Cabang-cabang Falsafah Umum
Di sediakan oleh : Zulfahmi, M.Ed
Aliran
Falsafah
|
Metafizik
(Realiti)
|
Epistimologi
(Pengetahuan)
|
Aksiologi
(Nilai)
|
Idealisme
Terawal & tradisional
Tokohnya: Plato, Descartes, John Locke, Spinoza,
Berkeley, Kant, Froebel, Emerson, Thoreau, Butler.
|
·
Asas realiti ialah akal.
·
Realiti dalam bentuk fikiran bukan fizikal.
·
Mengkaji tentang idea, roh, akal, keadaan dunia
nyata dan tidak nyata.
·
Kerohanian unsur terpenting dalam kehidupan.
·
Berteraskan kepada realiti moral dan spiritual
untuk menjelaskan keadaan dunia sebenar.
·
Plato
adalah Bapa Fahaman Idealisme, dalam fahaman ini terdiri daripada dua bentuk
asas iaitu idealisme metafizik yang merujuk kepada akal dan idealisme
epistimologi yang menegaskan bahawa mengetahui ialah mengeluarkan idea semula
jadi yang sudah ada dalam akal.
|
·
Kebenaran
sebagai idea yang tetap dan tidak berubah sepanjang masa.
·
Mengeluarkan idea semula jadi (terpendam) yang sudah ada dalam akal.
·
Dimensi Kebenaran, keadilan dan keindahan menerusi proses penaakulan.
·
Dalam pendidikan guru berperanan memastikan pelajar membuat apa yang
mereka sukai, iaitu digalakkan mencari kebenaran dan kebijaksanaan sendiri.
·
Sumbangan
Plato ialah ilmunya mengenai idea yang dikaji melalui sesi dialog yang
terdiri daripada percakapan antara dua orang atau lebih.
|
·
Sumber
semua nilai dari Maha Kuasa.
·
Nilai
dan etika adalah mutlak.
|
Realisme
Tradisional
Tokohnya:
Aristotle, Aquinas, Rush, Pestalozzi,
Spencer, Montessori, Russel, Hurchin, Adler.
|
·
Asas
realiti ialah kebendaan.
·
Keseluruhan
realiti ialah alam fizikal.
·
Mengenai
manusia: 1). Monisme yang menjelaskan bahawa semua perkara diperturunkan
dalam keadaan kebendaan. 2). Operasi iaitu mengenai keesahan sebarang
kenyataan bergantung pada keesahan kaedah. 3). Mekanisme iaitu tingkah laku
manusia dapat difahami tanpa merujuk kepada penciptanya. 4). determinisme
iaitu menjelaskan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam alam ini mempunyai
penyebab.
·
Aspek
metafizik Aristotle menyatakan dunia ini terdiri daripada entiti atau keseluruhan
yang benar, nyata, dan kebendaan.
|
·
Kebenaran
sebagai fakta yang dapat dipersepsi.
·
Kebenaran nyata/ maujud fizikalnya.
·
Pengetahuan sebenar ialah pengetahuan yang bersesuaian dengan perkara
itu sendiri dan bukan teori mengenainya.
·
Dalam pendidikan sekolah berperanan menyalurkan perkara-perkara
penting yang dapat membiasakan pelajar-pelajar dengan alam sekeliling.
·
Matlamat
pendidikan adalah untuk mengajar pengetahuan yang telah dipilih.
·
Aristotle
berpendapat pendidikan memerlukan tiga perkara utama iaitu fitrah untuk
belajar dan mengetahui, proses pembelajaran dan latihan yang berterusan.
|
·
Nilai
adalah tetap mengikut hukum-hukum tabii (menurut sifat semula jadi).
·
Refleksi
tabii (sifat keadaan atau bentuk semula jadi).
·
Nilai
yang selari dengan alam semula jadi adalah bernilai.
·
Nilai
seseorang individu yang dapat diterima adalah nilai yang tidak bertentangan
dan dapat diterima oleh masyarakat.
|
Pragmatisme
Awal abad 20 di US/moden
Tokohnya:
Horace Mann, Barnard, Peirce, James,
Dewey, Maxine, Peters.
|
·
Idea
manusia mengenai alam adalah neutral.
·
Realiti
adalah interaksi antara manusia dengan alam sekeliling.
·
Alam
mempunyai makna apabila manusia memberi makna kepadanya.
·
Bagi
John Dewey istilah instrumentalisme dianggap lebih tepat daripada daripada
istilah pragmatisme tetapi kedua-duanya tetap digunakan. Dia menganggap
bahawa spekulasi mengenai realiti adalah satu aktiviti yang tidak berguna.
|
·
Pengetahuan
adalah hasil interaksi manusia dengan alam sekeliling.
·
Kebenaran
yang diperoleh hasil daripada interaksi merupakan sumber pengetahuan.
·
Persekitaran bersifat dinamik.
·
Mengetahui hanya melalui pengalaman dan pengalaman individu berbeza.
·
Pengalaman secara asasinya berbentuk social dan bertujuan social dan
mengkaji keseragaman dalam pengalaman secara eksperimen.
·
Cara dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka untuk
dikaji semula, matlamatnya adalah untuk memajukan manusia dan cara bagaimana
untuk mencapai matlamat tersebut.
·
Pendidikan
adalah penghidupan dan bukan persediaan penghidupan.
·
Pemikiran
John Dewey bahawa pendapatnya tentang proses demokrasi dalam pendidikan.
Sistem demokrasi dalam pendidikan menjadikan pendidikan lebih demokratis dan
membuka peluang kepada setiap pelajar memperkembangkan diri secara bebas,
kreatif, dan bertanggungjawab.
|
·
Nilai-nilai
umum.
·
Cita
rasa umum.
·
Nilai
adalah relatif dan berubah apabila kebudayaan dan masyarakat berubah.
·
Pengalaman
manusia merupakan asas untuk mengukur nilai.
·
Pragmatisme
mengajarkan nilai jika memberi manfaat kepada individu.
|
Eksistensialisme
Pertengahan abad 20 di Eropah/moden
Tokohnya:
Kierkegard, Nietzsche, Martin H, Sartre,
Camus, Kneller, Morris.
|
·
Realiti
adalah kewujudan individu yang didefinisikan oleh individu itu sendiri.
·
Manusia
bebas membuat pilihan arah tujuan diri sendiri dan bertanggungjawab ke atas
tindakannya.
·
Soren
Kierkegaard dengan ideanya mengenai subjectivity dan leap of faith.
Leap of faith merupakan pandangan terhadap seseorang boleh percaya kepada
Tuhan atau bagaimana seseorang bertindak atas kasih sayang. Dalam aspek
pendidikan pemikiran Soren lebih kepada bagaimana seseorang mengenali diri
sendiri dengan sifatnya yang mengikut umur.
|
·
Kebenaran
mutlak tidak wujud, apa yang dilihat secara terus dan sedar akan diberi makna
berdasarkan pemahamannya sendiri, ia boleh jadi betul atau salah.
·
Pengetahuan
utama ialah mengenai sesuatu keadaan dan pilihan yang setiap individu buat.
·
Dalam
pendidikan individu guru dan pelajar merupakan orang suka menentang
kuasa-kuasa yang menafikan kebebasannya. Ia menekankan proses menilai dan
menghargai kebebasan individu dan menghormati kebebasan orang lain.
|
·
Kewujudan
individu merupakan nilai asas baginya.
·
Individu
tidak perlu mengikuti dan mematuhi nilai sesuatu masyarakat untuk mengelakkan
kehilangan sifat ketulenan dan kemanusiaannya.
|
Rujukan :
1.
Abdul
Fatah Hasan, (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications
& Distributor Sdn. Bhd. Pahang.
2.
Abdul
Rahim Hamdan, (2010). Falsafah dan pemikiran Pendidikan, UTM Press,
Johor Bahru.
3.
Mok
Soon Sang, (2010). Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme
Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong.
4. Abdur Rahman Md. Aroff (1987), Falsafah
dan Konsep Pendidikan, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
0 Response to "Cabang-cabang Filsafat Umum"
Posting Komentar