SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

PENYELIDIKAN DALAM BIDANG PENCARIAN TERAPI PERMAINAN UNTUK PERMAINAN UNTUK PELAJAR AUSTIN DARI 2010-2012



PENYELIDIKAN DAN HALATUJU DALAM BIDANG PENCARIAN TERAPI PERMAINAN UNTUK PELAJAR AUTISM DARI 2000 – 2012. META ANALISIS KAJIAN ADALAH DARI JURNAL YANG BERKAITAN
oleh
SAEDAH SIRAJ
NORLIDAH ALIAS
MOHD YUSAINI BIN YAAKUB
PGT 110007
(Universiti Malaya)

PENGENALAN
Terapi permainan mula diperkenalkan oleh pelopor dalam terapi psikologi kanak-kanak iaitu Anna Freud, Margaret Lowenfeld dan Melanie Klein. Mereka memperkenalkan terapi permainan sebagai satu kaedah untuk membantu kanak-kanak bermasalah. Berdasarkan perubahan dalam terapi psikologi awal kanak-kanak di Britain, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan terhadap terapi permainan. Selepas lebih kurang 50 tahun berlalu, terapi permainan semakin berkembang di Amerika dan berjaya melahirkan ramai ahli terapi seperti Moustakas, Schaefer dam Landreth . Ahli terapi ini juga telah membentuk pelbagai terapi lain seperti terapi keluarga, terapi naratif, terapi penyelesaian masalah dan terapi tingkahlaku kognitif.
Terapi permainan menitikberatkan kepercayaan pelanggan semasa aktiviti dijalankan. Terapi dijalankan berdasarkan 3 prinsip asas iaitu keadaan sebenar, penerimaan yang positif dan permainan sebagai alat komunikasi. Permainan merupakan satu alat mudah yang boleh membantu pelajar autism terutama dalam masalah mereka untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Permainan juga membolehkan pelajar autism untuk mengenalpasti perasaan mereka, persekitaran  dan perhubungan antara ahli keluarga, adik beradik dan rakan sebaya.
Penyelidikan terhadap terapi permainan sudah lama dijalankan. Kajian dijalankan atas pelbagai isu seperti keberkesanan terapi permainan, penglibatan ibu bapa dan analisa mengenai pelbagai terapi atau teknik lain bagi membantu pelajar bermasalah. Walaupun terdapat pelbagai kajian dari luar negara telah dijalankan mengenai terapi permainan,(Natasha Parker, 2011; Yuanhong Ji, 2008; Andrea K. 2006;Angela F.Y.Siu, 2010; Rachel Simmone, 2011 dan Paul Barrows, 2004) masih belum banyak kajian dijalankan di Malaysia mengenai keberkesanan terapi permainan terhadap pelajar autism.

Berdasarkan definisi terapi permainan yang dinyatakan dalam beberapa kajian lepas, dapatlah disimpulkan bahawa terapi permainan adalah terapi yang dapat membantu pelajar bermasalah seperti pelajar autism untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi mereka (Ritesh Kool, 2010; Timothy Lawver, 2008; Andrea K.W.,2006; Corey Seman, 2003; dan Tim Luckett, 2007). Penyelidikan yang dijalankan  kebanyakan menggunakan metod secara kajian literature dan kajian kes. Banyak jurnal pendidikan yang dihasilkan di luar negara mengeluarkan artikel berkaitan terapi permainan seperti International Journal of Special Education, The American Journal of Family Therapy dan International Journal of Play Therapy. Terdapat juga jurnal perubatan yang turut menghasilkan artikel tentang terapi permainan seperti Journal Psychiatry, Journal of Instructional Psychology, Paediatric Nursing dan Journal Of Vocational Rehabilitations.
Daripada 20 buah artikel dalam jurnal yang dikaji berdasarkan tajuk kajian ini, 6 artikel ditulis berdasarkan kajian kes, 5 artikel ditulis menggunakan metod kajian literatur dan selebihnya menggunakan kaedah meta analisis dan tinjauan. Selain itu, artikel dalam kajian ini telah dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu, artikel dalam jurnal yang berkaitan dengan terapi permainan, artikel dalam jurnal yang berkaitan terapi lain untuk pelajar autism dan artikel tentang cara meningkatkan kemahiran sosial pelajar autism. Artikel terbaru telah ditulis oleh Rachael Simone, 2011 dalam International Journal of Play Therapy menjelaskan mengenai kaedah yang sesuai digunakan dalam terapi permainan kepada pelajar Autism.










ARTIKEL DALAM JURNAL BERKAITAN TERAPI PERMAINAN
            Terdapat 11 buah artikel berkaitan terapi permainan dhasilkan daripada 9 buah jurnal antarabangsa. Daripada 11 buah artikel ini didapati hanya 2 artikel dihasilkan berdasarkan kajian yang dijalankan di negara Asia (Yuanhong Ji, 2008; Angela F.Y. Siu 2010). Kedua-dua jurnal ini menggunakan metod kajian literatur dalam kajian mereka. Artikel yang ditulis oleh Yuanhong Ji (2008) diterbitkan dalam Journal of Instructional Psychology. Artikel beliau menjelaskan mengenai persediaan dan peralatan yang dicadangkan disediakan untuk mengadakan terapi permainan. Bagi artikel yang dihasilkan oleh Angela F.Y.Siu (2010), diterbitkan dalam International Journal of Play Therapy. Kajian yang beliau lakukan adalah ke atas sampel artikel tentang perkembangan terapi permainan di negara Hong Kong dengan cara membuat analisa SWOT (Strength, Weakness, Opportunities and Threats).
            Artikel yang dihasilkan berkaitan terapi permainan terhadap pelajar autism khususnya ada 5 buah. Tajuk artikel tersebut adalah seperti berikut:
TAJUK ARTIKEL
JURNAL
METOD
“Playful” Therapy: Working with Autism and Trauma
International Forum of Psychoanalysis, 2004
Case Study (One Boy)
Play Therapy – Reaching the Child with Autism
International Journal of Special Education, 2011
Case Study (One Boy)
Embracing Play: Teaching Your Child with Autism
Library Journal, 2003
Literature Resources
Do Behavioural  approaches teach children with autism to play or are they pretending?
The National Autistic Society, 2007
Literature Review
A Practical Approach to Implementing Theraplay for Children with ASD.
International Journal of Play Therapy, 2011
Literature Review
Jadual 1: Artikel berkaitan terapi permainan untuk pelajar autism
            Analisa yang boleh dilakukan berdasarkan artikel di atas mendapati bahawa ahli terapi mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjalankan terapi permainan kepada pelajar autism (Paul Barrows, 2004). Artikel ini juga menjelaskan bahawa terapi permainan merupakan salah satu kaedah rawatan yang sesuai untuk pelajar autism dalam meningkatkan kemahiran sosial mereka. (Tim Lucket, 2007; Rachel Simeone, 2011). Selain itu, dengan menggunakan terapi permainan didapati pelajar autism akan berasa lebih selamat (Natasha Parker, 2011). Ini merupakan satu pencapaian kepada ahli terapi, guru dan ibu bapa jika anak mereka (pelajar autism) berasa selamat semasa melakukan aktiviti dan secara tidak langsung kemahiran berkomunikasi mereka dengan orang lain akan terbentuk.
            Dalam Library Journal, 2003, terdapat satu artikel yang menarik bertajuk Embracing Play: Teaching Your Child with Autism, menyatakan terdapat 6 buah buku, 2 buah video dan 2 buah laman web berkaitan terapi permainan yang boleh dibeli atau dipinjam oleh ibu bapa, guru, kaunselor dan mereka yang berminat tentang terapi permainan. Dalam artikel yang ditulis oleh Corey Seeman ini dapat membantu ibu bapa pelajar autism untuk mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran sosial dan bahasa anak mereka. Ibu bapa juga boleh mengetahui cara menggunakan permainan sebagai satu alat untuk berinteraksi dengan anak mereka.
            Terdapat 3 buah artikel yang menjelaskan mengenai teknik atau kaedah untuk menjalankan terapi permainan. Artikel tersebut terdapat dalam 2 jenis jurnal iaitu jurnal perubatan dan jurnal pendidikan.
TAJUK ARTIKEL
JURNAL
JENIS JURNAL
Play Therapy: Considerations Application for Practitioner
Journal Psychiatry, 2010
Jurnal Perubatan
Play Therapy: A Case based Example of the Nondirective Approach
Journal Psychiary, 2008
Jurnal Perubatan
Emotionally Focused Family Therapy and Play Therapy Techniques
The American Journal of  Family Therapy, 2006
Jurnal Pendidikan
Jadual 2: Teknik dan kaedah menjalankan terapi permainan.
            Artikel yang ditulis oleh Ritesh Kool (2010), menggunakan metod meta analisis berdasarkan 2 buah artikel. Artikel yang beliau kaji menjelaskan mengenai analisa yang kuat menyokong peranan terapi permainan dan cara menjalankannya. Artikel kedua yang terdapat dalam Journal Psychiatry, ditulis pula Timothy Lawver (2008) .Beliau menjalankan kajian kes terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun. Hasil dapatan kajian, didapati bahawa terapi permainan sesuai digunakan kepada pelajar autism yang masih  kanak-kanak.
            Seterusnya artikel yang ditulis oleh Andrea K.W (2006) menjelaskan mengenai terapi keluarga Emotionally Focused Family Therapy (EFFT) yang dijalankan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bermasalah seperti autism. Antara kaedah dalam terapi EFFT ini ialah menggunakan teknik terapi permainan.



            Untuk mengadakan terapi permainan yang berkesan, peralatan dan persekitaran yang sesuai perlu difikirkan oleh ahli terapi atau guru. Dengan menggunakan alatan yang sesuai, terapi permainan boleh dijalankan dengan lebih berkesan. Antara peralatan yang dicadangkan ialah anak patung yang berwarna terang, patung haiwan, video tarian, alatan memanjat, gelungsur dan CD lagu. Ada juga pengkaji menggunakan kaedah bermain dengan pasir (Natasha Parker, 2011). Beliau telah meletakkan alat permainan berbentuk alatan peperangan dan  model hero. Ini kerana kajian beliau adalah ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun.
            Seterusnya terdapat satu kajian mengenai alatan dan persekitaran yang sesuai untuk menjalankan terapi permainan. Kajian yang dijalankan oleh Yuanhong Ji (2008), mengkaji mengenai penggunaan anak patung dan peralatan lain semasa mengadakan terapi permainan. Beliau membahagikan alatan permainan beliau kepada 2 bilik yang berasingan iaitu bilik permainan yang kecil dan bilik permainan yang besar. dalam bilik permainan yang kecil beliau meletakkan 3 jenis permainan iaitu alat permainan dimainkan dimeja dan di lantai (dam, catur, pensel, krayon, tanah liat). Kedua, alat permainan dalam kotak pasir yang merupakan alat permainan kecil (rumah kecil, kereta kecil, kapal terbang, roket) dan ketiga permainan lain seperti permainan komputer, buku, patung  raksasa dan anak patung
            Dalam bilik permainan yang lebih besar diletakkan pula tampolin, bola besar, lorong mainan, buaian dan gelungsur. Sememangnya kajian yang telah dijalankan ini memberi banyak pengetahuan kepada guru dan ahli terapi untuk menjalankan terapi permainan di tempat masing-masing. Selain itu, terdapat juga kajian yang dijalankan mengenai peralatan dan persediaan dalam melaksanakan terapi permainan oleh dua orang jururawat (Catherine Crawford, 2002). Mereka yang bekerja sebagai jururawat menghasilkan artikel mengenai persiapan alatan permainan semasa menjalankan terapi permainan kepada kanak-kanak bermasalah seperti masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Dalam artikel mereka, didapati penggunaan anak patung Mickey dan Minnie Mouseamat sesuai untuk pelajar yang mempunyai masalah pemakanan.
TAJUK ARTIKEL
JURNAL
RESEARCH OBJECTIVES
Physicall Settings and Materials Recommended for Play Therapy with Japanesse Children
Journal of Instructional Psychology, 2008
This article describes a number of important issues to consider in play therapy with Japanese Children
Play Preparations for Children with special needs.
Paediatric Nursing
This article describe an approach to preparing children with gastrostonomies and consider their particular needs.
Jadual 3: Peralatan dan persediaan untuk mengadakan terapi permainan
ARTIKEL DALAM JURNAL BERKAITAN TERAPI LAIN UNTUK PELAJAR AUTISM
            Sememangnya menjadi fitrah hidup manusia, jika kita mempunyai masalah atau penyakit kita akan berusaha untuk mencari penawarnya. Segala penyakit pasti ada ubatnya, cuma kematian yang tiada penawar dan merupakan kepastian dalam kehidupan. Dalam mencari penawar, pelbagai cara dicari, digunakan dan dicuba bagi mengatasi penyakit tersebut. Bagi keluarga yang mempunyai anak autism, perlakuan anak mereka yang sukar bercampur dengan kanak-kanak lain, ketawa tiba-tiba, tiada kontak mata dan suka memusingkan barang (Nasom, 2005) menimbulkan kerisauan. Pastinya mereka memikirkan pelbagai alternative lain untuk membantu anak mereka.
            Sebenarnya autism merupakan masalah perkembangan lewat, masalah komunikasi, emosi dan sosial yang dialami sepanjang hidup. Rawatan yang boleh diberikan adalah bagi meningkatkan kemahiran diri pelajar autism dari segi kemahiran sosial dan bahasa mereka. Antara alternatif rawatan adalah terapi permainan, namun begitu ada juga terapi lain yang boleh dijalankan untuk pelajar autism ini.
TAJUK ARTIKEL
JURNAL
TERAPI
Art Therapy and autism: Overview and recommendations
Journal of the American Art Therapy Associations
26(4) pp.187-190. 2009
Art Therapy
Treatment of anxiety in autism spectrum disorders using cognitive
behaviour therapy: A systematic review
Developmental Neurorehabilitations. February 2010; 13(1), 53-63.
Behaviour Therapy
(CBT)
Outcome-Based Evaluation of a Social Skills Program Using Art Therapy and Group Therapy for Children on the Autism Spectrum
Journal Children & School. Vol.30 No.1( 2008)
Group Therapy
Art Therapy
Patterns of Complementary and Alternative Medical Therapy
Use in Children Diagnosed with Autism Spectrum Disorders

Journal  Autism Development Disorder
(2006) 36.901-909)
Medical Therapy
(CAM)
Group Therapy for children and adolescents with autism spectrum disorders
Thesis Submitted to the Graduate Faculty in partial fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy Degree
2011
Group Therapy
Jadual 4: Terapi lain untuk pelajar Autism
            Semua kaedah terapi yang dijalankan samada terapi lukisan, terapi kumpulan dan terapi tingkahlaku, menjurus kepada meningkatkan kemahiran sosial pelajar autism. Dalam menjalankan terapi berkumpulan, selalunya adalah untuk memberikan rawatan tentang masalah sosial mereka. Terapi kumpulan diadakan kerana pelajar autism berasa tidak selesa semasa mengadakan terapi secara individu terutama disoal di dalam kelas (Kathleen Marie, 2008)  Bagi terapi lukisan pula, dapat membantu masalah penglihatan atau visual pelajar autism. Mereka akan melibatkan diri dalam melukis kerana merasakan diri mereka diterima semasa membuat aktiviti melukis (Nicole Martin, 2009)
            Selanjutnya, kajian turut dijalankan bagi mengetahui keberkesanan terapi perubatan kepada pelajar Autism. Complementary and Alternative Medical (CAM) terapi telah dijalankan kepada pelajar autism dan bukan autism. Antara kaedah dalam CAM ialah terapi muzik untuk pelajar autism dan terapi kuda untuk pelajar cerebral palsi. Hasil kajian yang dijalankan oleh Helen H.L.Wong (2006), mendapati pelajar autism yang menerima kaedah CAM menunjukkan perubahan yang baik berbanding pelajar yang tiada masalah fizikal dan perkembangan lewat.
            Cognitive Behaviour Therapy (CBT) merupakan salah satu terapi yang dijalankan bagi mengkaji tahap kerisauan dan perubahan tingkah laku pelajar autism (Russell Lang et.al, 2010). Hasil kajian beliau mendapati CBT menunjukkan dapatan yang positif dan merupakan kaedah rawatan untuk meningkatkan perlakuan positif pelajar autism.
ARTIKEL DALAM JURNAL BERKAITAN KEMAHIRAN SOSIAL PELAJAR AUTISM
            Kemahiran sosial merupakan satu masalah yang wujud dalam diri pelajar autism. Ia berlaku kerana pelajar autism tidak menghiraukan keadaan sekeliling mereka. Ini turut menyebabkan kemahiran komunikasi mereka turut terjejas. Terdapat 4 artikel dalam jurnal yang menceritakan mengenai masalah kemahiran sosial pelajar autism. Ada artikel yang ditulis menggunakan metod kajian kes (Sharon A. Gutman, 2010; Carol M.S, 2010).  Dua artikel lagi menggunakan metod kajian meta analisis (Susan Williams, 2007; Orsmond Krauss, 2004).
            Dalam kajian menggunakan kaedah kajian kes, kajian dijalankan ke atas pelajar autism yang berumur dalam lingkungan 15 tahun, Hasil kajian beliau mendapati penggunaan kaedah main peranan boleh membentuk perkembangan tingkah laku pelajar autism. Kajian kes yang kedua pula menjalankan kajian terhadap 3 orang remaja. Hasil dapatan kajian, didapati karakter remaja ini boleh berubah menjadi lebih baik dalam kemahiran sosial dan komunikasi mereka.
            Ada juga kajian yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan rakan sebaya. Kajian yang dijalankan secara meta analisis ini mengkaji artikel yang diterbitkan mengenai perkembangan sosial pelajar autism dikalangan rakan sebaya mereka.

CARTA PAI MENGGAMBARKAN METOD YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL YANG DIKAJI
Rajah 1: Carta Pai menggambarkan metod yang didapati dari artikel
            Hasil analisa yang dilakukan berdasarkan 19 buah artikel dan 1 tesis, didapati kebanyakan artikel menggunakan 3 metod kajian iaitu kajian kes, meta analisis dan kajian literatur. Namun begitu ada juga artikel yang ditulis berdasarkan metod kajian secara tinjauan, temubual dan sumber rujukan lain. Kajian lanjutan boleh dijalankan menggunakan antara metod kajian yang telah dikaji ini.  
RUMUSAN
Kesimpulannya, berdasarkan analisa yang telah dijalankan daripada 20 artikel dalam 15 buah jurnal yang pelbagai didapati, kajian mengenai keberkesanan terapi permainan terhadap pelajar autism masih berkurangan terutama di negara Asia. Di Malaysia khususnya belum ada  pihak yang mewujudkan kelas terapi permainan khusus untuk pelajar autism. Oleh itu, kajian lanjutan perlu dibuat bagi memastikan terapi permainan ini berkesan kepada pelajar autism di Malaysia.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENYELIDIKAN DALAM BIDANG PENCARIAN TERAPI PERMAINAN UNTUK PERMAINAN UNTUK PELAJAR AUSTIN DARI 2010-2012"

Posting Komentar