PERBANDINGAN PEMIKIRAN KONSEP AKHLAK
AL-GHAZALI DAN IBN MISKAWAYH DALAM ASPEK INTELEK
Falsafah (Usuluddin)
Zulfahmi
Wan Hasmah Wan Mamat, Ed.D.
FakultiPendidikan, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
Emel: zulfahmi@siswa.um.edu.my
Abstrak
Kerosakan akhlak dan nilai-nilai moral amat mempengaruhi perkembangandan kemerosotan tamadun sesebuah Negara. Oleh itu, mengkaji dan meneroka suatu konsep akhlak dari tamadun masa lalu untuk pembangunan masa depan adalah sangat penting. Terutama dalam aspek intelek sebagai punca penggerak tingkah laku. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan mengkaji pemikiran al-Ghazali dan Ibn Miskawayh dalam konsep akhlak. Selain itu, kajian ini juga melihat persamaan dan perbezaan kedua-dua konsep akhlak dalam aspek intelek untuk diterapkan dalam pendidikan Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan inkuiri melalui analisis falsafah menggunakan analisis interpretasi, induktif, deduktif, dan perbandingan. Analisis tentang aspek intelek diteroka melalui senarai semak yang telah dirancang. Analisis pemikiran al-Ghazali merujuk kepada kitab Ihya’ Ulum al-Din, Mizan al-Amal, dan Ayyuha al-Walad. Manakala analisis pemikiran Miskawayh merujuk kepada kitab Tahdhib al-Akhlaq, The Refinement of Character dan The Ethical Philosophy of Miskawayh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara umum pemikiran al-Ghazalidan Ibn Miskawayh membincangkan tentang keutamaan akhlak (ummahat al-akhlaq). Dari segi persamaan, kedua-dua tokoh memandang bahawa dalam jiwa insane terdapat kekuatan ilmu (intelek) yang mengawal amarah, nafsu syahwat dan menyempurnakan kekuatan adil sehingga boleh membezakan kebaikan dan keburukan. Sedangkan dari segi perbezaan, Al-Ghazali membincangkan aspek intelek secara dalaman dan beliau menggolongkan kepada akal gharizi (naluri) dan akal muktasab (usaha). Sementara Miskawayh hanya membincangkan segi luaran dari proses berfikir dan objek yang difikirkan. Berdasarkan perbandingan kedua-dua pemikiran, konsep akhlak merangkumi aspek intelek yang boleh diterapkan dalam pendidikan Islam yang berpusat dalam fikiran (aql) yang melahirkan kebijaksanaan (hikmah) untuk menentukan pilihan yang baik dan benar serta diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Islam.
Kata kunci: akhlak, al-Ghazali, Miskawayh, intelek.
THE COMPARATIVE THOUGHTS OF AL-GHAZALI’S AND IBN MISKAWAYH’S CONCEPTS OF AKHLAQ IN INTELLETUAL ASPECT
Philosophy (Usuluddin)
Zulfahmi
Wan Hasmah Wan Mamat, Ed.D.
Faculty of Education, University Malaya
Kuala Lumpur
Email: zulfahmi@siswa.um.edu.my
Abstract
The destruction of character and moral values significantly influence the progress and degeneration of a country’s civilization. Therefore, evaluating and examining a concept of civilized character from the past for a future development is very prominent, those especially related to the intellectual aspects that form the character. This study aims to figure out and examine the thought of Al-Ghazali and IbnMiskawayh in character concept; Moreover, this study also looks at the similarities and differences of both character concepts in the aspect of intellectual to be applied in Islamic education.The methodology used in this study is inquiry approach through philosophical analysis with interpretation analysis, inductive, deductive, and comparative. A check list for analyzing texts concerning character aspect has been created in order to know the concept of character in accordance with intellectual aspect. The text analysis of al-Ghazali’s thought refers to Ihya’ Ulum al-Din, Mizan al-Amal, danAyyuha al-Waladv books. While the analysis of Miskawayh’s thought refers to Tahdhib al-Akhlaq, The Refinement of Character, and The Ethical Philosophy of Miskawayh books.The result reveals that in general al-Ghazali and IbnMiskawiyah’s thought discuss the noble character (ummahat al-akhlaq). Both figures view that there is a power of knowledge inside the soul of human beings that controls anger, appetitive and completes the power of justice to distinguish the pros and cons.Whereas, the difference is that Al-Ghazali presents intellectual aspects internally and he groups it as gharizi sense (instinct) and muktasab sense (effort). On the other hand, IbnMiskawayh explains those aspects externally from processes thought and objects of thought.Based on the comparison of the two figures, the concept of character includes applicable intellectual aspects of Islamic education based in the mind (aql) which produce the wisdom (hikmah) to determine a good and true choice and to implement them in teaching and learning in Islamic education.
0 Response to "abstrak Seminar Antar Negara"
Posting Komentar