SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

CONTOH ANALISIS ARTIKEL JURNAL FALSAFAH PENDIDIKAN



ANALISIS JURNAL ARTIKEL FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN

Artikel Jurnal: Analytic Teaching and Philosophical Practice Vol. 29 No 1.
Tajuk: Democracy as Morality: Using Philosophical Dialogue to Cultivate Safe Learning
            Communities
Nama Penulis: Monica B. Glina

A. Rumusan:

            Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pengaplikasian falsafah berkonsepkan demokrasi secara dialog dalam memupuk nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Penulis menyatakan pernyataan masalah bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah terutama salah laku membuli aadalah disebabkan kurang pendedahan tentang amalan empati, penyayang dan hormat-menghormati di kalangan pelajar sekolah.

            Berdasarkan artikel ini, penulis telah membuat tinjauan kajian lepas tentang perhubungan empati dan membuli. Tinjauan kajian yang dilakukan oleh penulis mendapati bahawa salah laku membuli adalah berpunca kekurangan kesedaran dan amalan empati iaitu di mana seseorang individu kurang saling memahami dan berinteraksi seperti berdialog dengan individu yang lain dalam pembelajaran nilai moral.

            Dalam artikel ini, beliau juga memberikan kritikan bahawa model intervensi sedia ada kepada pelajar sekolah tidak menunjukkan keberkesanan untuk mengurangkan kes salah laku membuli. Beliau Hal ini disebabkan model intervensi sedia ada lebih memberikan penekanan secara pengetahuan umum seperti apa itu membuli, bentuk membuli dan langkah menangani kejadian membuli. Beliau menyatakan sebanyak 75% kadar tinggi kes salah laku disiplin membuli berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah.

            Seterusnya, penulis menghuraikan konsep demokrasi yang dikatakan oleh John Dewey untuk diaplikasikan dalam pedagogi pendidikan. Beliau menyatakan Dewey memberikan pandangan falsafah bahawa demokrasi merangkumi moral iaitu berhubung kait etika dalam kehidupan manusia. Penulis menjelaskan bahawa Dewey pernah menyatakan keberkesanan pembelajaran seseorang individu adalah melalui interaksi dengan orang lain seperti perbincangan dan bekerjasama. Jadi, penulis artikel memperkenalkan satu kaedah pengajaran pedagogi moral yang menggunakan pendekatan konsep demokrasi iaitu dipanggil model Falsafah Bagi Kanak-Kanak

            Penulis telah memperkenalkan penggunaan model Falsafah Bagi Kanak-Kanak yang dimaksudkan falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog. Beliau telah menjalankan satu eksperimental ke sekumpulan kecil bilangan pelajar dengan menggunakan pendekatan falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog dalam memupuk nilai moral pelajar. Hasil kajian eksperimental yang dilakukan, didapati pelajar telah mencapai tahap kesedaran dan mampu mempratikkan amalan empati, penyayang dan saling hormat-menghormati di kalangan pelajar iaitu responden kajian. Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa dapatan kajian membuktikan bahawa falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog dalam memupuk nilai moral di kalangan pelajar sekolah adalah berkesan digunakan dalam pedagogi pendidikan.

B. Prosedur Persembahan Kajian Artikel Jurnal:

  1. Pengenalan:
Penulis memperkenalkan model penggunaan kaedah falsafah berkonsepkan demokrasi secara dialog dalam memupuk nilai moral di kalangan pelajar sekolahh. Beliau menghuraikan bahawa peningkatan kes masalah disiplin di sekolah semakin serius terutama membuli. Beliau berpendapat bahawa pelajar sekolah kurang pendedahan tentang kesedaran mempratikkan nilai penyayang, hormat-menghormati dan empati. Jadi, beliau menghuraikan kekukuhan fakta bahawa penggunaan model kaedah falsafah berkonsepkan demokrasi lebih berkesan dalam memupuk kesedaran di kalangan pelajar mempratikkan nilai penyayang, hormat-menghormati dan empati.

  1. Terminologi:
Penulis menghuraikan definisi, ciri bentuk dan kesan tentang tingkah laku membuli. Penulis juga menggunakan statistik bagi menghuraikan tahap serius kes disiplin membuli berlaku di kalangan pelajar sekolah negara Amerika Syarikat.

  1. Hubung Kait Empati Dengan Membuli:
Penulis menghuraikan bahawa kewujudan kaitan empati dengan membuli. Penulis menggunakan kajian lepas untuk menjelaskan fakta bahawa masalah disiplin membuli berlaku adalah disebabkan kekurangan empati sahsiah diri di kalangan pelajar. Beliau menjelaskan bahawa pelajar sekolah kurang diberikan peluang berinteraksi, saling faham-memahami dan perbincangan sesama mereka berkenaan tingkah laku membuli. Jadi, beliau memperkenalkan pendekatan kaedah falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memupuk kesedaran empati di kalangan pelajar. Pendekatan ini sebagai satu cadangan untuk penambahbaikan terhadap penggunaan pendekatan model intervensi yang sedia ada.

  1. Model Intervensi Sedia Ada:
Penulis mengkaji semula terhadap penggunaan pendekatan model intervensi sedia ada dalam pedagogi pendidikan sekolah. Beliau mendapati bahawa model intervensi sedia ada hanya memberikan ilmu pengetahuan yang umum seperti tentang apa itu membuli, bentuk perlakuan membuli dan langkah mengatasi masalah membuli.

  1. Falsafah Berkaitan Demokrasi
Dalam artikel jurnal ini, penulis telah memilih pemikiran falsafah Dewey yang menyatakan makna perhubungan konsep falsafah demokrasi dalam pendidikan. Beliau menghuraikan pemikiran falsafah Dewey berkaitan corak bentuk demokrasi yang digunakan dalam pendidikan kepada pelajar. Beliau menjelaskan bahawa Dewey pernah menyatakan falsafah tentang manusia adalah belajar melalui interaksi dengan orang lain.

  1. Model Falsafah Bagi Kanak-Kanak
Bahagian ini, penulis menghuraikan kajian eksperimental yang dilakukan untuk menguji keberkesanan model Falsafah Bagi Kanak-Kanak. Beliau mendapati bahawa pelajar mencapai tahap empati, penyayang dan saling hormat-menghormati di kalangan mereka selepas eksperimental ke atas penggunaan model yang diperkenalkannya.

C. Analisis Kaedah Penulis Artikel Jurnal:
1.   Penulis menulis pengenalan kajian iaitu memperkenalkan model kaedah falsafah
      berkonsepkan demokrasi secara berdialog dalam memupuk kesedaran nilai murni di
      kalangan pelajar.
2 Penulis menghuraikan isu peningkatan serius kes membuli di kalangan pelajar
   dengan mengemukakan data statistik sebagai pernyataan masalah kajian.
3. Penulis menulis definisi, ciri bentuk dan kesan tingkah laku membuli. Penulis juga
menghuraikan definisi dan konsep demokrasi yang dicadangkan sebagai pendekatan
 dalam pedagogi pendidikan. Beliau mengambil pemikiran falsafah pendidikan John
  Dewey sebagai pengukuhan relevan terhadap penggunaan pendekatan konsep
    demokrasi dalam pedagogi pendidikan.
4 Penulis menggunakan kaedah kajian perpustakaan seperti buku & karya penyelidikan
   lepas bagi menghuraikan tentang artikelnya.
5 Penulis membuat satu kajian eksperimental iaitu memilih sekumpulan pelajar untuk
   menguji keberkesanan pengajaran nilai moral menggunakan model kaedah falsafah
   berkonsepkan demokrasi secara dialog iaitu Falsafah Bagi Kanak-Kanak.
6 Penulis membuat kesimpulan daripada hasil eksperimental bahawa model Falsafah
   Bagi Kanak-Kanak adalah lebih berkesan dan juga didapati responden berasa empati,
   menunjukkan saling hormat-menghormati

D. Komen Terhadap Penulisan Artikel Jurnal:
1. Penulis boleh mengemukakan bukti dalam ukuran yang menyatakan bahawa model
     intervensi sedia ada gagal untuk memupuk kesedaran pelajar tentang salah laku
     membuli.
2. Penulis boleh menjelaskan teliti apakah instrument indikator yang digunakan untuk
menguji keberkesanan model yang diperkenalkan sendiri iaitu Falsafah Bagi Kanak-
    Kanak
3. Penulis boleh memilih beberapa kumpulan pelajar yang berlainan sekolah untuk
menguji keberkesanan model Falsafah Bagi Kanak-Kanak sebagai mengukuhkan lagi
bukti bahawa model yang diperkenalkan itu memang berkesan.
4 Penulis juga boleh membuat temubual untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap
   penggunaan model falsafah berkonsepkan demokrasi secara berdialog berbanding
dengan model intervensi sedia ada
5 Penulis juga boleh mengemukakan beberapa kajian lepas berkaitan keberkesanan
   pengajaran falsafah berkonsepkan demokrasi bagi pelajar.     



ANALISIS JURNAL ARTIKEL FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN

Tajuk Artikel Dianalisis:
Philosophy of Education as an Academic Discipline in Turkey: The Past and the Present

Nama Penulis Artikel Dalam Jurnal : Hasan Under

A. Rumusan:

Artikel ini dituliskan untuk tujuan menghuraikan tentang era perkembangan falsafah pendidikan sejak zama dahulu dan sehingga tempoh masa kini di negara Turki. Di mana penulis mengaitkan dengan kepentingan disiplin falsafah dalam pendidikan bagi guru pelatih dan mahasiswa di institusi pengajian.

Beliau menghuraikan bahawa kemunculan zama kegemilangan Republik Turki adalah disebabkan oleh pengaruh penerapan konsep ilmu falsafah pendidikan yang masyhur di Eropah ke dalam sistem kurikulum pendidikan. pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Guru pelatih menggunakan pendekatan falsafah pendidikan sebagai pedagogi dalam menyampaikan pendidikan kepada pelajar. Namun, fenomena ini menjadi berlainan selepas Perang Dunia Kedua. Akibat daripada pengaruh scenario antarabangsa kebangkitan taamadun Amerika Syarikat, sistem kurikulum pendidikan di negara Turki telah berubah. Negara Turki mengalihkan fokus mengambil falsafah pendidikan Amerika sebagai pendekatan pedagogi dalam sistem kurikulum pendidikan. Fenomena ini telah menjadikan sistem kurikulum pendidikan negara Turki telah kurang mengambil berat tentang falsafah pendidikan di Eropah.

Melalui penggunaan kaedah kajian sejarah perkembangan falsafah pendidikan di negara Turki, penulis mendapati sistem kurikulum pendidikan yang mengandungi ajaran ilmu falsafah pendidikan di negaranya adalah tidak menyeluruh. Justeru, beliau menyatakan adalah penting untuk memperbaiki semula sistem kuriklulum semasa bagi guru pelatih dan mahasiswa di institusi pengajian dan dicadangkan mengadakan disiplin pengajian falsafah pendidikan yang sebenar kepada mereka.

B. Prosedur Persembahan Kajian Artikel Jurnal:

  1. Pengenalan:
Penulis menghuraikan ringkas perkembangan sejarah falsafah pendidikan di negara  Turki serta mengutarakan masalah yang berlaku dalam sistem kurikulum pendidikan yang berkaitan falsafah pendidikan di negara Turki.

  1. Terminologi:
Penulis menghuraikan definisi falsafah pendidikan, konsep falsafah pendidikan dan rangkuman aliran falsafah pendidikan.

  1. Corak Bentuk Sistem Kurikulum Pendidikan di negara Turki:
Penulis menghuraikan hasil kajian sejarah terhadap perkembangan corak dan bentuk sistem kurikulum pendidikan di negara Turki dari zaman sebelum Perang Dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua sehingga masa kini.

  1. Kesimpulan:
Penulis mencadangkan agar kepentingan mengadakan disiplin pengajian falsafah pendidikan yang sebenar kepada guru pelatih dan mahasiswa di institusi pengajian. Beliau menghuraikan kesan, prospek dan masalah dalam disiplin pengajian falsafah pendidikan. Beliau berpandangan bahawa kandungan falsafah pendidikan dalam sistem kurikulum pendidikan boleh mempengaruhi hala tuju pembangunan negara, perancang dasar pendidikan dan pelaporan media massa. Beliau berharap agar kandungan falsafah pendidikan dalam sistem kurikulum pendidikan perlu dikaji semula dan diberikan kandungan falsafah pendidikan yang lebih lengkap dan sebenarnya.

C. Analisis Kaedah Penulis Artikel Jurnal:
1.   Penulis menulis pengenalan kajian.
2 Penulis menghuraikan isu kandungan falsafah pendidikan dalam sistem kurikulum
   pendidikan di institusi pengajian di Turki adalah tidak menyeluruh sebagai pernyataan
   masalah kajian
3. Penulis menulis definisi Falsafah Pendidikan dan rangka kandungan bidang pengajian
    Falsafah Pendidikan yang sebenar
4 Penulis menggunakan kaedah kajian perpustakaan bagi menghuraikan sejarah
   perkembangan corak dan bentuk kandungan falsafah pendidikan dalam sistem
   kurikulum pendidikan di negara Turki.
5 Penulis membuat kesimpulan tentang kepentingan mengadakan disiplin pengajian
   falsafah pendidikan bagi guru pelatih dan mahasiswa. Penulis juga menyatakan bahawa
   corak dan bentuk kandungan falsafah pendidikan yang dilaksanakan dalam sistem
   kurikulum pendidikan boleh membawa kesan serius terhadap pembangunan dan
   perancangan dasar pendidikan negara Turki.

D. Komen Terhadap Penulisan Artikel Jurnal:
1. Penulis boleh mengambil kajian lepas artikel lain sebagai sokongan terhadap
kepentingan mengadakan disiplin pengajian falsafah pendidikan.
2. Penulis boleh mengambil petikan kata pandangan beberapa tokoh falsafah pendidikan
bagi menyokong bahawa disiplin pengajian falsafah pendidikan sebenar adalah penting
dan peranan memberikan kesan  yang positif dalam pembangunan negara.
3. Penulis boleh menghuraikan dengan jelas dan lanjut tentang kandungan disiplin
pengajian falsafah pendidikan sebenar boleh memberikan apakah sumbangan dan
kesan pembangunan bagi rakyat negara Turki.
4. Penulis boleh mencadangkan beberapa cara efektif bagi memperbaiki semula kepada
kandungan falsafah pendidikan yang sebenar dalam sistem kurikulum pendidikan di
negara Turki daripada terlalu fokus menghuraikan aspek kekurangan kandungan
falsafah pendidikan dalam sistem kurikulum pendidikan di negara itu
5. Penulis boleh mengemukakan persoalan kajian dan menjelaskan pemilihan teknik
kajian digunakan. Pernyataan masalah boleh adalah baik dijelaskan dengan teliti dalam
perenggan yang tersendiri.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CONTOH ANALISIS ARTIKEL JURNAL FALSAFAH PENDIDIKAN"

Posting Komentar