SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN BARAT DAN TIMUR



MATLAMAT DAN KURIKULUM PENDIDIKAN PERSPEKTIF
BARAT DAN BUKAN BARAT
Disediakan oleh : Zulfahmi (PGZ110002)

A.    PENGENALAN
Untuk membincangkan matlamat dan fungsi pendidikan, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu apakah yang dikatakan persekolahan dan apakah pendidikan. Secara ringkas, pendidikan bererti segala pengalaman yang dialami oleh seseorang dalam usahanya untuk menyesuaikan diri dengan sekitaran fisikal dan sosialnya. Sedangkan persekolahan adalah sebahagian daripada pendidikan dimana terdapat hubungan individu dengan sekolah, tetapi sekolah bukanlah penyumbang pendidikan yang menyeluruh kepada seseorang. Pada zaman perkembangan dan kemajuan ilmu hari ini, matlamat dan objektif pendidikan bertambah kompleks.

B.    MATLAMAT DAN KURIKULUM PENDIDIKAN PERSPEKTIF BARAT
Aliran-aliran falsafah boleh dibahagi kepada dua, iaitu aliran tradisional dan aliran moden. Aliran ini dibentuk oleh autoriti diluar diri seseorang individu. Mereka bebas memilih cara untuk mencapai matlamat. Ia melibatkan aliran idealisme, realisme, perennialisme dan essensialisme. Aliran modern pula mempunyai kebebasan untuk memilih atau menentukan matlamat atau cara ke arah mencapai matlamat. Aliran moden melibatkan aliran pragmatisme, progresivisme, rekontraktivisme dan aliran eksistensialisme.
1.    ALIRAN TRADISIONAL
a.    Aliran Perennialisme
Matlamat pendidikan aliran Perenialisme iaitu :
Ø  Mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa.
Ø  Berfokus kepada perkembangan diri, iaitu manusia perlu diajar mengenai kemanusiaan.
Ø  Prinsip perkembangan perlu diajar sebelum fakta. Contoh dalam sains ajar strategi penaakulan saintifik sebelum fakta sains.
Ø  Kaedah sains seperti kaedah socratik diajar supaya murid lebih rasional dalam pemikiran. Nilai tradisional diajar secara eksplisit.
Pandangan kurikulum perenialisme mempengaruhi pratik pendidikan sebagai :
a.    Pendidikan Dasar dan Menengah
Ø  Pendidikan sebagai persiapan bagi kehidupan didalam masyarakat.
Ø  Persiapan juga berlaku bagi pendidikan menengah iaitu membezakan kurikulum pendidikan menengah dengan pendidikan kejuruteraan.
b.    Pendidikan Tinggi dan Adult Education
Ø  Kurikulum universiti, sebagai lanjutan pendidikan menengah dengan program general education yang telah disiapkan untuk mencapai tujuan kebajikan intelektual.
Ø  Kurikulum pendidikan orang dewasa bertujuan mengembangkan pengetahuan yang dimilikinya dalam pendidikan sebelum iaitu mengembangkan sikap bijaksana.
b.    Aliran Essensialisme
Matlamat pendidikan Essensialisme ialah :
Ø  Menggalakkan perkembangan intelek dan kecekapan individu.
Ø  Memfokuskan mata pelajaran tradisional yang boleh digunakan pada masa hadapan. menekankan 3M dan pengajaran kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep dan prinsip.
Ø  Sekolah sebagai fungsi akademik.
Ø  Guru yang berkuasa menentukan kurikulum, bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional dan guru sebagai model bernilai yang dicontohi.
Ø  Menitikberatkan bahasa, sastera, matematik seni dan sains.
Pandangan kurikulum Essensialisme
Ø  Kurikulum berdasarkan keperluan masyarakat.
Ø  Bahan-bahan pelajaran disediakan dengan rapi dan logikal.
Ø  Inisatif dalam pendidikan harus ditekankan pada pendidik bukan pada anak.
Ø  Peranan guru sebagai jembatan antara dunia orang dewasa dengan dunia anak.
Ø  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan sistematik sepadu dengan idea guru dan masyarakat.

2.    ALIRAN MODEN
a.    Aliran Progesivisme
Matlamat Pendidikan iaitu :
Ø  Mengembangkan bakat dan minat setiap anak agar anak menjadi seorang pekerja.
Ø  Melatih anak menjadi pekerja yang bekerja dengan otak dan hati.
Ø  Menjadikan pengalaman sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Kurikulum pendidikan aliran progresivisme :
Ø  Kurikulum dan metode pengajaran yang berpangkal pada kebutuhan, kepentingan, dan inisiatif subjek didik.
Ø  Isi kandungan yang interdisiplin.
Ø  Melibatkan implikasi masalah manusia.
Ø  Menggalakkan pelbagai alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah, kaedah projek.
Ø  Pembelajaran aktif melalui pendekatan induktif untuk pengajaran.
b.    Aliran Rekonstruksionisme
Matlamat Pendidikan iaitu :
Ø  Berhasrat membaiki dan pembangunan semula masyarakat.
Ø  Membentuk corak masyarakat baru dan menghapuskan penyakit masyarakat merupakan tujuan utama pendidikan.
Ø  Membentuk sekolah untuk memajukan kehidupan manusia melalui pendidikan. 
Ø  Merencanakan sekolah sebagai tempat membentuk masyarakat baru
Kurikulum yang mengikut pandangan rekontruktivisme:
Ø  Asumsi bertujuan menghadapkan siswa pada tantangan, ancaman, hambatan, atau gangguan-gangguan yang dihadapi manusia.
Ø  Masalah-masalah sosial yang mendesak. Kegiatan belajar mengajar dipusatkan pada masalah yang mendesak.
Ø  Pola-pola organisasi, kurikulum ini disusun seperti sebuah roda, dipilih suatu masalah yang menjadi tajuk utama dan dibahas secara pleno.
c.    Aliran Eksistensialisme
Matlamat pendidikan Eksistensialisme iaitu :
Ø  Mendorong setiap Individu agar berkeupayaan mengembangkan potensinya untuk pemenuhan diri.
Ø  Implikasi falsafah ekstesialisme dalam pendidikan.
Ø  Memberikan bekal pengalaman  yang luas dan menyeluruh dalam aspek kehidupan.
Kurikulum yang mengikut pandangan eksistensialisme :
Ø  Menekankan data fakta dengan kurikulum bercorak vokasional.
Ø  Menekankan kurikulum dari perkara alam dunia kepada dunia personaliti.
Ø  Bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran, dan nilai-nilainya ditentukan oleh murid.

C.   MATLAMAT DAN KURIKULUM PENDIDIKAN PERSPEKTIF BUKAN BARAT
1.    Matlamat Dan Kurikulum Pendidikan Islam
Matlamat pendidikan Islam berlandaskan kepada tujuan melahirkan manusia bertaqwa, melahirkan ta’abbudi dengan mencari keredaan Allah, melahirkan manusia yang bercita-cita tinggi dengan menjadikan Al-Falah sebagai tujuan hidup dan membentuk individu yang beriman, berakhlak tinggi, berpengetahuan, dan beramal soleh.
Antara tujuan pendidikan Islam ialah menyiapkan dan dan melengkapkan generasi muda untuk menjalankan peranan mereka di dunia dan akhirat. Pendidikan Islam menumbuhkan rasa rela, optimis, kepercayaan diri, memikul tanggungjawab, menghormati tugas, kerjasama atas tugas dan taqwa, kasih saying, inginkan kebaikan untuk orang lain, kesabaran, berjuang untuk kebaikan berpegang teguh kepada prinsip, suka berkorban, serta membela agama dan tanah air. Pendidikan Islam juga menanamkan rasa cinta terhadap al-Quran. Melalui pendidikan Islam manusia dapat membersihkan hati daripada hasad dengki, penyelewengan, kebencian, kekasaran serta lain-lain sikap dan sifat negative, malah menanamkan keimanan yang kuat kepada Allah dalam jiwa. Melalui pendidikan proses pengadaban dapat dilaksanakan.
Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabda Baginda yang bermaksud : “Tuhanku telah mendidikku dan Dia telah mendidikku dengan sebaik-baiknya”. Hadist ini menjelaskan dua unsur penting dalam pendidikan Islam, iaitu pertamanya, pendidikan hendaklah mempunyai asas ketuhanan manakal kedua, pendidikan itu mempunyai unsur kebaikan. Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994) menjelaskan bahawa mengikut al-Qabisi falsafah pendidikan Islam dalam mendidik seorang muslim adalah untuk emperbaiki keadaan seseorang. Ini jelas menunjukkan bahawa melalui pendidikan yang sempurna diri seseorang itu akan menjadi lebih baik dan ia dapat mengubah tingkah lakunya.
Konsep tujuan pendidikan Islam adalah perubahan yang diinginkan dan diupayakan oleh proses pendidikan atau usaha pendidikan untuk mencapainya, baik pada tingkah laku individu dan pada kehidupan pribadinya, atau pada kehidupan masyarakat dan pada persekitaran dimana individu itu hidup. Jadi tujuan pendidikan Islam mengingikan adanya perubahan-perubahan dalam tiga bidang, iaitu :
1)    Tujuan-tujuan individual yang berhubungkait dengan individu-individu, pelajaran (learning) dan dengan individu mereka, dan apa yang berkaitan dengan individu-individu tersebut berkaitan dengan perubahan tingkah laku, aktiviti, dan pencapaiannya pada pertumbuhan yang diingini dan persiapan kehidupan dunia dan akhirat.
2)    Tujuan sosial yang berhubungkait dengan kehidupan masyarakat sebagai keseluruhan, dengan tingkah laku masyarakat umumnya dan yang berhubungkait dengan kehidupan tentang perubahan yang diingini dan perubahan memperkaya pengalaman dan kemajuan.
3)    Tujuan-tujuan professional yang berhubungkait dengan pendidikan dan pengajaran sebagai ilmu seni, profesyen, dan suatu aktiviti diantara aktiviti-aktiviti masyarakat.

2.    Matlamat dan Kurikulum Pendidikan China
Matlamat pendidikan konfusianisme :
Ø  Sebagai proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku dan kesejahteraan hidup manusia.
Ø  Pemupukan nilai murni kemurahan hati, kebenaran dan keadilan di kalangan rakyat.
Ø  Menekankan adat istiadat iaitu menghormati orang tua dan orang yang telah mati (filial piety) dengan menekankan hubungan sesama manusia bermuka dengan suami-isteri, adik beradik dan seluruh masyarakat.
Ø  Menekankan adat istiadat yang elaborate dan percaya adat dan norma menyatukan manusia.
Kurikulum pendidikan Konfusius iaitu :
Ajaran konfusius sebagai Wu Chang (Five Virtues) iaitu sifat-sifat murni dari manusia  atau etika manusia yang terdiri daripada Li (Principle) atau keserasian, Ren Jen (Humanity) atau perikemanusiaan, Xin (Faithfulness) atau Kebolehpercayaan, atau Keikhlasan, Yi (Honesty) atau Amanah atau keadilan dan Zhi (Wisdom) atau kebijaksanaan. Pengaruh ajaran Konfusius dalam sistem pendidikan di China adalah digunakannya ajaran-ajaran Konfusius tersebut dalam kurikulum pendidikan.
Matlamat pendidikan Taoisme iaitu :
Ø  Tidak melakukan apa-apa tindakan (Wu Wei atau non-action; semangat ini perlu ada dalam jiwa manusia supaya dapat hidup dengan tenteram kerana selaras dengan hukum alam).
Ø  Falsafah yang tidak berteraskan prinsip persaingan (competitive).
Ø  Seseorang tidak sepatutnya menentang hukum alam; Do nothing dan segalanya akan wujud dengan aman.
Kurikulum Taoisme berdasarkan prinsip Tao Te Ching (The Way/Path and its Power) Tao iaitu istilah mistik, zat yang dijadikan panduan kepada manusia dalam keadaan huru hara.

3.    Matlamat dan Kurikulum Pendidikan Hindia
Matlamat pendidikan mengikut ajaran agama iaitu vedas membawa makna melepaskan diri dari penderitaan dengan penghapusan nafsu mementingkan diri. Bertujuan melahirkan manusia yang berpikiran sempurna, berupaya mencapai aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna.
a.    Hinduisme
Matlamat dalam ajaran agama Hindu iaitu
Ø Berkeyakinan pada karma bermakna bahawa hidup masa kini mencerminkan hidup masa lampau (reincarnation). Samsara iaitu roh manusia yang mati meresap ke dalam tubuh lain termasuklah binatang.
Ø Menekankan konsep dharma bermakna bahawa kehidupan sempurna dalam interaksi sosial.
Ø Melaksanakan sistem kasta yang digaris oleh Law of Manu.
Ø Non-violence menghormati kemanusiaan dalam hubungan sosial.
Ø Menekankan prinsip Ahimsa yang sipelopori oleh Mahatma Gandhi.
Kurikulum pendidikan berhubung dengan hidup tidak terikat kepada buku, merujuk kepada ajaran agama iaitu kitab Vedas dalam ajaran Hindu dan lapan langkah dalan ajaran Budha.
b.    Budhisme
Matlamat dalam ajaran Budha
Ø  Melaksanakan Nirvana iaitu pencapaian muktakhir iaitu satu keadaan tenteram dengan melepasi karma (beyond good or evil).
Ø  Berkeyakinan dengan prinsip Dharma manifestasi melalui penghargaan nyawa binatang.
Ø  Mengamalkan belas kasihan sesama manusia dan haiwan (compassion) sebagai tunggak peribadi mulia.
Kurikulum pendidikan berhubung dengan hidup tidak terikat kepada buku seperti dalam ajaran Hindu. Kurikulum dalam ajaran Budha berkait rapat dengan Hindu tetapi Budha ingin melepaskan diri dari sistem kasta kerana tidak puas hati ajaran hindu.
Rujukan :

1.    Abdur Rahman Md. Aroff (1987), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
2.    Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
3.    Abdul Khodir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media Offset, Yogyakarta.
4.    Fathiyah Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali dan Plato Dalam Aspek Pendidikan (suatu Studi), P.T. Bina Ilmu., Surabaya.
5.    Mok Soon Sang (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
6.    Tajul Ariffin Noordin (1993), Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur
7.    Wan Mohd. Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M Naquib Al-Attas, University Malaya., Kuala Lumpur.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN BARAT DAN TIMUR"

Posting Komentar