SHOPEE AFFILIATES

SHOPEE AFFILIATES
KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

1.       Konsep Falsafah Pendidikan Islam


Jika diteliti keseluruhan konsep falsafah pendidikan Islam dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan Islam yang berkonsepkan al-Quran dan as-Sunnah mempunyai kekuatannya tersendiri. Falsafah pendidikan Islam mempunyai prinsip yang unggul iaitu menghubungkan :
1)      Prinsip-prinsip mengenal Tuhan.
2)     Prinsi-prinsip alam semesta.
3)     Prinsip-prinsip diri insan.
Tamadun Islam bertunjang kepada konsep tauhid, ini bermaksud bahawa agama/tauhid merupakan intipati dari kehidupan bertamadun. Asas dalam tamadun adalah aqidah, syariah, dan akhlak yang merupakan komponen dalam Islam. Sumber dalam tamadun iaitu naqli (wahyu) dan aqli (akal). Aspek kerohanian sangat dipentingkan iaitu spiritual dan material mestilah seimbang dan bersepadu. Matlamat utamanya ialah mencapai keridhaan Allah, manakala material berfungsi sebagai alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut. Selain perlunya hubungan yang baik dengan Allah (Hambluminallah), masyarakat Islam juga perlu berbuat baik sesame manusia (Hambluminannas). Diikat dengan ukhwah Islamiah, semua manusia adalah sama di sisi Allah kecuali orang yang bertaqwa.


Konsep tokoh-tokoh falsafah Islam
1)      Al-Ghazali (450-505 H/1058-1111 M)
Dalam kaitannya terhadap pendidikan Al-Ghozali memberi pengertian yang masih global. Selain karena memang dalam kitabnya yang paling Mashur (Ihya’ Ulumuddin) tidak dijelaskan secara rinci tentang pendidikan. sehingga, kita hanya bisa mengumpulkan pengertian pendidikan menurut Al-Ghozali yang di kaitkan lewat unsur-unsur pembentukan pendidikan yang ia sampaikan :
“sesungguhnya hasil ilmu itu ialah mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan semesta alam…”
“… dan ini, sesungguhnya adalah dengan ilmu yang berkembang melalui pengajajaran dan bukan ilmu yang tidak berkembang”.
Jika kita perhatikan, pada kutipan yang pertama, kata “hasil”, menunjukkan proses, kata “mendekatkan diri kepada Allah” menunjukkan tujuan, dan kata “ilmu” menunjukkan alat. Sedangkan pada kutipan kedua merupakan penjelasan mengenai alat, yakni disampaikannya dalam bentuk pengajaran.
Adapun yang dimaksudkan Al-Ghazali dalam kutipan ucapannya diatas adalah sebuah konsep, dimana dalam sebuah pelaksanaan pendidikan harus memiliki tujuan yang berlandaskan pada pembentukan diri untuk mendekatkan peserta didik kepada Tuhan. Disamping itu, dalam proses pendidikan, Al-Ghazali menjelaskan sebuah tujuan pendidikan yang bermuara pada nilai moralitas akhlak. Sehingga tujuan sebuah pendidikan tidak hanya bersifat keduniawian, pendidikan bukan sekedar untuk mencari materi di masa mendatangnya. Melainkan pendidikan harus memiliki rasa emansipatoris. Sebuah konsep yang masih saja di dengung-dengungkan oleh pakar ilmu kritis saat ini.
2)     Ibnu Khaldun (732-808 H/1332-1406 M)


Ibnu Khaldun berpandangan, bahawa “jiwa rasional bertahan secara semulajadi pada manusia hanyalah secara potensi”. Penjelmaan daripada potensi kepada kenyataan disebabkan dua hal. Pertama, keberanekaan ilmu dan persepsi baru yang muncul melalui perasaan. Kedua, oleh pencapaian terakhir ilmu melalui kekuatan spekulasi, hingga benar-benar menjadi persepsi aktual dan intelek murni, maka ia menjadi essensi spiritual dan essensinya lalu mencapai kesempurnaan. Bertolak dari anggapan tersebut Ibn Khaldun mengatakan, bahawa pendidikan merupakan upaya perubahan potensi (al-Taqat al-Quswa) manusia. Jadi pendidikan memegang peranan penting dalam tamadun manusia.
Beliau menjelaskan bahawa manusia sebagaimana makhluk hewani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan alqiza (makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya.
Kesimpulannya falsafah pendidikan Ibnu Khaldun merangkumkan tentang konsep kemasyarakatan yang mencakup aspek sejarah, budaya, persekitaran, dan tamadun yang tertulis dalam bukunya iaitu : Al-Muqaddimah.
1)      Al-Farabi (259-339.H/870-950.M),
Hakikat hidup menurut al-Farabi bahawa setiap manusia itu menurut fitratnya haruslah bermasyarakat untuk mencapai kesempurnaan hidup. Beliau menegaskan : “manusia secara fitratnya memerlukan hidup bermasyarakat. Mereka perlu bermasyarakat untuk wujud dan tegak mencapai kemakmuran di dunia ini. Masyarakat yang sempurna ialah masyarakat yang saling tolong-menolong dalam mencapai kebahagian (al-Sa‘adat) yang berada di Madinat al-Fadilat dan dinamakan masyarakat fadilat. Berdasarkan kutipan ini Al-Farabi menegaskan konsep fitrat dan as-saadat untuk menjadikan masyarakat yang hikmah (bijaksana).

2.      Konsep Falsafah Pendidikan Timur
Konsep faIsafah pendidikan China
1)      Konsep Confucius
Ø  Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya.

Ø  Menekankan konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga sifat perikemanusiaan. Konsep ini mendidik masyarkat Cina agar memperbaiki diri terlebih dahulu, untuk asas konsep ini ialah chung (buat perkara positif terhadap orang lain apa yang kita suka orang buat kepada kita) dan shu  (jangan buat perkara negative sebagaimana kita tidak suka orang lain buat perkara tersebut kepada kita).
Ø  Confusius menekankan konsep Li iaitu peraturan akhlak dan peraturan kehidupan iaitu :
i.       Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan
ii.      Peraturan perhubungan manusia dengan manusia
iii.     Peraturan perhubungan politik
Ø  Confucius menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan, segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.
2)     Konsep Toisme
Ø  Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya.
Ø  Menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi masyarakat.
Ø  Percaya kepada cinta sejagat (universal love) tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan. Manusia harus mencintai orang lain seperti menyayangi diri sendiri. Perbuatan menyayangi boleh mengelakan perselisihan dan jenayah serta menjadikan dunia aman.

3.      Konsep faIsafah pendidikan India
Mementingkan etika yang mereka gelar sebagai dharma iaitu peratutan moral bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang, terdapat tiga jenis dharma (Sadharna Dharma):
-        Menekankan sifat-sifat am yang perlu bagi manusia
-        Mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik
-        Mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa (kelepasan daripada penderitaan)
1)      Hindu
Ø  Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Percaya kepada konsep trimurti : Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara), dan Silva (Tuhan Pemusnah). Namun segi kuasa agung bagi mereka adalah Brahma yang bersifat sat kin ananda.
2)     Budha
Ø  Budha tidak menekankan konsep ketuhanan kerana ia lahir kerana tidak puas hati terhadap sistem kasta. Andai ditekankan mereka takut akan muncul golongan Brahmin sebagai perantara Tuhan. Justeru ia hanya memaksakan konsep kerohanian.
Ø  Konsep ahimsa tidak boleh membunuh sesuatu yang bernyawa walaupun binatang untuk mengisi perut melahirkan kasih saying sesame manusia dan mengelakkan penindasan dan kekejaman berlaku.
Kedua agama ini percaya kepada konsep karma (undang-undang balasan) dan kelahiran semula, mendorong mereka berbuat baik sesame manusia kerana andai mereka berbuat tidak baik, mereka akan dihidupkan semula dengan penuh kehinaan dalam kelahiran baru mereka.

Perbandingan dalam konsep falsafah pendidikan
Persamaan
Pendidikan sebagai pembentuk pribadi (character building), tugas pengembangan ilmu suatu yang mulia. Kesedaran ini menjadikan inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Cina dan India. Transformasi dalaman perlu didahulukan.
Perbezaan
Cara tranformasi dan elemen yang diutamakan
Islam –tauhid peranan penting dalam tranformasi manusia
Cina –tranformasi chung dan shu melalui proses memperbaiki diri.
India –tranformasi sifat (character) dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self discovery)

Rujukan :
1.       Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘azim, Jilid 4 m s : 682. Lihat: H.Salim Bahreisy H.Said Bahreisy, Tarjamah Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir ( terj. singkat Tafsir Ibn Kathir jilid 8 ) m s : 96.
2.      Ahmad Mohd. Salleh,. Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, m s : 1
3.      Abdurrahman al-Nahlawi, (1983), asas Pendidikan Islam dan Kaedah-kaedahnya, Dark al-Fikr, Damsyik, Syiria.
4.      Abu Nasr Muhammad al-Farabi, Kitab Ara‘ ahli al-Madinat al-Fadilat, m s : 117
5.      Ibn Khaldun. (1930), Muqaddimah, m s : 34
6.      Mok Soon Sang (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
7.      Fathiyah Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali dan Plato Dalam Aspek Pendidikan (suatu Studi), P.T. Bina Ilmu., Surabaya.
8.      Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
9.      Tajul Ariffin Noordin (1993), Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka., Kuala Lumpur.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM"

Posting Komentar