DEFINISI FALSAFAH
A. Pendahuluan
Falsafah merupakan sebuah disiplin ilmu yang telah
bermula sejak zaman Phytaghoras (572-492 SM). Daripada anggapan falsafah
hanyalah ilmu yang bersifat teorikal semata dan ia tidak bisa di amalkan. Sebenarnya
secara tidak sadar manusia telah melakukan praktek dari falsafah. Misal seorang
guru yang mengajar anak didiknya dengan penuh tanggung jawab dan ia sangat
mencintai pekerjaannya. Itu macam dari falsafah. Seandainya kita menelaah erti
dari falsafah banyak sekali pandangan mengikut ahli-ahli yang mengungkapkan erti
berbeza-beza.
Dalam paper ini penulis cuba menelaah erti falsafah
secara etimologi, tokoh-tokoh falsafah barat, tokoh-tokoh falsafah timur, dan tokoh-tokoh
falsafah Islam. Masing-masing pandangan di atas melihat falsafah dalam lingkup
yang berbeza-beza. Mudah-mudahan dapat bermanfaat bagi pembaca dalam memahami
makna dari falsafah baik secara umum ataupun secara khusus.
B. Pembahasan
Erti Etimologi falsafah
Daripada segi bahasa perkataan falsafah itu berhubung
rapat dengan perkataan Yunani iaitu philosophia. Dalam kata majmuk yang
terdiri daripada philos dan Sophia. Philos ertinya ‘cinta’ dalam
erti yang seluas-luasnya. Sophia pula ertinya ‘kebijaksanaan’. Kebijaksanaan
ini ertinya mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, menurut namanya
sahaja falsafah boleh diertikan mencintai kebijaksanaan.
Falsafah Menurut Tokoh-Tokoh Barat
Falsafah di zaman tamadun Yunani
1. Socrates (469-399 SM)
Mengikut Socrates, falsafah ialah usaha-usaha melalui
penyelidikan sejati bagi mencapai kebajikan yang berpusatkan kepada manusia dan
tingkah lakunya. Beliau cuba menyelidiki pengetahuan murni dengan mengamati
masalah yang kongkrit dan menganalisanya sehingga timbul sesuatu yang murni.
Beliau dianggap sebagai pengasas ilmu kesusilaan.
2. Plato (427-347 SM)
Mengikut Plato, falsafah ialah usaha mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato telah mempengaruhi pemikiran barat amnya.
3. Aristotle (348-322 SM)
Mengikut Aristotle, beliau menegaskan falsafah ilmu
berkenaan dengan kebenaran, kebenaran itu diperolehi seseorang dengan ilmu
metafizik, logic, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik.
Falsafah di zaman Renaissance
1. Thomas Aquinas (1225-1274)
Beliau adalah tokoh falsafah yang besar daripada abad
ke 13 iaitu abad ilmu pengetahuan. Thomas Aquinas merupakan ahli falsafah
kristian dan Aristotelian, kerana teori Aquinas berdasarkan idea persepsi
sensori Aristotle. Mengikut beliau, falsafah ialah alat bagi menetapkan
ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Dengan membentuk sistem
dualisme iaitu sistem perhubungan falsafah dan agama sebagai kebenaran
berlandaskan kepercayaan.
2. Rene Descartes (1596-1650)
Descartes merupakan pengasas falsafah modern, beliau berpendapat bahawa intuisi dan deduksi sebagai kaedah yang utama digunakan untuk memperoleh ilmu. Descartes pula dikenali sebagai pelopor rasionalisme. Beliau percaya kebenaran mutlak ialah a priori tanpa memerlukan bukti emperikal. Konsep yang berdasarkan pengalaman atau deria manusia boleh diterima jika persepsinya adalah melalui kefahaman rasional (rasional insight).
3. John Locke (1632-1704)
Seorang ahli falsafah inggeris, memandang anak-anak
sebagai tabula rasa yang diterjemahkan sebagai papan batu
kosong. Menurut idea beliau, kanak-kanak mulanya tidak mempunyai apa-apa ilmu,
dan pelbagai pengalaman yang disediakan dalam alam belajar akan membentuk
tingkah laku mereka. Locke cadangkan ibu bapa harus memainkan peranan sebagai
tutor yang rasional untuk membentuk anak-anak mereka dengan apa cara yang
mereka ingini, melalui pengajaran dan contoh teladan yang berkesan.
4. Jean Jacques Rousseau (1712-1778)
Beliau ialah seorang pendidik di eropah, memandang
pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa
kanak-kanak kecil. Rouseau merupakan
pelopor naturalisme. Falsafah Rousseau adalah berpusatan kanak-kanak, dan orang
dewasa harus mempunyai pandangan terbuka terhadap keperluan kanak-kanak dalam
setiap peringkat perkembangan, iaitu : peringkat bayi, kanak-kanak awal dan
akhir, dan remaja.
Menurut beliau, falsafah ialah suatu alat membuat
penyesuaian di antara yang lama dengan yang baru dalam suatu kebudayaan. John
Dewey ialah seorang penganut mazhab pragmatisme, beliau mengatakan pendidikan
merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan
semula jadi yang adanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih
selamat lagi.
Falsafah Menurut Tokoh-Tokoh Islam
Pada umumnya, falsafah pendidikan Islam adalah
berasaskan ajaran al-Quran dan al-Hadist. Di antara ahli falsafah Islam iaitu :
1. Abu Hamid Al-Ghazali (1058-1111 M)
Mengikut Al-Ghazali, bahawa manusia itu dilahirkan
bukan di atas suatu agama atau suatu doktrin tertentu, kedua orang tuanyalah
yang membuatnya beragama Yahudi, Nashrani atau Majusi. Al-Ghazali ingin
mengetahui hakekat fitrah manusia, hakekat kepercayaan agama dan doktrin-doktrin
filsafat yang diambil manusia dengan meniru kedua orang tua dab guruny.
Kemudian menentukan yang benar dari yang batil, di atas berbagai perbezaan dan
pertentangan doktrin-doktrin itu. Ia mengharapkan akan dapat mencapai
pengetahuan Ilmu Al-Yaqin iatu apa yang diketahui kebenarannya terbuka
lebar, tidak disertai keraguan, dan tidak disertai kemungkinan salah dan
angan-angan.
Al-Ghazali membagi ilmu dalam tiga himpunan besar,
iatu :
Pertama :
Ilmu-ilmu tercela, sedikit maupun banyak
Kedua :
Ilmu-ilmu terpuji, sedikit maupun banyak
Ketiga :
Ilmu-ilmu di antaranya pada tingkat-tingkat tertentu dipujikan dan mendalaminya
tercela.
Al-Ghazali membagi filsafat dalam lima cabang :
1) Matematika, sepeti ilmu ukur, ilmu hitung
dan ilmu alam.
2) Ilmu-ilmu logika, iaitu ilmu-ilmu yang juga
bertalian dengan agama.
3) Teologi, iaitu : ilmu-ilmu yang membahas
zat Allah swt. Didalamnya terdapat kekeliruan-kekeliruan para filosof dan
peneliti kerana kerapkali mereka mempunyai aliran-aliran sebagiannya kufur dan
sebagiannya mengada-ada.
4) Ilmu Pengatahuan Alam, ilmu tetang
sifat-sifat tubuh dan cirri-ciri khasnya.
5) Ilmu-ilmu politik dan akhlak, adalah
ilmu-ilmu yang melayani kemashlahatan duniawi, urusan pendidikan dan akhlak.
2. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka)
Hamka adalah tokoh agama Islam yang paling berpengaruh
di Indonesia dalam abad ke-20. Dalam bukunya Mutiara Filsafat, beliau
mengatakan agama bukan filsafat tetapi dengan merenungi filsafat orang dapat
bertambah iman dalam agama. Dalam agama seseorang yang berbuat kebajikan
dijanjikan dengan kesenangan iaitu “syurga”. Menurut Hamka Filsafat
ialah tanya dan jawab, jawab dan tanya antara akal dan undang-undang.
Mengikut beliau pendidikan suatu prose yang boleh
membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang
mulia.
Pemikiran
Hamka secara am meliputi empat hal, iaitu agama, sastera, politik, dan falsafah
atau kebudayaan. Dalam bidang agama pemikiran dan
kemampuan Hamka sangat menonjol dalam bidang ilmu tafsir, tasauf, dakwah dan sejarah Islam. Dalam
bidang agama secara tidak langsung Hamka dipengaruhi oleh pemikiran keagamaan Muhammad Abduh (1849-1905
M) dan Ibn Taymiyyah (661-728 H), khasnya dalam hal ehwal prinsip-prinsip dasar keyakinan beragama.
Sedangkan dalam bidang tasawuf, beliau banyak dipengaruhi oleh Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111 M). Adapun
dalam bidang sastera, Hamka dipengaruhi oleh pemikiran Mustafā Lutfi al-Manfaluti (1876-1924).
3. Muhammad Naquib Al-Attas
Al-Attas
mengatakan bahawa Islamisasi alam Melayu telah melalui dua fasa: fasa sebelum
Hamzah Fansuri adalah fasa pertama, di mana peranan fiqih sangat dominan dalam
mengamalkan Islam. Dan fasa kedua setelah Hamzah Fansuri yang ditandai dengan
pengaruh tasawuf dan kalam . Pembahagian fasa ini tidak bermaksud memisahkan
kedua bidang ilmu melainkan sekedar menunjukkan proses kematangan dalam
beragama. Pemahaman murni al-Attas terhadap sufisme membawa beliau kepada
kesimpulan bahawa falsafah sufisme merupakan penghebatan proses Islamisasi.
Profesor
Wan Mohd Nor Wan Daud, yang dahulunya merupakan orang kanan al-Attas dalam
mentadbir ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization)
mengatakan bahawa al-Attas menyumbangkan tiga di antara penemuan ilmiah
terpenting di Dunia Islam yang sangat berpotensi mempengaruhi perjalanan
kehidupan umat Islam secara mendalam dan menyeluruh. Sumbangan besar al-Attas
ini ialah: Pertama, bahawa masalah terpenting yang dihadapi oleh umat Islam
kini ialah masalah ilmu pengetahuan; kedua, ilmu pengetahuan moden tidak
neutral kerana dipengaruhi oleh pandangan keagamaan, kebudayaan, dan falsafah,
yang mencerminkan kesedaran dan pengalaman manusia Barat; dan ketiga, umat
Islam, oleh sebab itu, perlu mengislamkan ilmu pengetahuan masa ini dengan mengislamkan
simbol-simbol linguistik tentang hakikat dan kebenaran.
Falsafah Menurut Tokoh-Tokoh Timur
Falsafah Pendidikan China
1. Confusius (551-479 SM)
Confusius adalah seorang tokoh pendidik serta ahli
falsafah yang digelar mahaguru yang arif di China. Beliau mengusulkan amalan li
iaitu peraturan hubungan manusia, dan ren, iaitu sifat murni manusia, sebagai intisari
utama untuk membina masyarakat yang harmoni. Beliau menegaskan pendidikan
adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh
dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa,
ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda
serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.
Intisari falsafah Konfusianisme bahawa fitrah manusia
mengandungi nilai murni baik hati, nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui
proses pendidikan.
2. Lao Zi (570 SM)
Lao Zi ialah pelopor daripada Taoisme, Lao Zi
merupakan seorang legenda yang dikenal yang dikatakan pernah meninggalkan
penulisan teks Taoisme berjudul Dao De Jin (Klasik Moral) yang ini
mengandungi 81 ajaran berbentuk puisi, dan diklasifikasikan kepada dua komponen
utama, Jalan yang Betul danPrinsip Nila Murni. Lao Zi menghuraikan Dao
sebagai sumber asal bagi semua perwujudan dunia, dan De sebagai
nilai murni, yang beroperasi dibawah Dao. Dao dirupakan sebagai
jalan yang betul membimbing pelaksanaan De sebagai amalan kesejahteraan
hidup manusia.
Oleh itu, Taoisme mengutamakan etika hidup berdasarkan
ilmu komperhensif terhadap reality semula jadi.
3. Mazhab Li
Cheng Zi mempelopori Mazhab Neo-Konfusianisme yang
dikenal sebagai Mazhab Li. Mazhab Li ini diperkembangkan dan disempurnakan oleh
Zhu Xi (1130-1200), selepas Dinasti Sung dipindahkan ke China Selatan. Cheng Zi
dan Zhu Xi mengembangkan konsep Li berlandaskan apendiks daripada buku Yi
Jing (Books of Changes). Apendiks ini menghuraikan konsep Dao sebagai
multi-prinsip yang mengawal kategori-kategori perkara dalam alam semesta.
Cheng Yi dan Zhu Xi memperkenalkan unsur rasionalisme
dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk memperolehi
ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya.
Falsafah Pendidikan di India
Falsafah di India pada asasnya ditumpukan kepada ajaran agama. Antaranya yang paling berpengaruh ialah Hinduisme dan Budhisme.
1. Hinduisme
Falsafah di India boleh dihayati daripada
penulisan-penulisan tertua yang dikenali sebagai Vedas, bermakna ilmu
suci. Moksa merupakan idea
hindu yang diperkembangkan daripada Vedas, membawa makna kelepasan daripada
penderitaan. (penganut agama Buddha menyebutkannya sebagai nirvana.)
Ramai penganut agama Hinduisme termasuk Budhisme percaya bahawa manusia hanya
dapat dilepaskan daripada penderitaan selepas berhidup secara kebijaksanaan dan
melepaskan diri daripada nafsu keduniaan dalam kehidupannya.
Mengikut huraian Vedas, karma yang menentukan
kedudukan manusia dalam masyarakat adalah berdasarkan sistem kasta (caste
system), iaitu : Brahmin (sami dan sarjana), Kshatriga (pahlawan dan
pentadbir), Vaisya (saudagar dan pedagang), Sudra (hamba dan buruh). Di
dalam falsafahnya, terdapat peraturan-peraturan untuk setiap ahli system kasta
yang harus mematuhi sepenuhnya, sekira hendak melepaskan diri daripada kitaran
karma.
2. Buddhisme
Falsafah Buddhisme bermula dengan idea bahawa semua
hidupan mengalami penderitaan. Cara yang melepaskan diri daripada penderitaan ialah
penghapusan nafsu diri. Pengasas Buddhisme ialah Sidharta Gautama (563-483 SM),
yang dilahirkan sebagai status putera di Nepal, utara India. Cara melepaskan
diri dari penderitaan budha menunjukakan “Lapan Langkah” untuk diamalkan oleh
setiap penganut agama Buddha : 1) Pengamatan, 2) Pemikiran, 3) Pertuturan, 4)
Tindakan, 5) Cara Hidup, 6) Usaha, 7) Kesedaran, 8) Bertafakur. Semuanya
diamalkan secara betul.
Mahatma Gandhi (1869-1948) pemimpin nasionalis dan
reformis sosial menggunakan falsafah India, khasnya amalan asetisme (kezahidan)
dan prinsip ahimsa dengan tindakan tanpa kerjasama akhirnya berjaya
menyatukan rakyat India mencapai merdeka dari penjajahanorang British.
Rujukan :
1. Mok Soon Sang (2010), Falsafah
Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd., Puchong.
2. Wan Mohd. Nor Wan Daud (2005), Falsafah
dan Amalan Pendidikan Islam Syed M Naquib Al-Attas, University Malaya.,
Kuala Lumpur.
3. Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan
Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
4. Tajul Ariffin Noordin (1993), Perspektif
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala
Lumpur
5. Fathiyah Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali
dan Plato Dalam Aspek Pendidikan (suatu Studi), P.T. Bina Ilmu., Surabaya.
6. Abdur Rahman Md. Aroff (1987), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
7.
Buya Hamka (1957), Mutiara Filsafat,
Penerbit Widjaya., Jakarta
0 Response to "DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN"
Posting Komentar