ANALISIS JURNAL ARTIKEL FALSAFAH DALAM
PENDIDIKAN
Artikel Jurnal: Analytic Teaching and
Philosophical Practice Vol. 29 No 1.
Tajuk: Democracy
as Morality: Using Philosophical Dialogue to Cultivate Safe Learning
Communities
Nama Penulis: Monica B. Glina
A. Rumusan:
Penulisan
artikel ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pengaplikasian falsafah
berkonsepkan demokrasi secara dialog dalam memupuk nilai murni di kalangan
pelajar sekolah. Penulis menyatakan pernyataan masalah bahawa kebanyakan
masalah disiplin yang berlaku di sekolah terutama salah laku membuli aadalah
disebabkan kurang pendedahan tentang amalan empati, penyayang dan
hormat-menghormati di kalangan pelajar sekolah.
Berdasarkan
artikel ini, penulis telah membuat tinjauan kajian lepas tentang perhubungan
empati dan membuli. Tinjauan kajian yang dilakukan oleh penulis mendapati
bahawa salah laku membuli adalah berpunca kekurangan kesedaran dan amalan
empati iaitu di mana seseorang individu kurang saling memahami dan berinteraksi
seperti berdialog dengan individu yang lain dalam pembelajaran nilai moral.
Dalam
artikel ini, beliau juga memberikan kritikan bahawa model intervensi sedia ada
kepada pelajar sekolah tidak menunjukkan keberkesanan untuk mengurangkan kes
salah laku membuli. Beliau Hal ini disebabkan model intervensi sedia ada lebih
memberikan penekanan secara pengetahuan umum seperti apa itu membuli, bentuk
membuli dan langkah menangani kejadian membuli. Beliau menyatakan sebanyak 75%
kadar tinggi kes salah laku disiplin membuli berlaku di kalangan pelajar
sekolah menengah.
Seterusnya,
penulis menghuraikan konsep demokrasi yang dikatakan oleh John Dewey untuk
diaplikasikan dalam pedagogi pendidikan. Beliau menyatakan Dewey memberikan
pandangan falsafah bahawa demokrasi merangkumi moral iaitu berhubung kait etika
dalam kehidupan manusia. Penulis menjelaskan bahawa Dewey pernah menyatakan
keberkesanan pembelajaran seseorang individu adalah melalui interaksi dengan
orang lain seperti perbincangan dan bekerjasama. Jadi, penulis artikel
memperkenalkan satu kaedah pengajaran pedagogi moral yang menggunakan
pendekatan konsep demokrasi iaitu dipanggil model Falsafah Bagi Kanak-Kanak
Penulis
telah memperkenalkan penggunaan model Falsafah Bagi Kanak-Kanak yang
dimaksudkan falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog. Beliau telah
menjalankan satu eksperimental ke sekumpulan kecil bilangan pelajar dengan
menggunakan pendekatan falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog dalam
memupuk nilai moral pelajar. Hasil kajian eksperimental yang dilakukan,
didapati pelajar telah mencapai tahap kesedaran dan mampu mempratikkan amalan
empati, penyayang dan saling hormat-menghormati di kalangan pelajar iaitu
responden kajian. Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa dapatan kajian membuktikan
bahawa falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog dalam memupuk nilai
moral di kalangan pelajar sekolah adalah berkesan digunakan dalam pedagogi
pendidikan.
B. Prosedur
Persembahan Kajian Artikel Jurnal:
- Pengenalan:
Penulis memperkenalkan model penggunaan
kaedah falsafah berkonsepkan demokrasi secara dialog dalam memupuk nilai moral
di kalangan pelajar sekolahh. Beliau menghuraikan bahawa peningkatan kes
masalah disiplin di sekolah semakin serius terutama membuli. Beliau berpendapat
bahawa pelajar sekolah kurang pendedahan tentang kesedaran mempratikkan nilai
penyayang, hormat-menghormati dan empati. Jadi, beliau menghuraikan kekukuhan
fakta bahawa penggunaan model kaedah falsafah berkonsepkan demokrasi lebih
berkesan dalam memupuk kesedaran di kalangan pelajar mempratikkan nilai
penyayang, hormat-menghormati dan empati.
- Terminologi:
Penulis menghuraikan definisi, ciri bentuk
dan kesan tentang tingkah laku membuli. Penulis juga menggunakan statistik bagi
menghuraikan tahap serius kes disiplin membuli berlaku di kalangan pelajar
sekolah negara Amerika Syarikat.
- Hubung Kait Empati Dengan Membuli:
Penulis menghuraikan bahawa kewujudan
kaitan empati dengan membuli. Penulis menggunakan kajian lepas untuk
menjelaskan fakta bahawa masalah disiplin membuli berlaku adalah disebabkan
kekurangan empati sahsiah diri di kalangan pelajar. Beliau menjelaskan bahawa
pelajar sekolah kurang diberikan peluang berinteraksi, saling faham-memahami
dan perbincangan sesama mereka berkenaan tingkah laku membuli. Jadi, beliau
memperkenalkan pendekatan kaedah falsafah berkonsepkan demokrasi secara
berdialog dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memupuk kesedaran
empati di kalangan pelajar. Pendekatan ini sebagai satu cadangan untuk
penambahbaikan terhadap penggunaan pendekatan model intervensi yang sedia ada.
- Model Intervensi Sedia Ada:
Penulis
mengkaji semula terhadap penggunaan pendekatan model intervensi sedia ada dalam
pedagogi pendidikan sekolah. Beliau mendapati bahawa model intervensi sedia ada
hanya memberikan ilmu pengetahuan yang umum seperti tentang apa itu membuli,
bentuk perlakuan membuli dan langkah mengatasi masalah membuli.
- Falsafah Berkaitan Demokrasi
Dalam
artikel jurnal ini, penulis telah memilih pemikiran falsafah Dewey yang
menyatakan makna perhubungan konsep falsafah demokrasi dalam pendidikan. Beliau
menghuraikan pemikiran falsafah Dewey berkaitan corak bentuk demokrasi yang
digunakan dalam pendidikan kepada pelajar. Beliau menjelaskan bahawa Dewey
pernah menyatakan falsafah tentang manusia adalah belajar melalui interaksi
dengan orang lain.
- Model Falsafah Bagi Kanak-Kanak
Bahagian
ini, penulis menghuraikan kajian eksperimental yang dilakukan untuk menguji
keberkesanan model Falsafah Bagi Kanak-Kanak. Beliau mendapati bahawa pelajar
mencapai tahap empati, penyayang dan saling hormat-menghormati di kalangan
mereka selepas eksperimental ke atas penggunaan model yang diperkenalkannya.
C.
Analisis Kaedah Penulis Artikel Jurnal:
1. Penulis menulis pengenalan kajian iaitu
memperkenalkan model kaedah falsafah
berkonsepkan demokrasi secara berdialog dalam memupuk kesedaran nilai murni
di
kalangan pelajar.
2 Penulis
menghuraikan isu peningkatan serius kes membuli di kalangan pelajar
dengan mengemukakan data statistik sebagai
pernyataan masalah kajian.
3. Penulis
menulis definisi, ciri bentuk dan kesan tingkah laku membuli. Penulis juga
menghuraikan definisi dan konsep demokrasi yang dicadangkan sebagai
pendekatan
dalam pedagogi pendidikan. Beliau
mengambil pemikiran falsafah pendidikan John
Dewey sebagai pengukuhan relevan
terhadap penggunaan pendekatan konsep
demokrasi dalam pedagogi pendidikan.
4 Penulis
menggunakan kaedah kajian perpustakaan seperti buku & karya penyelidikan
lepas bagi menghuraikan tentang artikelnya.
5 Penulis membuat
satu kajian eksperimental iaitu memilih sekumpulan pelajar untuk
menguji keberkesanan pengajaran nilai moral
menggunakan model kaedah falsafah
berkonsepkan demokrasi secara dialog iaitu
Falsafah Bagi Kanak-Kanak.
6 Penulis membuat
kesimpulan daripada hasil eksperimental bahawa model Falsafah
Bagi Kanak-Kanak adalah lebih berkesan dan
juga didapati responden berasa empati,
menunjukkan saling hormat-menghormati
D. Komen Terhadap
Penulisan Artikel Jurnal:
1. Penulis boleh
mengemukakan bukti dalam ukuran yang menyatakan bahawa model
intervensi sedia ada gagal untuk memupuk
kesedaran pelajar tentang salah laku
membuli.
2. Penulis boleh
menjelaskan teliti apakah instrument indikator yang digunakan untuk
menguji keberkesanan model yang diperkenalkan sendiri iaitu Falsafah Bagi
Kanak-
Kanak
3. Penulis boleh
memilih beberapa kumpulan pelajar yang berlainan sekolah untuk
menguji keberkesanan model Falsafah Bagi Kanak-Kanak sebagai mengukuhkan
lagi
bukti bahawa model yang diperkenalkan itu memang berkesan.
4 Penulis juga
boleh membuat temubual untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap
penggunaan model falsafah berkonsepkan
demokrasi secara berdialog berbanding
dengan model intervensi sedia ada
5 Penulis juga
boleh mengemukakan beberapa kajian lepas berkaitan keberkesanan
pengajaran falsafah berkonsepkan demokrasi bagi
pelajar.
ANALISIS JURNAL ARTIKEL FALSAFAH DALAM
PENDIDIKAN
Tajuk Artikel Dianalisis:
Philosophy
of Education as an Academic Discipline in Turkey: The Past and the Present
Nama Penulis
Artikel Dalam Jurnal : Hasan Under
A. Rumusan:
Artikel ini
dituliskan untuk tujuan menghuraikan tentang era perkembangan falsafah
pendidikan sejak zama dahulu dan sehingga tempoh masa kini di negara Turki. Di mana penulis mengaitkan dengan kepentingan disiplin falsafah
dalam pendidikan bagi guru pelatih dan mahasiswa di institusi pengajian.
Beliau menghuraikan bahawa kemunculan zama
kegemilangan Republik Turki adalah disebabkan oleh pengaruh penerapan konsep
ilmu falsafah pendidikan yang masyhur di Eropah ke dalam sistem kurikulum
pendidikan. pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Guru pelatih menggunakan
pendekatan falsafah pendidikan sebagai pedagogi dalam menyampaikan pendidikan
kepada pelajar. Namun, fenomena ini menjadi berlainan selepas Perang Dunia
Kedua. Akibat daripada
pengaruh scenario antarabangsa kebangkitan taamadun Amerika Syarikat, sistem
kurikulum pendidikan di negara Turki telah berubah. Negara Turki mengalihkan
fokus mengambil falsafah pendidikan Amerika sebagai pendekatan pedagogi dalam
sistem kurikulum pendidikan. Fenomena ini telah menjadikan sistem kurikulum
pendidikan negara Turki telah kurang mengambil berat tentang falsafah
pendidikan di Eropah.
Melalui
penggunaan kaedah kajian sejarah perkembangan falsafah pendidikan di negara
Turki, penulis mendapati sistem kurikulum pendidikan yang mengandungi ajaran
ilmu falsafah pendidikan di negaranya adalah tidak menyeluruh. Justeru, beliau
menyatakan adalah penting untuk memperbaiki semula sistem kuriklulum semasa
bagi guru pelatih dan mahasiswa di institusi pengajian dan dicadangkan
mengadakan disiplin pengajian falsafah pendidikan yang sebenar kepada mereka.
B. Prosedur
Persembahan Kajian Artikel Jurnal:
- Pengenalan:
Penulis
menghuraikan ringkas perkembangan sejarah falsafah pendidikan di negara Turki serta mengutarakan masalah yang berlaku
dalam sistem kurikulum pendidikan yang berkaitan falsafah pendidikan di negara
Turki.
- Terminologi:
Penulis
menghuraikan definisi falsafah pendidikan, konsep falsafah pendidikan dan
rangkuman aliran falsafah pendidikan.
- Corak Bentuk Sistem Kurikulum Pendidikan di negara Turki:
Penulis
menghuraikan hasil kajian sejarah terhadap perkembangan corak dan bentuk sistem
kurikulum pendidikan di negara Turki dari zaman sebelum Perang Dunia Kedua dan
selepas Perang Dunia Kedua sehingga masa kini.
- Kesimpulan:
Penulis
mencadangkan agar kepentingan mengadakan disiplin pengajian falsafah pendidikan
yang sebenar kepada guru pelatih dan mahasiswa di institusi pengajian. Beliau
menghuraikan kesan, prospek dan masalah dalam disiplin pengajian falsafah
pendidikan. Beliau berpandangan bahawa kandungan falsafah pendidikan dalam
sistem kurikulum pendidikan boleh mempengaruhi hala tuju pembangunan negara,
perancang dasar pendidikan dan pelaporan media massa. Beliau berharap agar
kandungan falsafah pendidikan dalam sistem kurikulum pendidikan perlu dikaji
semula dan diberikan kandungan falsafah pendidikan yang lebih lengkap dan
sebenarnya.
C. Analisis Kaedah
Penulis Artikel Jurnal:
1. Penulis
menulis pengenalan kajian.
2 Penulis
menghuraikan isu kandungan falsafah pendidikan dalam sistem kurikulum
pendidikan di institusi pengajian di Turki
adalah tidak menyeluruh sebagai pernyataan
masalah kajian
3. Penulis
menulis definisi Falsafah Pendidikan dan rangka kandungan bidang pengajian
Falsafah Pendidikan yang sebenar
4 Penulis
menggunakan kaedah kajian perpustakaan bagi menghuraikan sejarah
perkembangan corak dan bentuk kandungan
falsafah pendidikan dalam sistem
kurikulum pendidikan di negara Turki.
5 Penulis membuat
kesimpulan tentang kepentingan mengadakan disiplin pengajian
falsafah pendidikan bagi guru pelatih dan
mahasiswa. Penulis juga menyatakan bahawa
corak dan bentuk kandungan falsafah
pendidikan yang dilaksanakan dalam sistem
kurikulum pendidikan boleh membawa kesan
serius terhadap pembangunan dan
perancangan dasar pendidikan negara Turki.
D. Komen Terhadap
Penulisan Artikel Jurnal:
1. Penulis boleh
mengambil kajian lepas artikel lain sebagai sokongan terhadap
kepentingan mengadakan disiplin pengajian falsafah pendidikan.
2. Penulis boleh
mengambil petikan kata pandangan beberapa tokoh falsafah pendidikan
bagi menyokong bahawa disiplin pengajian falsafah pendidikan sebenar adalah
penting
dan peranan memberikan kesan yang
positif dalam pembangunan negara.
3. Penulis boleh
menghuraikan dengan jelas dan lanjut tentang kandungan disiplin
pengajian falsafah pendidikan sebenar boleh memberikan apakah sumbangan dan
kesan pembangunan bagi rakyat negara Turki.
4. Penulis boleh
mencadangkan beberapa cara efektif bagi memperbaiki semula kepada
kandungan falsafah pendidikan yang sebenar dalam sistem kurikulum
pendidikan di
negara Turki daripada terlalu fokus menghuraikan aspek kekurangan kandungan
falsafah pendidikan dalam sistem kurikulum pendidikan di negara itu
5. Penulis boleh
mengemukakan persoalan kajian dan menjelaskan pemilihan teknik
kajian digunakan. Pernyataan masalah boleh adalah baik dijelaskan dengan
teliti dalam
perenggan yang tersendiri.
0 Response to "CONTOH ANALISIS ARTIKEL JURNAL FALSAFAH PENDIDIKAN"
Posting Komentar