan undang-undang.
Mengikut beliau pendidikan suatu prose yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia.
Pemikiran Hamka secara am meliputi empat hal, iaitu agama, sastera, politik, dan falsafah atau kebudayaan. Dalam bidang agama pemikiran dan kemampuan Hamka sangat menonjol dalam bidang ilmu tafsir, tasauf, dakwah dan sejarah Islam. Dalam bidang agama secara tidak langsung Hamka dipengaruhi oleh pemikiran keagamaan Muhammad Abduh (1849-1905 M) dan Ibn Taymiyyah (661-728 H), khasnya dalam hal ehwal prinsip-prinsip dasar keyakinan beragama. Sedangkan dalam bidang tasawuf, beliau banyak dipengaruhi oleh Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111 M). Adapun dalam bidang sastera, Hamka dipengaruhi oleh pemikiran Mustafā Lutfi al-Manfaluti (1876-1924).
3.      Muhammad Naquib Al-Attas
Al-Attas mengatakan bahawa Islamisasi alam Melayu telah melalui dua fasa: fasa sebelum Hamzah Fansuri adalah fasa pertama, di mana peranan fiqih sangat dominan dalam mengamalkan Islam. Dan fasa kedua setelah Hamzah Fansuri yang ditandai dengan pengaruh tasawuf dan kalam . Pembahagian fasa ini tidak bermaksud memisahkan kedua bidang ilmu melainkan sekedar menunjukkan proses kematangan dalam beragama. Pemahaman murni al-Attas terhadap sufisme membawa beliau kepada kesimpulan bahawa falsafah sufisme merupakan penghebatan proses Islamisasi.
Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, yang dahulunya merupakan orang kanan al-Attas dalam mentadbir ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) mengatakan bahawa al-Attas menyumbangkan tiga di antara penemuan ilmiah terpenting di Dunia Islam yang sangat berpotensi mempengaruhi perjalanan kehidupan umat Islam secara mendalam dan menyeluruh. Sumbangan besar al-Attas ini ialah: Pertama, bahawa masalah terpenting yang dihadapi oleh umat Islam kini ialah masalah ilmu pengetahuan; kedua, ilmu pengetahuan moden tidak neutral kerana dipengaruhi oleh pandangan keagamaan, kebudayaan, dan falsafah, yang mencerminkan kesedaran dan pengalaman manusia Barat; dan ketiga, umat Islam, oleh sebab itu, perlu mengislamkan ilmu pengetahuan masa ini dengan mengislamkan simbol-simbol linguistik tentang hakikat dan kebenaran.

Falsafah Menurut Tokoh-Tokoh Timur
Falsafah Pendidikan China
1.       Confusius (551-479 SM)
Confusius adalah seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang digelar mahaguru yang arif di China. Beliau mengusulkan amalan li iaitu peraturan hubungan manusia, dan ren,  iaitu sifat murni manusia, sebagai intisari utama untuk membina masyarakat yang harmoni. Beliau menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.
Intisari falsafah Konfusianisme bahawa fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan.
2.      Lao Zi (570 SM)
Lao Zi ialah pelopor daripada Taoisme, Lao Zi merupakan seorang legenda yang dikenal yang dikatakan pernah meninggalkan penulisan teks Taoisme berjudul Dao De Jin (Klasik Moral) yang ini mengandungi 81 ajaran berbentuk puisi, dan diklasifikasikan kepada dua komponen utama, Jalan yang Betul danPrinsip Nila Murni. Lao Zi menghuraikan Dao sebagai sumber asal bagi semua perwujudan dunia, dan De sebagai nilai murni, yang beroperasi dibawah Dao. Dao dirupakan sebagai jalan yang betul membimbing pelaksanaan De sebagai amalan kesejahteraan hidup manusia.
Oleh itu, Taoisme mengutamakan etika hidup berdasarkan ilmu komperhensif terhadap reality semula jadi.


3.      Mazhab Li
Cheng Zi mempelopori Mazhab Neo-Konfusianisme yang dikenal sebagai Mazhab Li. Mazhab Li ini diperkembangkan dan disempurnakan oleh Zhu Xi (1130-1200), selepas Dinasti Sung dipindahkan ke China Selatan. Cheng Zi dan Zhu Xi mengembangkan konsep Li berlandaskan apendiks daripada buku Yi Jing (Books of Changes). Apendiks ini menghuraikan konsep Dao sebagai multi-prinsip yang mengawal kategori-kategori perkara dalam alam semesta.
Cheng Yi dan Zhu Xi memperkenalkan unsur rasionalisme dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional  dengan mentalnya.

Falsafah Pendidikan di India
Falsafah di India pada asasnya ditumpukan kepada ajaran agama. Antaranya yang paling berpengaruh ialah Hinduisme dan Budhisme.
1.       Hinduisme
Falsafah di India boleh dihayati daripada penulisan-penulisan tertua yang dikenali sebagai Vedas, bermakna ilmu suci. Moksa  merupakan idea hindu yang diperkembangkan daripada Vedas, membawa makna kelepasan daripada penderitaan. (penganut agama Buddha menyebutkannya sebagai nirvana.) Ramai penganut agama Hinduisme termasuk Budhisme percaya bahawa manusia hanya dapat dilepaskan daripada penderitaan selepas berhidup secara kebijaksanaan dan melepaskan diri daripada nafsu keduniaan dalam kehidupannya.
Mengikut huraian Vedas, karma yang menentukan kedudukan manusia dalam masyarakat adalah berdasarkan sistem kasta (caste system), iaitu : Brahmin (sami dan sarjana), Kshatriga (pahlawan dan pentadbir), Vaisya (saudagar dan pedagang), Sudra (hamba dan buruh). Di dalam falsafahnya, terdapat peraturan-peraturan untuk setiap ahli system kasta yang harus mematuhi sepenuhnya, sekira hendak melepaskan diri daripada kitaran karma.
2.      Buddhisme
Falsafah Buddhisme bermula dengan idea bahawa semua hidupan mengalami penderitaan. Cara yang melepaskan diri daripada penderitaan ialah penghapusan nafsu diri. Pengasas Buddhisme ialah Sidharta Gautama (563-483 SM), yang dilahirkan sebagai status putera di Nepal, utara India. Cara melepaskan diri dari penderitaan budha menunjukakan “Lapan Langkah” untuk diamalkan oleh setiap penganut agama Buddha : 1) Pengamatan, 2) Pemikiran, 3) Pertuturan, 4) Tindakan, 5) Cara Hidup, 6) Usaha, 7) Kesedaran, 8) Bertafakur. Semuanya diamalkan secara betul.
Mahatma Gandhi (1869-1948) pemimpin nasionalis dan reformis sosial menggunakan falsafah India, khasnya amalan asetisme (kezahidan) dan prinsip ahimsa dengan tindakan tanpa kerjasama akhirnya berjaya menyatukan rakyat India mencapai merdeka dari penjajahanorang British.


Rujukan :
1.       Mok Soon Sang (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
2.      Wan Mohd. Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M Naquib Al-Attas, University Malaya., Kuala Lumpur.
3.      Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
4.      Tajul Ariffin Noordin (1993), Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur
5.      Fathiyah Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali dan Plato Dalam Aspek Pendidikan (suatu Studi), P.T. Bina Ilmu., Surabaya.
6.      Abdur Rahman Md. Aroff (1987), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
7.    Buya Hamka (1957), Mutiara Filsafat, Penerbit Widjaya., Jakarta



Tidak ada komentar:

Poskan Komentar