Tajuk Kajian:
“PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI PONDOK”
Analisis Soal Selidik
Item : Pengaruh Metode Kokurikulum di Pondok
Skala
1. Sangat setuju
2. Setuju
3. Kurang setuju
4. Tidak setuju
Beri pendapat anda dengan memberi tanda O pada pilihan anda, setelah mengikuti aktiviti kokurikulum di pondok
Bil | Perkara | Sangat setuju | Setuju | Kurang setuju | Tidak setuju |
1 | Pelajar memahami matlamat hidup di pondok dengan jelas | 1 | 2 | 3 | 4 |
2 | Pelajar memahami tanggung jawab sebagai Muslim | 1 | 2 | 3 | 4 |
3 | Pelajar memahami tanggung jawab sebagai seorang pelajar pondok | 1 | 2 | 3 | 4 |
4 | Pelajar menyedari amanah sebagai khalifah Allah SWT | 1 | 2 | 3 | 4 |
5 | Pelajar berusaha menjadi contoh teladan yang baik kepada orang lain | 1 | 2 | 3 | 4 |
6 | Mengikuti program dengan rela hati | 1 | 2 | 3 | 4 |
7 | Saling menasehati dalam perkara kebajikan | 1 | 2 | 3 | 4 |
8 | Memperbetul dan menghisab diri | 1 | 2 | 3 | 4 |
9 | Melibatkan diri secara aktif dan produktif | 1 | 2 | 3 | 4 |
10 | Bersungguh-sungguh dan komited dalam setiap urusan | 1 | 2 | 3 | 4 |
11 | Membentuk sikap amanah, jujur dan telus | 1 | 2 | 3 | 4 |
12 | Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja | 1 | 2 | 3 | 4 |
13 | Melatih erti kesabaran dan kegigihan | 1 | 2 | 3 | 4 |
14 | Menyubur perasaan kecintaan kepada Allah | 1 | 2 | 3 | 4 |
15 | Membina hubungan ukhuwah yang mesra | 1 | 2 | 3 | 4 |
Bahagian ini akan menganalisis maklumbalas reponden terhadap pembentukan akhlak pelajar dalam kokurikulum. Justeru untuk mengukur pengaruh metode kepada para pelajar dalam aktiviti kokurikulum ini. Tiga faktor utama akan di analisis iaitu kefahaman, penerimaan dan kepuasan.
Sebagai pecahannya terdapat lima kenyataan dalam faktor kefahaman, penerimaan dan pada faktor kepuasan. Semua kenyataan yang dibina adalah berasaskan kepada manifestasi metode-metode dalam landasan teori. Tujuannya adalah untuk mempastikan kseragaman data, menstrukturkan kenyataan-kenyataan yang relevan dalam satu kelompok, memudahkan penyaringan dan penganalisisan. Semua faktor akan di uji untuk melihat pengaruhnya dalam pembentukan akhlak dalam kontek kokurikulum.
i) Analisis Faktor kefahaman
Dalam penyelidikan ini responden diberi peluang untuk menilai pengaruh metode dalam kegiatan kokurikulum. Maklumbalas yang diberikan adalah seperti yang ditunjukkan oleh jadual 1.1.
Jadual 1.1
Kefahaman dalam metode pembentukan akhlak pelajar melalui kokurikulum
Variabel | Tahap Persetujuan (%) | Purata (min) | |||
Sangat setuju | Setuju | Kurang setuju | Tidak setuju | ||
Pelajar memahami matlamat hidup di pondok dengan jelas | 34 | 27 | 35 | 4 | 2 |
Pelajar memahami tanggung jawab sebagai Muslim | 39.7 | 23.7 | 31 | 5.6 | 1.94 |
Pelajar memahami tanggung jawab sebagai seorang pelajar pondok | 38.3 | 27.7 | 30.8 | 3.2 | 1.95 |
Pelajar menyedari amanah sebagai khalifah Allah SWT | 45.7 | 28.7 | 20.3 | 5.3 | 1.93 |
Pelajar berusaha menjadi contoh teladan yang baik kepada orang lain | 34 | 28.8 | 29.8 | 7.4 | 2.09 |
*Pada skala 4
Skor purata (min) keseluruhan = 1.98
Secara umum untuk melihat pengaruh metode melalui faktor kefahaman dalam kegiatan kokurikulum boleh merujuk kepada analisis berdasarkan peratusan. Peratusan tertinggi adalah 45.7% iaitu variable pelajar menyedari sebagai khalifah Allah s.w.t. terletak pada skala sangat setuju, peratusan sederhana adalah 23.7% iaitu variabel memahami tanggungjawab sebagai muslim terletak pada skala setuju dan peratusan terendah adalah 4% iaitu variabel memahami matlamat yang jelas terletak pada skala tidak setuju.
Analisis berdasarkan skor purata (min) juga dapat menjelaskan lagi setiap kenyataan mengenai pengaruh metode dalam faktor kefahaman. Skor purata (min) keseluruhan yang dicatat adalah 1.98. ini bermakna tahap pengaruh adalah sangat tinggi kerana ia berada dalam skala 1 iaitu sangat setuju dan menghampiri skala 2 iaitu setuju. Sehubungan dengan itu, boleh dirumuskan bahawa pengaruh metode dalam pembentukan akhlak pelajar adalah sangat tinggi dalam kegiatan kokurikulum yang merujuk kepada faktor kefahaman.
ii) Analisis Faktor Penerimaan
Jadual 1.2
Penerimaan dalam metode pembentukan akhlak melalui kokurikulum
Variabel | Tahap Persetujuan (%) | Purata (min) | |||
Sangat setuju | Setuju | Kurang setuju | Tidak setuju | ||
Mengikuti program dengan rela hati | 21.5 | 29 | 35.5 | 14 | 2.35 |
Saling menasehati dalam perkara kebaikan | 27.7 | 26.6 | 35.1 | 10.6 | 2.2 |
Memperbetul dan menghisab diri | 21.3 | 37.2 | 37.2 | 4.3 | 2.24 |
Melibatkan diri secara aktif dan produktif | 26.6 | 29.8 | 36.2 | 7.4 | 2.18 |
Bersungguh dan komited dalam setiap urusan | 23.4 | 42.3 | 29.8 | 4.5 | 2.59 |
*Pada skala 4
Skor purata (min) keseluruhan = 2.23
Jadual 1.2 menunjukkan maklumbalas responden terhadap pengaruh metode dalam faktor penerimaan. Peratusan tertinggi adalah 42.4% iaitu variabel bersungguh dan komited dalam setiap urusan terletak pada skala setuju, peratusan sederhana adalah 21.3% iaitu variabel memperbetul dan menghisap diri dan peratusan terkecil adalah 4.3% iaitu variabel memperbetul dan menghisap diri.
iii) Analisis faktor kepuasan
Jadual 1.3
Kepuasan dalam metode pembentukan akhlak melalui kokurikulum
Variabel | Tahap Persetujuan (%) | Purata (min) | |||
Sangat setuju | Setuju | Kurang setuju | Tidak setuju | ||
Membentuk sikap amanah, jujur dan telus | 30.9 | 35.1 | 28.7 | 5.3 | 2.14 |
Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja | 30.9 | 37.5 | 27.7 | 3.9 | 2.14 |
Melatih erti kesabaran dan kegigihan | 42.6 | 35.1 | 14.9 | 7.4 | 2.07 |
Menyubur perasaan kecintaan kepada Allah | 41.9 | 35.1 | 18.7 | 4.3 | 2.02 |
Membina hubungan ukhuwah yang mesra | 36.5 | 35.8 | 26.6 | 1.1 | 2.02 |
*Pada skala 4
Skor purata (min) keseluruhan = 2.07
Jadual 1.3 menunjukkan maklumbalas pengaruh metode dalam faktor kepuasan. Analisis keselurahan dari jadual 1.3 di atas, menunjukkan tahap peratusan yang paling tinggi adalah 42.6% berada dalam tahap sangat setuju iaitu variabel melatih erti kesabaran dan kegigihan. Peratusan sederhana adalah 27.7% berada dalam tahap kurang setuju iaitu variabel bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja. Manakala peratusan yang sangat kecil iaitu 1.1% berada pada skala tidak setuju iaitu variabel membina hubungan ukhuwah yang mesra.
Secara keseluruhan skor purata (min) adalah pada tahap 2.07 iaitu pada tahap kurang setuju. Ini membuktikan bahawa pengaruh metode dalam faktor ini kurang memberi kesan terhadap pembinaan peribadi pelajar.
Kesimpulannya skor purata (min) dalam maklumbalas metode pembentukan akhlak pelajar dalam kokurikulum adalah 2.16 yang terletak pada tahap setuju. Ia menggambarkan secara jelas mempengaruhi perwatakan peribadi pelajar ke arah nilai dan tingkah laku positif.
0 Response to "Analisis Soal Selidik PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI PONDOK"
Posting Komentar