CABANG-CABANG
FALSAFAH
Disediakan
oleh : Zulfahm, M.Ed
A.
Metafizik
Cabang falsafah
yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. Realiti
merupakan sesuatu diluar fizik dan material. Pada hakikatnya realiti merupakan pertanyaan-pertanyaan
yang tidak dapat dibuktikan dengan kajian saintifik. Metafizik menanyakan
berbagai jawapan yang spekulatif atau hubungan sebab akibat. Cabang falsafah
metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara seperti :
1.
Apa
itu alam semesta?
2.
Apa
itu kehidupan?
3.
Apa
itu akal?
4.
Apa
itu roh?
Beberapa soalan
lain tentang metafizik yang berhubung kait dengan pendidikan Islam
1.
Bagaimanakah
konsep ketuhanan dalam Islam?
2.
Siapakah
Tuhan yang sebenarnya?
3.
Bagaiamana
ia ada dan keberadaannya dari waktu ke waktu?
4.
Mengapa
manusia mengandaikan atau meniscayakan adanya Tuhan dalam kehidupan?
5.
Bagaimana
cara menemukan dan mendapatkan realiti Tuhan dalam kehidupan ini?
6.
Mengapa
dalam kenyataannya di dunia ini banyak Tuhan, sehingga banyak pula agama-agama dengan
pelbagai konsep kepercayaan dan ritual?
7.
Apa
manfaat dan fungsi percaya pada Tuhan dalam kehidupan?
8.
Manusia
lahir dalam keadaan fitrah, bagaimana fitrah itu?
9.
Manusia
mesti ada benar dan salah, lalu dikatakan itu sudah menjadi fitrah manusia,
apakah manusia selalu dalam keadaan fitrah?
10.
Manusia
mempunyai sifat kesabaran, apakah kesabaran itu?
11.
Apakah
kesabaran itu mempunyai batasan-batasan?
12.
Sejauhmanakah
batasan kesabaran seorang individu dengan individu lainnya, apakah sama?
13.
Ada
manusia dengan sekolah maka ia akan memperoleh kebahagiaan, ada juga yang tidak
sekolah tetapi juga bahagia, bagaimana konsep kebahagiaan?
14.
Mengapa
kebahagiaan berbeza-beza pada tiap individu?
15.
Bagaimanakah
konsep waktu atau masa dalam Islam?
16.
Apakah
waktu seseorang dengan orang lain berbeza-beza atau sama?
B.
Epistemologi
Cabang falsafah
yang mengkaji tentang ilmu pengetahuan, epistimologi mempersoalkan
perkara-perkara seperti :
1.
Apa
itu pengetahuan?
2.
Apakah
sumber-sumber pengetahuan ?
3.
Bagaimana
kita memperolehi pengetahuan?
4.
Bagaimana
kita membuktikan kebenaran pengetahuan?
Beberapa soalan
lain tentang epistemologi yang berhubung kait dengan pendidikan Islam
1.
Ilmu
apa sahaja yang harus diajarkan dalam pendidikan Islam?
2.
Apa
tujuan pengajaran dalam pendidikan Islam?
3.
Bagaimanakah
proses pembinaan ilmu dalam pendidikan Islam?
4.
Sejauhmana
pendidikan Islam boleh memainkan peranan dalam pembinaan ilmu?
5.
Bagaimanakah
seorang individu boleh belajar dengan baik dan benar mengikut pendidikan Islam?
6.
Bagaimanakah
pembelajaran yang ideal dalam pendidikan Islam?
7.
Sejauhmana
seorang individu boleh mencari ilmu, apakah semua ilmu boleh dipelajari dalam
Islam atau ada ilmu-ilmu yang mempunyai larangan?
8.
Bagaimanakah
tingkatan ilmu dalam Islam yang mesti di ajarkan kepada murid?
9.
Al-Ghazali
seorang tokoh falsafah Islam membahagi ilmu asas kepada ilmu agama dan ilmu
intelek, apakah kedua ilmu ini sebagai asas mencapai kesejahteraan?
10.
Mengapa
individu perlu kepada ilmu asas?
11.
Bagaimakah
ilmu boleh membentuk individu yang berakhlak mulia?
12.
Apakah
ciri-ciri orang yang berilmu?
13.
Apakah
seorang pejabat negara yang melakukan rasuah dikatakan individu yang berilmu?
14.
Bagaimana
boleh maju sebuah negara apabila pejabat negara yang mempunyai ilmu tetapi
tidak berilmu?
15.
Apakah
pendidikan Islam mampu mendidik pemimpin yang berilmu dan berakhlak mulia?
16.
Dulu
ulama selalu didekati, mengapa sekarang ulama banyak yang dijauhi?
17.
Apakah
ulama adalah insan kamil mengikut syariat Islam?
18.
Bagaimanakah
konsep insan kamil dalam sistem pendidikan Islam?
C.
Aksiologi
Cabang falsafah
yang merupakan kajian terhadap nilai, dengan mempersoalkan perkara seperti :
1.
Apakah
yang bernilai?
2.
Bagaimana
sesuatu itu dapat bernilai?
Cabang falsafah
aksiologi diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu etika yang mengkaji
tentang perkara nilai-nilai moral, prinsip moral, dan tingkah laku serta sifat
murninya. Kedua iaitu estetika yang membicarakan tentang nilai keindahan. Apa
sebenarnya yang disebut indah, darimana sumber keindahan, adalah beberapa
persoalan estetika. Beberapa soalan tentang nilai dalam pendidikan Islam;
1.
Bagaimanakah
nilai dalam pendidikan Islam?
2.
Apakah
nilai itu tetap atau berubah-ubah?
3.
Apakah
nilai dalam Islam sama, misalnya prinsip nilai pada suatu kaum dengan kaum
lainnya sama atau tidak?
4.
Bagaimana
hubungan ilmu dengan etika Islam?
5.
Apakah
ilmu lebih besar peranannya daripada etika Islam atau sebaliknya?
6.
Apakah
hubungan akhlak dengan etika, apakah sama keduanya atau berbeza?
7.
Bagaimana
nilai keindahan dalam Islam, apakah indah dalam pandangan manusia atau dalam
petunjuk Allah?
8.
Apakah
konsep etika berasal dari Sang Pencipta atau manusia yang berkehendak?
9.
Bagaimana
pembagian nilai atau tingkatan nilai dalam pendidikan Islam?
10.
Keindahan
yang bagaimana yang dapat menjadikan manusia menjadi lebih merasa nikmatnya
kehidupan ini?
11.
Keindahan
yang mana yang boleh dalam ajaran Islam?
12.
Bagaimana
sesuatu bernilai indah, apa saja unsur yang terkandung dalam keindahan itu?
13.
Bagaimanakah
kecantikan yang mendorong lahirnya akhlak yang mulia dalam hablun min Allah
dan hablun min annas?
14.
Apa
hubungan etika dengan estetika?
15. Apa manfaat dalam mempelajari dam memahami etika dan estetika?
D.
Logik
Cabang falsafah
yang berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang membezakan penaakulan sah
dengan penaakulan yang tidak sah atau tidak rasional. Sesungguhnya logik
merupakan kaedah yang digunakan dalam setiap pemikiran mazhab falsafah. Ia
digunakan untuk mengkaji peraturan falsafah yang membolehkan ahli-ahli falsafah
berfalsafah dengan membentuk dan mengesahkan asal-usul atau hujah-hujah
falsafah. Beberapa soalan logik yang berhubung kait dengan pendidikan Islam :
1.
Apakah
tempias logik terkena terhadap tamadun Islam?
2.
Dimanakah
Islam memberi ruang dalam penggunaan logik?
3.
Adakah
Islam menerima penggunaan logik, meski sampai ke perbincangan tentang aqidah?
4.
Bagaimana
hubungan disiplin ilmu Islam dengan disiplin logik yang menjadi manhaj kepada
falsafah yunani?
5.
Falsafah
dan logik adalah dua hal yang berdampingan, apakah dampak dua hal ini dalam
bangunan pemikiran Islam?
Rujukan :
1.
Abdul
Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications
& Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
2.
Abdul
Khobir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media Offset, Yogyakarta.
3.
Abdur
Rahim Hamdan, (2011), Falsafah dan Pemikiran Pendidikan, UTM Press,
Johor.
4.
Aholiab
Watloly, (2001), Tanggung Jawab Pengetahuan, Kanisius, Yogyakarta.
5.
Mohammed
Yusoff Hussain, (2002), Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Barat Modern,
Tinggi Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
6.
Mok
Soon Sang, (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme
Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
7.
http://www.filsafatpendidikan.com/aliran/aliran-naturalisme-herbert-spencer-dalam-filsafat-pendidikan
8.
http://duniaremaja.gogoo.us/t107-filsafat-materialisme
0 Response to "CABANG-CABANG FALSAFAH"
Posting Komentar